Wednesday, December 5, 2012

Keselamatan Kebakaran

Beberapa minggu lepas....Saya berkesempatan berkunjung di booth pameran Jabatan BOMBA.....banyak maklumat2 yang saya perolehi daripada pameran tersebut....Macam biasa la..bila gi melawat booth mcm nie...mmg semua brochure  yg ada saya kutip...hihihi....Mungkin maklumat-maklumat macam nie amat diperlukan di masa depan....



Paling menarik minat saya adalah berkaitan dengan garis panduan pemasangan jeriji di kediaman.....boleh juga digunakan untuk premis tempat kerja....

Klu sesiapa berminat pasal garispanduan nie...boleh la rasanya gi melawat balai bomba berdekatan untuk dapatkan info....boleh juga download garis panduan nie dari laman sesawang bomba.... =)


Tuesday, October 30, 2012

CEP Course di Johor 20~21 Nov. 2012


Seminar KKP 2012 anjuran PKS dan JKKP Johor
Tarikh : 20 - 21 November 2012
Tempat : Persada Johor
Masa : 7.45 Pagi - 5.00 Petang


Yuran = RM580 / Peserta

Jumlah CEP = 15 point

*Maklumat lanjut sila hubungi pegawai di JKKP Johor di talian 
07-223 7071 / 07-224 2122 / 07-224 3076

P/S : Mana2 yg berkaitan & yg belum cukup CEP point....cepat2 la cari course...dah
hujung tahun...Nanti jgn mengeluh plak bila tak cukup CEP point utk renew competency...

Sunday, October 14, 2012

Persidangan Pengamal KKP Kebangsaan 2012 "Career Opportunity in OSH"


Tarikh : 30 - 31 Oktober 2012
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

** TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 23 OKTOBER 2012 **

** Terhad untuk 500 PESERTA SAHAJA **

** Yuran Penyertaan RM 700 **

** Pengesahan penyertaan adalah SELEPAS pembayaran diterima **

**Kehadiran untuk Majlis Anugerah KKP Kebangsaan 2012 adalah DIWAJIBKAN**

** Tema pakaian : KOT dan BERTALI LEHER **


*Pendaftaran secara atas talian....Klik link berikut e-daftar peserta

Maklumat lanjut sila layari laman www.dosh.gov.my

Friday, October 12, 2012

Uji Kefahaman SHO - Part II


Dekat2 exam SHO....kena buat byk latihan....hehehe....saya nak share soalan2 yang pensyarah saya pernah bagi dulu masa zaman saya study + soalan2 maser saya duduki exam nie dulu (Tak ingat sangat semua soalan nyer).....

1.Seksyen 15(2) AKKP 1994 mengkehendaki majikan mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat. Dengan perkataan anda sendiri, jelaskan apa yang anda faham dengan "sistem kerja yang selamat"
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kerja yang selamat.
(b) Bagaimana sistem kerja yang selamat dapat diwujudkan di tempat kerja?
(c) Bagaimanakah anda merumuskan sistem kerja yang selamat untuk pekerja-pekerja di organisasi anda apabila bekerja di tempat tinggi?

2. Keperluan-keperluan untuk permonitoran pendedahan pekerja atau pemonitoran orang perseorangan telah diperuntukan di bawah Peraturan Kilang dan Jentera Timah Hitam (1984), Peraturan Memproses Asbestos (1986), Peraturan Bunyi Bising (1989) dan Peraturan Habuk-Habuk Galian (1989).
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pemonitoran orang perseorangan?
(ii) Mengapakah ia penting khususnya di persekitaran pekerjaan?
(iii)Berikan langkah-langkah yang terlibat di dalam program pemonitoran orang perseorangan bagi mereka yang terdedah kepada bahan berbahaya seperti timah hitam?

