Showing posts with label HazarD. Show all posts
Showing posts with label HazarD. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

Bahaya Penutup Longkang

Haiiii....kali nie nk share isu yg agak ketinggalan.....sibuk benar 2-3 bulan nie....tak ada byk masa nk update blog padahal gambar berlambak2 tunggu Q bila tuan nyer nk upload dlm blog....huhuhu.....Blog sendiri maka suka hatilah bila nak update kan????

Okey la....isu yg sy nak share adalah berkaitan dengan penutup longkang.....beberapa kes kecederaan kerap didengari melibatkan penutup longkang.....Haaaaa nie lah contoh bila ambik tindakan pasang penutup longkang untuk hapuskan bahaya terjatuh ke dalam longkang.....tp penutup longkang yang diletak menyebabkan bahaya yg lain lain pulak kpd org awam atau pekerja....

Contoh2 kes terjadi seperti berikut.....


Opsss.....knapa kuda??? Ckp org awam atau pekerja.....hehehe....saja nk bg contoh kes yg terjadi disebabkan oleh penutup longkang.....Kes di atas yg melibatkan kuda tu terjadi di UPM....Kesian kt kuda tu.....

Okey....seterusnya  sy bg contoh kes melibatkan pelajar.....disebabkan penutup longkang di dlm kawasan sekolah.....


Kesian kt adik nie....mangsa keadaan sbb kaki kecik terperosok masuk antara bukaan pd penutup longkang.....

Okey tak nak cerita panjang.....kesimpulannya kalau nak design penutup longkang....kena ambik kira kesan2 begini....design yg sedia ada memerlukan beberapa penambahbaikan.....






Wednesday, February 4, 2015

Tanda amaran keselamatan....

Haiii.....hari nie nak bercerita berkaitan tanda amaran keselamatan yang terdapat di tempat kerja.....tanda amaran merupakan satu bentuk komunikasi kepada pekerja atau pelawat atau orang awam berkaitan babaya-bahaya tertentu yang dpt di sesuatu tempat kerja.....

Namun tanda amaran yang dipamerkan perlulah bersesuaian dengan hazard....Contoh adalah seperti gambar di bawah.....


Pihak pengurusan telah menunjukkan komitmen dengan meletakkan tanda amaran.....Namun tanda amaran yang dipamerkan adalah salah.....

Semoga majikan prihatin tentang tanda amaran yang btul mengikut standard ditetapkan....



Thursday, September 26, 2013

Hazardous Chemical

Hazardous chemical @ bahan kimia berbahaya perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan insiden yg boleh membahayakan pekerja dan org awam....



Aahh...malas nk citer pjg2...baca la kisah kt keratan akhbar tu....Ambik iktibar dari insiden yg dh terjadi so that kes gini tak terjadi kt tmpt keje korang....

Korang fikir la sendiri apa kaedah sesuai utk mengelakkan insiden mcm nie terjadi kt tmpt keje korang.....Jgn sesuka hati campak hazardous chemical sesuka hati k...

LB dah ngantuk sesgt....tak ada mood nk karang panjang2....Goodnite!!! ZzZzZz

P/S : Esok meeting....hopefully tak terbabas tido smpai tengahari....Opppsss....

Sunday, September 1, 2013

Hazard Elektrik di Tempat Awam

Haiii....dah lama tak update blog nie....hehehe....Dah hujung Syawal baru ada masa free....

Kali nie nak share pasal hazard yang mungkin kita tempuhi masa di tempat awam....Antaranya adalah hazard elektrik....Petang tadi sempat la menggunakan perkhidmatan komuter....Sy antara individu yg sering menggunakan perkhidmatan awam.....

Suasana agak lengang pada waktu nie....

Waktu nie hujan agak lebat....hazard yg sy nak share adalah tentang kebocoran bumbung....Air hujan membasahi peralatan elektrik yang sedang berfungsi....Kalau just tempias tak kisah sangat....Tapi kipas yg tengah berpusing nie dimandi dengan pancuran air hujan.....hermmmm....Mungkin hazard pada org awam agak rendah coz kipas nie terletak agak tinggi....Tp since peralatan elektri dh bermandi pancuran air hujan...Sy tak rasa keadaan tersebut selamat....

