Tuesday, May 3, 2011

Keperluan Melaporkan Kemalangan / Kejadian Berbahaya/ Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan kepada JKKP / DOSH...

Sesi kali nie saya akan membincangkan tentang isu siasatan kemalangan di tempat kerja.... sesuatu yg wajib utk semua SHO tahu tentang keperluan mematuhi AKKP 1994 dan FMA 1967, iaitu melakukan siasatan kemalangan di tempat kerja dan melaporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak JKKP / DOSH....

Amat mendukacitakan sekiranya seseorang SHO masih tidak mengetahui apa itu borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8....ada sesetengah SHO yang kompeten mmg tak pernah menggunakan borang tersebut...malah ada yang tidak mengambil peduli tentang keperluan melaporkan kemalangan atau insident yang berlaku di tempat kerja kepada pihak JKKP / DOSH...sedihkan?? tapi itu la hakikatnya...

Ada sesetengah syarikat yang berbangga dengan pencapaian LTI zero dan berusaha utk mencapai LTI zero selama beberapa tahun...namun, hakikatnya...betulkah mmg tak wujud langsung kemalangan di tempat kerja atau pihak syarikat berusaha utk tidak melaporkan kemalangan yg terjadi kepada pihak JKKP/ DOSH....mungkin pihak terbabit ingin menjaga reputasi syarikat...hermm...

Ada sebahagian pulak tidak membenarkan pekerja yang mengalami kecederaan mengambil cuti sakit secara berterusan selama 5 hari....atas alasan sekiranya MC berterusan 5 hari...kes perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...bagi pendapat saya, amatlah kejam sekiranya pihak majikan beranggapan begitu...macam mana dgn kebajikan pekerja?? Sekiranya big bos atau terkena pd diri sendiri...sanggupkah anda dtg bekerja sambil menahan sakit hanya semata2 nak memastikan MC tidak lebih 5 hari??? Maksud kehilangan hari bekerja bukan hanya spesifik untuk MC sahaja, tetapi ia merangkumi maksud tidak bekerja atau melakukan tugasan aktiviti kerja lain untuk sementara kerana tidak dapat melakukan tugas biasanya...

Itulah tanggapan salah sebahagian pihak tentang keperluan melaporkan kemalangan kepada pihak JKKP / DOSH.....actually keperluan melaporkan kemalangan tidak hanya melibatkan kecederaan yang mendapat MC 5 hari dan ke atas sahaja....Namun, sebarang kejadian berbahaya walaupun tidak melibatkan kecederaan perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...contohnya kejadian berbahaya adalah seperti runtuhan scaffolding, kebakaran, pelepasan bahan kimia berbahaya ke udara dan lain-lain (Sila rujuk Jadual 2, AKKP 1994 dibawah Peraturan NADOPOD 2004 untuk mengetahui senarai kejadian berbahaya yang perlu dilaporkan).... Kejadian berbahaya walaupun tidak menyebabkan kecederaan tetap perlu dilaporkan dengan menghantar borang JKKP 6 dan dimasukkan di dalam laporan tahunan JKKP 8...


Di antara senarai borang2 yang perlu untuk melaporkan kemalangan / kejadian / insiden di tempat kerja adalah :-
1. JKKP 6 - Borang Pemberitahuan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya


Contoh Borang JKKP 6

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 6

2. JKKP 7 - Borang Pemberitahuan Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan

Contoh Borang JKKP 7

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 7



3. JKKP 8 - Daftar kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, penyakit pekerjaan untuk sepanjang tahun. Sila rujuk post saya yang lepas Kewajipan Menghantar Borang JKKP 8 . Sila klik link Borang JKKP 8 untuk mendapatkan borang dalam format excel..

Rekod JKKP 6, 7 & 8 ini hendaklah disimpan. Rekod untuk JKKP 8 perlulah disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun.


Kegagalan pihak majikan mematuhi Seksyen 51 di bawah Akta dan peraturan 13 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 ini boleh menyebabkan penalti jika disabit kesalahan adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Kebiasaanya majikan lebih berminat untuk melaporkan kemalangan yang berlaku kepada PERKESO untuk mendapatkan tuntutan pampasan kepada pekerja....herm...If i'm not mistaken, sebahagian pejabat JKKP Negeri terletak di Wisma Perkeso...contohnya JKKP WPKL dan JKKP Kota Kinabalu...PERKESO dan JKKP adalah di bawah Kementerian yang sama...iaitu Kementerian Sumber Manusia....Sepatutnya Statistik Laporan Kemalangan di PERKESO sepatutnya sama dengan Laporan yang diterima oleh JKKP kan...Fikir2 kan lah....