3. Pengurusan bahan kimia di tempat kerja diumpama seperti "dari buaian hingga ke liang lahad". Jelaskan sistem pengurusan bahan kimia di tempat kerja seperti  yang digambarkan oleh pepatah tersebut. - Nie soalan yang masuk masa saya ambik exam nie dulu... =)

4. Terangkan bahagian-bahagian utama pada sistem pengudaraan setempat (LEV) dan nyatakan fungsi2 setiap bahagian tersebut. Nie soalan yang mmg masuk masa saya ambik exam nie dulu...semangat saya jawab...yang pasti kena lukis bentuk LEV tu....study tau... =)

5. Sebagai seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di sebuah syarikat pembinaan, anda dikehendaki untuk menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut :-
(i) Jatuh dari tempat tinggi
(ii) Tergelincir (jatuh pada aras yang sama)
(iii) Terkena renjatan elektrik, dan
(iv) Keruntuhan struktur sementara (contoh : perancah)

6. Empat sebab kemalangan yang biasa berlaku semasa pengedalian kren adalah kren terbalik, perlanggaran, kehilangan beban dan kesilapan pemandu. Jelaskan faktor-faktor asas setiap sebab yang tersebut di atas dan cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghapuskan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan tersebut.

7. Terangkan satu proses kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja anda. 
(i) Kenalpasti dan jelaskan dengan terperinci 2 jenis bahaya kepada keselamatan dan 2  jenis bahaya kepada kesihatan pada proses tersebut.
(ii) Pada pendapat anda yang manakah daripada bahaya tersebut boleh mendatangkan risiko kepada pekerja dan nyatakan sebab-sebabnya.
(iii) Berikan cadangan anda bagaimana bahaya yang dikenalpasti tadi boleh dikawal.

P/S : Skema jawapan tidak disediakan....buka nota and cari sendiri jawapannya....

Tuesday, October 9, 2012

Uji Kefahaman SHO - Part I


Hermm....pertengahan bulan oktober akan ada exam SHO...mcm mana saya tahu??? Coz ramai sgt email saya tanya contoh2 soalan past years....hermm...Secara jujurnya sy mmg tak tahu....Saya menduduki exam SHO nie dah lama...Dah tak berapa nak ingat soalan apa yang ditanya masa tu....Tapi tak la susah sgt soalan2 nya....Tak susah coz saya lulus semua paper tu dgn sekali ambik jer....hihihi....Saya boleh...anda pun mesti boleh...cuma kena rajin ckit utk study.....

Nasihat org pandaikan?? Hihihi...saya dulu pun tak study sgt...Apa yg saya praktikkan dalam tugas harian saya....Itu la yang saya jawab....

Jgn hafal tp cuba fhm....Kalau saya study dulu...saya cuma hafal sebhgn akta2 atau peraturan penting jer...then saya membayangkan saya bekerja di satu tempat kerja contoh tapak bina atau sektor pengilangan yang majikannya mmg "zero knowledge" pasal KKP....Jadi saya akan ambik satu paper and senaraikan apa tindakan saya sebagai SHO untuk memastikan aspek KKP ditingkatkan di tempat kerja dan mematuhi perundangan yang termaktub....


Hermm....saya usahakan jugak utk membuat contoh2 soalan untuk uji kefahaman anda....Ini hanya sekadar contoh untuk uji kefahaman anda k...

Jom Uji Kefahaman :-

1. Kadar kemalangan di tempat kerja anda semakin meningkat saban tahun. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, anda ditugaskan oleh majikan untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan @ "zero accident" di tempat kerja. Bagaimanakah anda akan melakukannya??

2. Terangkan fungsi-fungsi utama penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang mengikut kehendak Seksyen 31, AKKP 1994. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan atau dilaksanakan oleh jawatankuasa ini sejajar dengan fungsi-fungsi tersebut.

3. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan laporan KKP setiap bulan. Sila nyatakan apakah maklumat2 yang perlu dimasukkan ke dalam laporan tersebut.

4. Pekerja di makmal sering terdedah kepada penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, anda diminta oleh majikan untuk memberi cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Senaraikan langkah penyelesaian mengikut hierarki yang ditetapkan di dalam AKKP 1994.