Sebagai pihak pengurusan sesuatu tempat...kita perlu pastikan keselamatan pekerja kita dan org awam terjamin....=)




Saturday, June 15, 2013

Hazard Fizikal Di Ladang Sawit

Owhhh....Nak share info pasal hazard di ladang sawit....Kebiasaanya di ladang sawit, pekerja menggunakan sabit dan pahat untuk menuai buah sawit yang telah matang..... Untuk yang tak pernah tgk alat nie....LB tunjukkan picture peralatan nie....


Sabit

Pahat

Bila tgk alat nie....comfirm lah bahaya nyer adalah tajam....Klu tak tajam macam mana nak potong tandan sawit kan???

Klu korang tak percaya alat ni bahaya....LB share keratan akhbar kemalangan melibatkan peralatan nie....Ini kisah yang baru terjadi beberapa hari yang lepas....


Mcm biasa la...if balik kampung or jalan kt ladang...mesti korang akan nmpk ada pekerja usung sabit masa naik motor....aktiviti rutin dan yang biasa dibuat slalu.....

Jadi untuk mengelakkan kemalangan sebegini berulang.....Jadi kena la pastikan bahagian yang tajam ditutup bagi mengelakkan kecederaan....Contoh nyer macam gambar kt bawah nie....


Sesungguhnya setiap org kena kenalpasti apa jenis hazard yang ada di tempat kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja....

Nyawa lebih penting dari segalanya....."Safety First"!!!! Sama-samalah memupuk budaya kerja selamat semasa bekerja....

Tuesday, May 15, 2012

Sayangi diri dan keluarga anda....

Sayang anak...timang2 kan...tapi adakah anda btul2 prihatin terhadap aspek Keselamatan & Kesihatan anak anda?? Gambar di bawah adalah salah satu yg menerangkan maksud tersebut....




P/S : Sayangi ahli keluarga anda.....langkah pencegahan dapat menyelamatkan nyawa orang yang anda sayangi...

Sunday, May 13, 2012

Dangers of Hot Work

"Hot Work"....semua sedia maklum bahawa kebanyakan industri ada menyediakan permit kerja utk kerja2 panas (Hot Work Permit)....

Contoh2 aktiviti "hot work" adalah seperti berikut :-

    
Cutting

  
Welding

 
Grinding


Sebarang kelalaian semasa melakukan "hot work" dapat mengundang kepada berlakunya kemalangan yang lebih serius dan teruk seperti letupan dan 'flash fire'....

Contoh2 penerangan tentang bahaya "hot work" dapat dilihat melalui video berikut :-


P/S : Pelbagai Video Case Study...boleh diperolehi daripada laman web U.S Chemical Safety Board ( www.csb.gov ) 




Friday, March 9, 2012

Advertising Board....


Semalam keluar dinner with Mr. Hubby dkt area Shah Alam... masa on the way nak balik tu... ternampak la few workers tgh bertungkus-lumus nk siapkan kerja2 tukar iklan baru kt one of the flyover advertising board...


Agak2 nyer la... apakah risiko2 masa proses kerja nie??? What are the safety features yg kena consider masa buat aktiviti kerja nie?? 


As SHO...what is your advise?? Fikir2 kan... =)


P/S : Saper2 yg plan nk beli kereta...bleh la g cuba test drive kereta TOYOTA... =)

Wednesday, February 15, 2012

Lagi Berita Tersepit Mesin....

Rasanya semua dah baca paper hari nie kan...saya baca pagi td...tp dek kerana bz ngan keje...baru skrng dpt share pasal kisah nie....

Sedih?? Marah?? Kecewa?? Hermm.... tolong la... majikan & pekerja... ambik tindakan untuk elakkan insiden yang serupa daripada berulang... safety guarding... emergency button... sensor... byk cara utk elak insiden nie berulang.... Semuanya bergantung atas usaha korang untuk tangani nyer... Takkan nk tunggu terkena kt diri korang sendiri atau sedara mara korang baru nak menyesal and ambik tindakan...Renung2 kan lah...

Kes 1 : Mesin Lentur Kepala 

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam  mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Kes 2 : Parah Tangan Tersepit Mesin 


   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.
Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.


PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis. 

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak. 


Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa. 

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut. 

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin. 

“Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA,” katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.


Tuesday, September 13, 2011

Label Bahan Kimia Dengan Betul !!!

Melabelkan bahan kimia adalah penting....ini utk memastikan semua pihak mengetahui maklumat ringkas seperti jenis bahan dan risiko / bahaya tentang bahan yg terkandung di dalam sesuatu bekas... 