Pada pendapat saya, lebih baik lapor dari diterjah oleh JKKP...Pening nak menjawab nnt beb....Coz sy sendiri pernah alami masalah macam nie bila ada pekerja dapatkan treatment di Hospital dan  OHD di Hospital tersebut buat report terus ke JKKP...terkejut gak tetiba dpt call dari pegawai JKKP nak dtg siasat coz saya tidak menerima sebarang aduan penyakit pekerjaan dari pekerja terbabit....Alhamdulillah coz semua dokumen disimpan dengan lengkap, jadi takder masalah bila proses siasatan dari JKKP...=)


Uoolllsss jgn tak lapor tau...Para2 SHO sekalian, sila advice majikan utk lapor k...jgn takut LTI tak capai target zero....yang penting ambik pedoman dari kemalangan yang berlaku dan berusaha untuk cegah perkara sama dari berulang....

19 comments:

  1. Hai Ld ... lama tunggu tuk update blog...
    Yes we all busy .... right

    ReplyDelete
  2. Agak bz ckit last week...Pastu bila free lak byk up-date personal blog...tak sangka ada yg sudi menunggu sy up-date blog nie...tima kasih..Nnt akan di up-date dgn lebih kerap...

    ReplyDelete
  3. Apa2 pun sy memang tunggu topik baru.. hehe
    Bukan apa tuk tingkat kan confidence level..dan get used of it... Boleh bincangkan topik disadventages of PPE...

    ReplyDelete
  4. Disadvantages of PPE??? Hermm...

    ReplyDelete
  5. nk tahu sal safety promotion, safety analysis, safety investigation and safety training..pls3 huhuhu :) teori pye..hihihi

    ReplyDelete
  6. Thank coz follow my blog Nurul...nak tau byk kena g kursus...nak citer bebyk sekaligus semua tu x larat la dik oiii...slow2 k...tgh buat slide utk accident investigation training for staff...nnt sy share info about that training k...sabar..

    ReplyDelete
  7. You willing to share..... I willing to pay....hehe

    ReplyDelete
  8. F.O.C...saja suka2...sy pun kdg2 terlupa..blogging satu cara utk revised otak yg dh berkarat....=)

    ReplyDelete
  9. huhuhu...mau tambah pengetahuan..sbb 16 mei nih exam OSH II..huhuk3 T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul nk chat ngn awk mcm ner yer nk kongsi pengetahuan tentang osh

      Delete
  10. hai...sy student diploma osh,sem 2...sy nak bertanyakan soalan bagaimana borang2 ini harus dihantar kepada jkkp...adakah melalui pos...atau pihak syarikat sndiri yang menghantarkan sendiri...
    kedua,bahagian borang Bahagian-A (maklumat pemberitahu) siapa yang patut isikan..dan no,pendaftaran jkkp 2 mcm mana pulak....

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Saya dah cuba klik pada link untuk download borang dalam format excel tapi page error... 404 Not Found.

    Untuk JKKP8 saya ada satu copy dalam format excel dan ada buat modifikasi sedikit untuk tujuan pengiraan automatik(di muka surat akhir).

    _kerol

    ReplyDelete
  12. out of topic..

    selalunya, penghantaran report bulanan akan dihantar bila ye??

    ReplyDelete
  13. Utk accdnt kes mlbtkn pekerjaan, hanya mc yg diterima 5hari berturut2 shj ke yg perlu report jkkp6?
    Sy confuse sbb ade satu kes pekerja dpt mc 3hari,sbb thorn prick n after abes Mc die keje n 5days later die dtg sbb skt lg akbt kcederaan aritu?adakah sy perlu report jkkp6 klu kes cmni?

    ReplyDelete
  14. setelah habis waktu kerja,skiranya pekerja dtimpa kemalangan smasa perjalanan pulang ke rumah,adakh borang2 ni perlu diisi?

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. is not a recommended answer i think..

      Delete