5. Sila nyatakan tindakan yang perlu diambik sebelum, semasa dan selepas mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan seperti kehendak perundangan.

6. Senaraikan 4 klasifikasi bahan kimia berbahaya berdasarkan kepada sifat2 kimia - fizik bahan tersebut dan 5 klasifikasi berdasarkan kesan2 bahan tersebut kpd kesihatan.

7. Senaraikan maklumat2 penting yang perlu dinyatakan pada label bekas yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

8. Merujuk kepada maklumat yang dinyatakan, anda dikehendaki membuat pengiraan LTI n etc..etc....Korang study la borang JKKP 8 tu....masa saya ambik exam dulu saya jawab soalan nie k...Ini antara soalan yang saya ingat...Tapi tak tau la kot2 giliran korang soalan nie dah tak keluar...

9. Majikan perlu menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Sila nyatakan apakah elemen yang perlu dinyatakan di dalam dasar tersebut.

Herm.....saya karang jer soalan tu...tak ikut pun turutan modul dan paper... Paper 1 (Modul 1 & 2), Paper 2 (Modul 3 & 4), Paper 3 (Workstation : Modul 1 -4) and Paper 4 (WPA)... Benda nie mesti cikgu2 korang dah bgtau masa ambik course nie.... Cikgu saya dulu tak bgtau pasal nie... Yang nie saya blajar dgn ex-bos saya yg dh lulus exam SHO...hihihi

Setakat tu jer soalan saya bleh fikir mlm nie...esok saya post lagi soalan-soalan untuk uji kefahaman anda sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan tentang KKP....



Monday, October 8, 2012

Mr. Buddy as 2nd Admin

Owh....dah lama sgt tak update blog nie... byk sgt email saya terima request saya update blog nie... Thanks yer coz sudi bertandang ke blog saya nie...

Lps nie saya dan best friend a.k.a Mr. Buddy akan lebih kerap update blog nie.... Jadual saya mmg agak busy since 3 months ago.... Busy dengan kerja and famili...Harap korang fhm k...

InsyaAllah lps nie akan lebih kerap update info-info utk dikongsi bersama kawan2 yang fresh graduate....Sebab tu saya terpaksa import best friend a.k.a Mr. Buddy sebagai 2nd admin untuk update blog....

Mr. Buddy akan berusaha sama2 tolong saya update info di blog nie dan tambah baik lagi blog nie di masa akan datang.... I love this blog so much... selagi terdaya saya akan cuba kongsi maklumat berkaitan OSH dengan kwn2 yang fresh graduate yg baru nk menapak dlm bidang nie....

Buat semua...terima kasih lagi sekali coz sudi visit this blog....pada yang dh hantar email bertanya...saya akan cuba sedaya upaya membalas email dan pertanyaan anda secepat mungkin....kalau yang tak sempat berbalas tu, saya mintak maaf bebanyak yer...

Untuk yang nk berkongsi berkaitan seminar / kursus berkaitan OSH anjuran anda atau sebarang CEP course....just email maklumat ke ladybos@ymail.com kalau berminat nak iklankan di blog nie...


P/S : Maaf coz buat kwn2 tertunggu2 updated info dari blog nie....Harap2 Mr. Buddy rajin up-date blog lps nie...

Wednesday, June 13, 2012

Seminar KKP Sempena Minggu KKP 2012

Tarikh : 11 ~ 12 Julai 2012

Masa : 8.00 pagi ~ 5.00 petang

Tempat : Grand Dorsett Subang, Selangor

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 2 Julai 2012

Yuran Penyertaan : RM550.00 / peserta

**Kemudahan makan, nota dan beg seminar disediakan.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi :

Pn. Sharifah Nurol (019-5701645)
Pn. Wahidawatie (019-2809636)
Pn. Zurena (012-7277835)
No. Telefon JKKP Selangor : 03-56236400

P/S : Nak tau lebih lanjut tentang CEP course nie...bleh ke laman web JKKP....click jer kt link nie... ATURCARA PROGRAM & BORANG PENYERTAAN...