Keperluan melabelkan bahan kimia dinyatakan dengan jelas di dalam AKKP 1994, iaitu Peraturan CPL (Classification, Packaging & Labelling of Hazardous Chemicals) 1997....



Melabelkan bahan kimia pada bekas simpanan bahan kimia adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pembekal bahan kimia tersebut...

Contoh maklumat yang perlu ada pada label bahan kimia adalah :-

Tapi kebiasaannya...susah pembekal nak bg label cantik2 mcm nie kan??Kdg2 bahan kimia yg diterima tak ada langsung label...In that situation terpaksa la SHO yang buatkan label kan!!! Extract data dari MSDS and sediakan label bahan kimia untuk pastikan majikan yg bayar gaji kite mematuhi peraturan CPL 1997...at sametime kena paksa pembekal tunaikan tanggungjawab dia org utk. sediakan label yang betul...If pembekal tak nak ikut label yang betul, boleh dilaporkan kepada JKKP...biar JKKP gi audit pembekal tu...hehehe

Like myself...buat sementara print je label tu klu dlm keadaan terpaksa...janji label dgn betul...

P/S : Klu zaman blajar dulu, suka tanda barang2 dlm "pencil box" dgn nama sendiri supaya tak kena "kidnap" oleh org lain... =)

Monday, March 21, 2011

Jom Kawal Risiko....CeGAh KeCeLaKAaN !!!

Haiii....agak lambat sy up-date blog kali nie...sepatutnya di up-date last week..tp disebabkan beberapa masalah peribadi..terpaksa delay few days...I'm sure semua yg bakal ambik paper 4 dah siap sediakan WPA masing2...mungkin tgh touch-up mana yg patut...and buat semakan terakhir sebelum hantar WPA tersebut...=P

Seperti semua sedia maklum...tujuan menilai tahap risiko adalah untuk memastikan tindakan / langkah kawalan yg sesuai dpt diambil sebelum sesuatu insiden atau kejadian tidak diingini berlaku....di sini lah pentingnya langkah pencegahan untuk mengelakkan sesuatu kecelakaan...

Di antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah mengikut hierarki seperti berikut :-

Langkah kawalan yang dipilih untuk penambahbaikan perlulah mengikut turutan / hierarki seperti di atas....Namun, pemilihan cadangan penambahbaikan / pencegahan perlulah mengambil kira 4 faktor penting iaitu :-
1. Tahap Risiko - berdasarkan rating penilaian yang telah dibuat. Langkah segera perlu diambil jika di tahap yg tinggi.
2. Ilmu pengetahuan - adakah ilmu pengetahuan berkaitan hazard tersebut?
3. Teknologi - adakah kemampuan dari segi teknologi utk mengawal hazard tersebut?
4. Kos - adakah kos nya bersesuaian? Risk rating rendah namun kos pencegahan tidak bersesuaian...kebiasaannya isu kos amat dititikberatkan oleh pihak pengurusan...so make sure can manage it properly...

Few samples of risk control can be taken to control the risk....







Itu sajer sebahagian samples yang sempat saya sediakan buat masa nie....untuk cerita lebih detail may be pada session2 akan datang plak....cerita semua nnt xder topik lak nk citer lain kali....Per2 pun Gud Luck pada bakal2 SHO yang akan menduduki exam SHO pada hadapan...

Wednesday, March 9, 2011

Risk Ranking.....The Matrix

Previous session sy dh explain tentang hazard n kesan..so kali ni sy akan terangkan tentang macam mana nk menilai risiko...tapi nak saya tekan kan berkaitan dengan kesan-kesan atau simptom2 yang wujud atau terhasil kesan daripada hazard2 yang telah dikenalpasti...ini penting sebab daripada kesan yang dikenalpasti tu lah kita akan tahu nilai keterukan sekiranya sesuatu insiden/kemalangan berkait dengan hazard tersebut berlaku...so, kena la kenalpasti kesan hazard tersebut betul2...Contohnya if guna bahan kimia, anda boleh survey kesan bahan kimia tersebut yang biasanya dinyatakan di dalam MSDS....cari kesan yang paling kritikal....tak pun surf tru net berkaitan kesan pendedahan bahan kimia tersebut yang mungkin pernah berlaku di mana-mana tempat kerja...atau yg pernah terjadi pada pekerja2 sendiri.....i've been ask about this question..mcm mana saya letak nilai pada sesuatu kesan pendedahan pada bahan kimia....hehehe...

