Showing posts with label ChemicaLs. Show all posts
Showing posts with label ChemicaLs. Show all posts

Friday, April 10, 2015

CSDS Dwibahasa

Hollaaa....topik kali nie nak share berkaitan dengan Chemical Safety Data Sheet (CSDS) @ Material Safety Data Sheet (MSDS).....Apakah benda tu??? Slalu sy sebut klu kt "tokey" kilang IKS.....surat beranak bahan kimia dari pembekal.....Biaq la x sama mcm ayat disebut dlm akta dan perundangan.....sekurang2 nya bila ckp "surat beranak" lebih mudah utk sesetgh org yg tak tahu utk faham.....

Mesti ada yg ckp....tak tahu CSDS tu apa??? Aiseyyy....kalau korang SHO atau yg safety practitioner...mmg la korang tahu.....Tu la tujuan blog nie sy buat....bkn utk org yg expert....cuma membantu majikan atau sesiapa yg zero knowledge about occupational safety and health at workplace.....terutama company yg tak wajib ada SHO tp masih perlu mematuhi OSHA 1994...

Berbalik pada CSDS....Setiap bahan kimia perlu ada surat beranak bahan kimia.....kewajipan menyediakan CSDS adalah pd pembekal....bila pembekal jual bahan kimia pd pengilang atau tempat kerja lain....perlu utk disertakan dgn CSDS bg tujuan menyampaikan maklumat pada pengguna bahan kimia tersebut...

Ada sesetgh beranggapan label pada bekas bahan kimia sudah mencukupi utk menyampaikan maklumat pd pengguna.....Sebenarnya label pd bahan kimia adalah maklumat ringkas tentang bahan kimia....Maklumat lengkap perlu dirujuk pd CSDS.....Terdapat 16 maklumat di dalam CSDS iaitu :-

1. Pengenalan bahan kimia berbahaya dan pembekal;
2. Pengenalan bahaya;
3. Komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya;
4. Langkah-langkah pertolongan cemas;
5. Langkah-langkah pemadaman kebakaran;
6. Langkah-langkah pelepasan tak sengaja.....ayat mudah faham kalau terjadi tumpahan atau kebocoran...apa nak buat??
7. Pengendalian dan penyimpanan;
8. Kawalan pendedahan dan perlindungan diri;
9. Sifat fizikal dan kimia;
10. Kestabilan dan kereaktifan;
11. Maklumat toksikologi;
12. Maklumat ekologi;
13. Maklumat pelupusan;
14. Maklumat pengangkutan;
15. Maklumat pengawalseliaan;
16. Maklumat lain.

Fuhhhh...banyak kan maklumatnya.....rajin plak dok nak menaip semua tu.....hehehe....Klu tak percaya you all boleh rujuk Peraturan 16(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penegelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia berbahaya) 2013....atau yang selalu ramai sebut CLASS Regulation 2013....Untuk yang belum tahu...CLASS Regulation 2013 menggantikan CPL Regulation 1997!!!

Masih ada byk tempat kerja bila sy audit tentang CSDS masih dlm satu bahasa....samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu....klu ikut pd pandangan sy cukup sekadar salah satu bahasa ....janji pekerja fhm....Kalau pergi kilang kt kampung terutamanya IKS dan semua pekerja melayu....Sy tak nampak kepentingan perlunya dibuat dalam bahasa inggeris....cukup la sekadar bahasa kebangsaan....

Kalau kilang yg byk pekerja asing mmg perlu dlm dwibahasa...ada sesetgh tmpt kerja smpai 3-4 jenis bahasa dibuat bg memudahkan rujukan oleh pekerja asing...Kalau audit kilang yg ada guna bahan kimia dan saya rasa ada keperluan utk dwibahasa CSDS br sy tekankan tentang perkara ini....Tp sekiranya kilang yg manufacture bahan kimia....mmg wajib utk sediakan CSDS dlm bentuk dwibahasa...sbb akan memudahkan end-user....Keperluan menyediakan CSDS dlm bentuk dwibahasa dinyatakan dengan jelas dalam Peraturan 13(3)(b) CLASS Regulation.....