Saturday, May 19, 2012

Sharing Slide Presentation


Okey....teringat zaman saya jadi SHO dulu...sgt suka bila jadual penuh bg training pada staff...seronok bila up-date training slide and buat cantik2 utk kongsi ilmu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) dengan semua pekerja...tak kira pangkat...dari top management sehinggalah ke pekerja bawahan...

Sekarang nak menyibukkan diri utk up-date slide...salah satu cara utk saya sentiasa ingat pasal kerja2 saya dlm aspek KKP...sharing is caring...dalam masa sama dapat lah berkongsi sebahagian slide yang saya ada utk rujukan bersama....

P/S : Jgn lupa jadi follower saya di blog nie....InsyaAllah...mulai bulan depan saya akan upload slide presentation berkaitan KKP utk perkongsian bersama....diharap dpt jadi sumber rujukan utk SHO baru & pelajar2 yg baru nk tahu pasal KKP....

Friday, May 18, 2012

Seminar on Developing & Sustaining Safety Culture in Malaysia

DSSCM2

CEP Course untuk safety practitioner....anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama AKEPT dan MYSHO....

Tarikh program   :    22~24hb May 2012

Yuran Penyertaan  : RM600 (Pekerja Sektor Awam / Swasta) & RM50 (Pelajar)

Tarikh akhir pendaftaran :  20hb May 2012 (rasanya nak walk-in registration pun boleh...aper2 pun call tanya dulu...saya cuma tolong iklan kan jer)

Maklumat tentang program dan contact person boleh klik di link ini Seminar on Developing & Sustaining Safety Culture in Malaysia ...

P/S : Cepat2 la kumpul point CEP....jgn tunggu last minutes... =)

Thursday, May 17, 2012

Technical Knowledge



Mood study tetiba dtg....tak kira lah umur kita brapa pun....sesi pembelajaran tak pernah berakhir.....setiap detik dan ketika...ada saja benda baru yang perlu dipelajari dan sentiasa diulangkaji dan difahami agar lebih mahir....

Saya pun tak terkecuali....byk benda nk dipelajari dan dipraktiskan setiap hari agar menjadi yg terbaik.....Ayuhhh semua SHO....tingkatkan ilmu di dada....

P/S : Knowledge is POWER!! 

Tuesday, May 15, 2012

Sayangi diri dan keluarga anda....

Sayang anak...timang2 kan...tapi adakah anda btul2 prihatin terhadap aspek Keselamatan & Kesihatan anak anda?? Gambar di bawah adalah salah satu yg menerangkan maksud tersebut....




P/S : Sayangi ahli keluarga anda.....langkah pencegahan dapat menyelamatkan nyawa orang yang anda sayangi...

Sunday, May 13, 2012

Dangers of Hot Work

"Hot Work"....semua sedia maklum bahawa kebanyakan industri ada menyediakan permit kerja utk kerja2 panas (Hot Work Permit)....

Contoh2 aktiviti "hot work" adalah seperti berikut :-

    
Cutting

  
Welding

 
Grinding


Sebarang kelalaian semasa melakukan "hot work" dapat mengundang kepada berlakunya kemalangan yang lebih serius dan teruk seperti letupan dan 'flash fire'....

Contoh2 penerangan tentang bahaya "hot work" dapat dilihat melalui video berikut :-


P/S : Pelbagai Video Case Study...boleh diperolehi daripada laman web U.S Chemical Safety Board ( www.csb.gov ) 




Sunday, April 29, 2012

Mati Terhimpit Jentera Bajak Padi

Antara bahaya2 yang wujud di sektor pertanian adalah penggunaan jentera2 seperti ini....walaupun bekerja sendiri....tetap perlu prihatin tentang aspek2 KKP....sentiasa berwaspada & beringat bahaya2 yang mungkin ada disekeliling semasa melakukan sebarang kerja....