RISIKO = KEBARANGKALIAN X KETERUKAN

Kebarangkalian = kemungkinan kejadian tersebut berlaku

Keterukan = how serius if its happened atau paling senang kesan kecederaan dialami dari kejadian yang terjadi...

Untuk buat risk ranking...just kena faham concept jer...nilai "keterukan" adalah pembolehubah malar...nilai tak berubah...yang akan berubah adalah nilai "kebarangkalian" coz ia bergantung pada protection yang ada utk mencegah sesuatu kejadian kemalangan dari berlaku...if without any protection...kebarangkalian utk jadi of coz tinggi...

Untuk risk matrix...ada sesetgh buat 3X3...ada yang buat 4X4 or 5X5...bagi saya itu tak jadi masalah...saya pernah ditanya berkaitan matrix yang saya buat masa exam saya dulu...saya buat matrix 4X4 and penemuduga ckp my matrix salah...so at last sy jwb, dari NIOSH and guideline dari DOSH mmg matrix nyer 5X5....x kisah la 3X3 or 4X4 or 5X5..konsep nya tetap sama...cuma beza nnt pada conclusion..ada high, medium high, medium, medium low and low...itu jer...konsep nya sama jer...bleh gaduh-gaduh manja dengan penemuduga mcm tu??? hehehe....

**Senang mcm graf paksi  "x-y" kita buat matematik di sekolah dulu.....nilai "y" iaitu keterukan akan kekal...cuma nilai "x" iaitu kebarangkalian yang akan berubah bergantung kpd langkah-langkah kawalan sedia ada....banyak langkah kawalan, kurang kemungkinan kemalangan berlaku

Keterukan kecederaan jika berlaku

Kemungkinan berlakunya kejadian

Jadual Toleransi Risiko

Yang penting nilai tu kena letak dgn betul dan logik...be careful coz you may be trap dengan soalan oleh penemuduga...reason yg kukuh kena ada...hehehe....klu yang copy paste paper org lain tu, may be la xtau mende dgn nilai2 tu...so my advice, buat sendiri okey!!!

You may also refer the guideline contoh matrix dari DOSH...5X5....click here www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?...hirarc 

Yang penting kt sini...fhm konsep!!! Semua soalan penemuduga sure bleh ditepis nyer lah...make sure win-win situation...hati penemuduga kena jaga...hehehe...kang failed lak paper 4 nnt....

Saturday, March 5, 2011

Contoh Hazard, Punca Hazard & Kesan

Okey....macam yang saya dah janjikan...walaupun agak terlambat few hours...mintak maaf la..."BerukBand" slow la mlm2 hujung minggu nie....tu yang terlambat nak up-date blog....

Topik kali nie masih lagi pasal Paper 4 Exam SHO...Just untuk bakal-bakal SHO yang tgh bz prepare paper tu untuk dihantar end of this month...Saya pun dah agak jarang up-date HIRARC, tu yang otak agak berkarat sikit (1 of the reason saya create this blog, supaya saya amalkan kerja2 saya and refresh my brain)...so, bermula la kerja-kerja menggeledah balik semua dokumen-dokumen lama untuk refer contoh-contoh dokumen yang saya pernah buat dulu...dah jumpa tu satu hal...tapi takkan la nak copy paste bulat-bulat semua kan...tak leh la nak bagi jer semua easily macam tu kan...So terpaksa la buat sedikit typing work tadi...hehehe...nmpk sgt baru cari info untuk up-date my blog...=P

Neway, nie contoh-contoh yang saya ada sebagai sampel...amat lah banyak hazard-hazard yang ada di tempat kerja sebenar nyer...klu nak saya senaraikan semua, tak tido la saya few days...huhuhu...lagipun setiap tempat kerja berbeza-beza hazard nyer...so kena la kenalpasti sendiri hazard di tempat kerja masing-masing dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah saya bincangkan pada post yang lepas...

Contoh Hazard di Tapak Bina (It just an example...sesiapa yang expert in construction site..minta maaf la if ada yang tersilap...)

Contoh Hazard di Manufacturing Plant


Apa yang saya attached tu just a sample...mcm yg saya tekan kan tadi...setiap tempat kerja dan proses kerja ada hazard yang berbeza...so thats your task to identify it...start it slowly..lama-lama dah praktis, you will expert...