Contoh CSDS yg disediakan oleh pembekal dlm bentuk dwibahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris....Saya nak tunjuk contoh CDSD dwibahasa.....kalau ikut susunan maklumat CSDS mmg sedikit tak betul....So company kena ikut turutan maklumat seperti dinyatakan di atas....Klu Peraturan CPL 1997 tak perlu ikut turutan cukup sekadar mengandungi maklumat tersebut....Tetapi bila Peraturan CLASS 2013 diwartakan....Maklumat pada CSDS perlu ikut turutan yer....Mungkin sbb nak mudahkan proses rujukan....=)










Tuesday, December 16, 2014

Makmal Sekolah Terbakar



Melalui sumber FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.....dimaklumkan terdapat kebakaran yang berlaku di makmal Sek. Keb. Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Dimaklumkan yang kebakaran berpunca dari bahan kimia di makmal. Kebakaran telah berlaku pada pukul 12.29 malam. Berdasarkan gambar2 yang disertakan nampak seperti makmal sains atau kimia. Tetapi kalau di sekolah rendah rasanya tak ada makmal kimia.





Ini bukan kes pertama melibatkan makmal di sekolah.....Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil tindakan lebih pro-aktif bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang....


Thursday, September 26, 2013

Hazardous Chemical

Hazardous chemical @ bahan kimia berbahaya perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan insiden yg boleh membahayakan pekerja dan org awam....



Aahh...malas nk citer pjg2...baca la kisah kt keratan akhbar tu....Ambik iktibar dari insiden yg dh terjadi so that kes gini tak terjadi kt tmpt keje korang....

Korang fikir la sendiri apa kaedah sesuai utk mengelakkan insiden mcm nie terjadi kt tmpt keje korang.....Jgn sesuka hati campak hazardous chemical sesuka hati k...

LB dah ngantuk sesgt....tak ada mood nk karang panjang2....Goodnite!!! ZzZzZz

P/S : Esok meeting....hopefully tak terbabas tido smpai tengahari....Opppsss....

Tuesday, September 17, 2013

Pengurusan Bahan Kimia Di Tempat Kerja

Assalamualaikum.....

Hari nie tersangat la rajin meng'edit' slide presentation....hehehe....Hari rajin sedunia agak nyer....So, just nak share dgn korang slide berkaitan dengan pengurusan bahan kimia nie....Sharing is Caring....



Download Handout Slide "Pengurusan Bahan Kimia Di Tempat Kerja"

Tuesday, September 13, 2011

Label Bahan Kimia Dengan Betul !!!

Melabelkan bahan kimia adalah penting....ini utk memastikan semua pihak mengetahui maklumat ringkas seperti jenis bahan dan risiko / bahaya tentang bahan yg terkandung di dalam sesuatu bekas... 

Keperluan melabelkan bahan kimia dinyatakan dengan jelas di dalam AKKP 1994, iaitu Peraturan CPL (Classification, Packaging & Labelling of Hazardous Chemicals) 1997....



Melabelkan bahan kimia pada bekas simpanan bahan kimia adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pembekal bahan kimia tersebut...

Contoh maklumat yang perlu ada pada label bahan kimia adalah :-

Tapi kebiasaannya...susah pembekal nak bg label cantik2 mcm nie kan??Kdg2 bahan kimia yg diterima tak ada langsung label...In that situation terpaksa la SHO yang buatkan label kan!!! Extract data dari MSDS and sediakan label bahan kimia untuk pastikan majikan yg bayar gaji kite mematuhi peraturan CPL 1997...at sametime kena paksa pembekal tunaikan tanggungjawab dia org utk. sediakan label yang betul...If pembekal tak nak ikut label yang betul, boleh dilaporkan kepada JKKP...biar JKKP gi audit pembekal tu...hehehe

Like myself...buat sementara print je label tu klu dlm keadaan terpaksa...janji label dgn betul...

P/S : Klu zaman blajar dulu, suka tanda barang2 dlm "pencil box" dgn nama sendiri supaya tak kena "kidnap" oleh org lain... =)

Thursday, November 25, 2010

PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI TEMPAT KERJA

Pengurusan bahan kimia yang baik di tempat kerja adalah penting terutamanya jika tempat tersebut mengguna, mengendali atau menyimpan bahan kimia yang berbahaya di tempat kerja. Soalan berkaitan pengurusan bahan kimia sering menjadi topik yang sering ditanya semasa menduduki peperiksaan SHO.  Cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja boleh diibaratkan seperti pepatah melayu iaitu “ Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad”.

