Kali nie saya nak sambung citer dari post saya yang sebelum nie....untuk few weeks nie saya just nak berciter pasal topik nie jer...topik2 lain tu mungkin next time k...
Kali nie pasal training kepada staff yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan 'Accident Investigation' di tempat kerja....tanggungjawab untuk buat 'Accident Investigation' bukan SHO sorang jer...perlukan kerjasama daripada pekerja yang lain jugak...kebiasaaannya, pekerja lain yang membantu dalam 'Accident Investigation' adalah dari kalangan 'Section Head' atau 'Safety and Health Commitee (SHC)' yang telah dilantik...
Macam mana mereka dipertanggungjawabkan?? Macam biasalah...dalam surat lantikan sebagai SHC dah dinyatakan salah satu tanggungjawab bila dilantik adalah membantu melakukan siasatan kemalangan di tempat kerja...Selain tu, dalam "Procedure Accident Investigation" yang dibangunkan juga dinyatakan tentang 'roles & responsibilities'...Untuk penyediaan SOP Accident Investigation...kena bangunkan sendiri la seperti yang dah saya bincangkan dalam post sebelum ini iaitu How to prepare SOP???
Okey...berbalik pada topik kali nie..bila dah ada yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam 'Accident Investigation' ..kena la bagi training....bukan sekadar lantik jer k...kenapa nak bg latihan yer?? Of coz la kena bagi...seperti kehendak di bawah Seksyen 15(c), OSHA 1994 iaitu pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja....nak buat 'Accident Investigation' pun kena ada ilmu..nnt baru la report yang keluar pun okey...tak der la report ntah apa2 yang disediakan nnt...(Contoh Borang 'Accident Report' akan saya bagi utk sesi akan datang...)
- Memahami keperluan melakukan siasatan kemalangan dan tanggungjawab sebagai 'investigator';
- Memahami prosedur melakukan siasatan dengan betul;
- Memastikan 'investigator' dapat menganalisa sesuatu kemalangan dengan baik;
- Mengetahui cara-cara mengenalpasti punca2 penyebab kemalangan.
- Faham maklumat yang perlu diisi di dalam laporan siasatan kemalangan.
Kenapa agaknya setiap kemalangan perlu nak disiasat??? Perkara dah jadi..buat apa nk tambah2 keje and sibuk2 nak siasat lagi...terima je la takdir yg dh jadi...Sesetgh org berfikiran begitu...hermm....Sebenarnya tanggapan itu kena diubah...byk sebab kenapa kemalangan perlu disiasat, antaranya adalah :-
- Mengenalpasti punca sebenar (root causes) penyebab berlakunya kemalangan;
- Tuntutan pampasan insurans;
- Mencegah kejadian sama dari berulang di masa depan - Langkah2 penambahbaikan boleh diambil utk mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya kemalangan.
Peringatan untuk semua, siasatan kemalangan bukan bertujuan untuk mencari kesalahan mana2 pihak...Pengalaman saya masa mula-mula jadi SHO dulu, bila jadi jer kemalangan di tempat kerja..pihak HR akan request conclusion report saya mesti disebabkan oleh kelalaian pekerja tersebut...tujuannya utk memastikan bonus pekerja dipotong pd hujung tahun atau tidak diberi kenaikan gaji atau pangkat....Mungkin bagi top management, itu sebagai tindakan untuk memastikan pekerja bekerja dengan lebih berhati-hati...Namun, sikap begini sebenarnya akan mendatangkan masalah di kemudian hari iaitu sukar mendapatkan kerjasama dari pekerja..mula lah pekerja tak berani nak laporkan kemalangan yg berlaku di tempat kerja kpd SHO...As SHO,mmg kita kena advise majikan tp dlm masa yg sama kita kena jaga aspek keselamatan dan kesihatan pekerja....
Berbalik kepada accident investigation training....tak semestinya training di luar kepada 'investigator'...SHO boleh bagi internal training utk terangkan basic info berkaitan 'accident investigation'...As SHO, kdg2 mmg tak sempat nk sediakan accident report terutamanya bila beberapa kemalangan berlaku serentak....tp it doesn't means SHO boleh lepas tangan jer...as SHO kena juga review accident report tersebut...Hermmm....nnt saya share contoh carta alir 'accident notification and investigation'...mungkin senang sikit utk faham...per2 pun kena sediakan 'procedure accident investigation' supaya aktiviti siasatan lebih teratur dan sistematik...kerja SHO mmg tak leh lari dari buat procedure...hehehe....bila ada prosedur then bg training...
Saya dah ngantuk actually....explain pun dah asyik repeat benda yg sama....hehehe...saya bg penjelasan lebih mudah later k...give me few days sediakan summary yg lebih simple dan mudah nak fhm k....hopefully mood up-date blog dtg later...tido dulu...nite....Zzzzzzz
Nak jadi SHO memang byk halangan....lebih2 lagi dlm diri kita sendiri....
ReplyDelete