Saya mmg tak masukkkan pasal property damage masa buat Paper 4 dulu...coz 1 of my lecturer dulu ckp just consider kesan pada keselamatan dan kesihatan jer..but bila dah kerja, kesan pd property damage sy consider utk peringatan kpd top management tentang kerugian yg bakal dihadapi sekiranya sesuatu insiden terjadi....Per2 pun, better get some advise dari otai2 lain yg lebih experience...


Bila dah identified hazard, nnt kita akan bincang pasal nak buat risk rating plak...okey la, tu jer kot yg saya nk bebel kali nie...per2 pun, chaiyok2 kpd semua yg tgh siapkan paper nie..

Tuesday, November 23, 2010

MengenaLPasti Hazad Di Tempat Kerja ??

Hari ini LadyBos nak terangkan berkaitan dengan bahaya-bahaya yang terdapat di tempat kerja...apa jenis-jenis hazad yang wujud ada di tempat kerja yang menyebabkan persekitaran tempat kerja menjadi bahaya kepada pekerja...


Hazad bermaksud apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri kita, memberi kesan kepada kesihatan diri kita dan merosakkan alam sekitar / harta benda...

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis kategori hazad iaitu :-
  • Hazad Fizikal;
  • Hazad Kimia;
  • Hazad Biologi;
  • Hazad Ergonomik; dan
  • Hazad Psiko-sosial.
Seseorang SHO, Majikan & pekerja perlu peka dan tahu untuk mengenalpasti hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja berdasarkan kepada 5 kategori utama yang disebutkan di atas. Basic info yang semua SHO sepatutnya dah tahu...but LadyBos harapkan adalah supaya semua majikan & pekerja juga tahu tentang jenis-jenis hazard / bahaya yang ada di tempat kerja...


HAZAD FIZIKAL
a) Mekanikal - bahagian mesin yang berputar.
b) Elektrikal - pendawaian elektrik yang tidak sempurna, over load, alatan elektrik yang terdedah pada permukaan yang basah dll.
c) Bunyi bising - terdedah kepada bunyi melebihi 85 dBA.
d) Haba - Oven, proses kerja, keadaan persekitaran dll.
e) Getaran - terdedah pada jentera yang bergetar contohnya pemandu yang memandu lori / bas untuk tempoh yang lama.


Kesan hazad fizikal : kecederaan pada anggota fizikal, kejutan elektrik, pekak dll.


HAZAD KIMIA
a) Gas kimia yang beracun.
b) Larutan kimia yang berasid.


Kesan hazad kimia : kanser, lelah, asma, dermatitis, kecederaan fizikal seperti buta, melecur dll.


HAZAD BIOLOGI
a) Bakteria berbahaya -
b) Virus
c) Tikus. nyamuk, lipas, ular dan haiwan berbisa yang lain.


Kesan hazad biologi : maut, penyakit dll.


HAZAD ERGONOMIK
a)Mengangkat barang yang berat berulang kali.
b) Kerusi yang tidak sesuai dengan pekerja.


Kesan hazad ergonomik : sakit belakang, musculoskeletal-disorders (MSDs), bengkak buku lali, kebas dll. 


HAZAD PSIKO-SOSIAL
a) Gangguan seksual.
b) Tekanan perasaan.
c) Masalah dengan keluarga / jiran/ rakan-rakan.


Kesan hazad psiko-sosial : Hilang tumpuan semasa kerja, sakit kepala, hilang selera makan dll.


Diharapkan, selepas mengetahui pelbagai jenis hazad ini, maka selepas ini semua majikan/ pekerja telah dapat mengenalpasti hazad-hazad yang wujud di persekitaran tempat kerja masing-masing. Langkah pertama, kenalpasti hazad yang wujud di tempat kerja dengan melakukan pemeriksaan di tempat kerja. LB cadangkan supaya "checklist" pemeriksaan tempat kerja disediakan oleh majikan / sho dan pemeriksaan dilakukan secara berkala yang melibatkan kerjasama pekerja / supervisor/ section head coz individu tersebut lebih tahu bahaya yang wujud di temapt kerja masing-masing. So, train the staff how to identify hazard at workplace and delegate the task to identify the hazard among the committee / workers..sometimes mungkin SHO/ majikan boleh buat sport-check mengejut...


Majikan perlu memberi galakan untuk setiap pekerja mengenalpasti bahaya yang ada di persekitaran tempat kerja masing-masing..ini salah satu usaha untuk mewujudkan rasa prihatin di kalangan pekerja terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja...


** LB dah ngantuk la...esok LB try masukkan sample "inspection checklist" untuk rujukan semua.