Pengurusan bahan kimia di tempat kerja perlu dilakukan secara berperingkat mengikut turutan dari peringkat awal hingga akhir iaitu :-
a) Proses penempahan / pembelian bahan kimia; 
b) Proses penerimaan bahan kimia daripada pembekal;
c) Proses penyimpanan bahan kimia;
d) Proses semasa penggunaan bahan kimia;
e) Proses pelupusan sisa bahan kimia (schedule waste).

Disebabkan oleh pengurusan bahan kimia adalah secara berperingkat, maka perumpamaan "Dari Buaian ke Liang Lahad" digunakan untuk menjelaskan betapa perlunya pengendalian bahan kimia dilaksanakan secara tersusun di tempat kerja.

Pengurusan bahan kimia adalah perlu seperti kehendak Peraturan USECHH 2000 dan CPL 1997.

Prosedur-prosedur / Cara-cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia dan kuantiti yang dikehendaki. Merujuk kepada Akta AKKP 1994 (Peraturan USECHH 2000) untuk memastikan klasifikasi bahan kimia tersebut perlu mematuhi mana-mana peraturan di bawah AKKP 1994.
  • Sila pastikan CSDS bahan kimia dibekalkan oleh pembekal bahan kimia.


2. Prosedur semasa penerimaan bahan kimia daripada pembekal :-
  • Memastikan label bahan kimia adalah betul dan dalam keadaan baik.
  • Memastikan bekas bahan kimia dalam keadaan baik dan tidak bocor.
  • Memastikan pembekal membekalkan CSDS bahan kimia kepada pengguna. Maklumat CSDS perlulah mengikut kehendak USECHH 2000.





3. Rekod Pendaftaran Chemical di tempat kerja
  • Borang “Chemical Register” boleh dimuat turun di lamanweb JKKP. Contoh borang “ Chemical Register”.


4. Prosedur penyimpanan bahan kimia.
  • Merujuk tentang cara penyimpanan melalui CSDS bahan kimia tersebut;
  • Sekiranya menggunakan forklift / jentera untuk mengangkat bahan kimia tersebut, sila pastikan prosedur yang betul digunakan untuk mengangkat bahan kimia.
  • Mengamalkan konsep “first in, first out” untuk memastikan bahan kimia tidak luput tarikh tempoh penggunaan;
  • Sistem pengudaraan di bilik penyimpanan bahan kimia (sekiranya perlu – rujuk CSDS @ cadangan daripada assessor CHRA);
  • Label / simbol amaran pada setor bahan kimia. Mengikut jenis bahaya bahan kimia.


5. Prosedur semasa mengguna / mengendali bahan kimia.
  • Memberi latihan kepada pekerja tentang prosedur mengendalikan bahan kimia tersebut dan memastikan rekod latihan disimpan.
  • Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dan mengikut standard;
  • Langkah-langkah mengendalikan bahan kimia (proses kerja) dipamerkan di tempat kerja.


6. Prosedur semasa melupus sisa buangan bahan kimia (schedule waste).
  •  Label sisa buangan terjadual yang betul. Rujuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. http://www.doe.gov.my/ms/content/akta-kualiti-alam-sekeliling-1974
  • Bekas simpanan yang betul dan sesuai untuk sisa buangan terjadual;
  •  Tempoh simpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi 180 hari;
  • Pelupusan bahan kimia oleh kontraktor yang diiktiraf untuk melakukan kerja pelupusan sisa bahan kimia berjadual.


7. Permonitoran bahan kimia.
  • Penyediaan CHRA report oleh assessor yang kompeten.
  • Assessor perlu membentangkan keputusan laporan yang telah disediakan kepada pemilik tempat kerja;
  • Pendedahan permonitoran bahan kimia kepada pekerja dilakukan sekiranya terdapat cadangan daripada assessor.


8. Permonitoran kesihatan pekerja.
  • Melakukan medical surveillance kepada pekerja yang terdedah kepada bahan kimia;
  • Medical surveillance yang bersesuaian adalah berdasarkan cadangan daripada assessor CHRA contohnya Lung Function Test, Blood Test, Urine test and etc.




USECHH 2000 – Peraturan-peraturan keselamatan & kesihatan pekerjaan (Penggunaan & standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan 2000.

CPL 1997 – Peraturan-peraturan KKP (Pengelasan, pembungkusan & pelabelan bahaya kimia berbahaya) 1997.

CHRA – Chemical Health Risk Assessment.