Takziah buat keluarga mangsa...semoga tabah menghadapi dugaan dari-Nya....
~~Al-Fatihah buat arwah Mohd Hishammudin Yusoff~~





P/S : Semoga kejadian yg berlaku menjadi iktibar kepada pekerja2 yang mengendalikan jentera ini....semoga prihatin dengan bahaya yg ada semasa bekerja....


Tuesday, April 24, 2012

Maut Dihempap Jentera



Tak habis-habis dengan kisah kes maut di tapak bina....hermmm....keprihatinan daripada semua pihak dlm aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan adalah penting utk mengelak lebih ramai terkorban di tapak bina...

P/S : Dulu ada SHO....skrang dah ada SSS kompeten....laksanakan lah amanah yang telah diberikan kpd anda sebaik mungkin....


Monday, April 23, 2012

Guidelines On Mercury Management In Oil & Gas Industry


Garispanduan baru utk Pengurusan Merkuri melibatkan industri minyak & gas yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Mei 2012....Setiap majikan @ SHO perlu prihatin dengan  garispanduan baru yg dikeluarkan oleh JKKP.....sumber rujukan utk patuhi AKKP 1994....


P/S : Zaman dulu masa kat sekolah rendah @ menengah...pernah tak patahkan termometer utk tgk merkuri? Masa tue tak tahu lagi bahaya merkuri... =)

Sunday, March 25, 2012

Promote OSH at Your Workplace


Just untuk share... gambar nie diambil di kaunter pembelian tiket ETS di KL Sentral... Saya suka tgk syarikat yg share info mcm nie di kaunter hadapan.... It's better dari buka siaran TV masa ofis hour.... Tak salah nak buka siaran TV...  Mungkin masa siaran berita sahaja....

P/S : Sangat tak sesuai....time kerja tgk Sinetron kt TV....

Friday, March 9, 2012

Advertising Board....


Semalam keluar dinner with Mr. Hubby dkt area Shah Alam... masa on the way nak balik tu... ternampak la few workers tgh bertungkus-lumus nk siapkan kerja2 tukar iklan baru kt one of the flyover advertising board...


Agak2 nyer la... apakah risiko2 masa proses kerja nie??? What are the safety features yg kena consider masa buat aktiviti kerja nie?? 


As SHO...what is your advise?? Fikir2 kan... =)


P/S : Saper2 yg plan nk beli kereta...bleh la g cuba test drive kereta TOYOTA... =)

Monday, March 5, 2012

Owhh...Keretapi Tanah Melayu....

Gambar Sekadar Hiasan


Weekend yg lepas..saya berpeluang menaiki KTM...Senandung Mutiara... Dah nama pun Mutiara...sure semua dapat agak keretapi nie menuju ke mana...hehehe....Perjalanan KTM dari KL Sentral ke Butterworth....ohh...yeah...Pulau Mutiara @ Pulau Pinang!!!


Perjalanan dengan menaiki keretapi lebih selamat daripada menaiki bas...peluang untuk terlibat dengan kemalangan jalan raya tu mmg tak der la...hehehe...


Cuma terkilan coz saya terjmpa sesuatu keadaan yang saya rasa sangat tak selamat.... Saya rasa mungkin pihak KTM perlu mengambil tindakan penambahbaikan....
Laluan pintu antara gerabak...kt mana keadaan tak selamat nyer????


Ada ruang terbuka antara laluan dari gerabak nie nak ke gerabak lain...gerabak depan ada toilet + tempat makan...of coz ramai akan lalu lalang....


Haaa...ini la keadaan tak selamat nyer...bleh nampak tak lubang sebesar2 tu...bleh nmpk tanah nyer....mmg sesuai dgn nama nyer.....Agak-agak nyer lah, klu ada pengguna or budak2 terjerlus masuk macam mana??? Kebarangkalian untuk terjadi mmg ada coz laluan antara gerabak ini dengan gerabak depan mmg sgt tak stabil bila keretapi bergerak.....saya pun berfikir berkali2 nak ke gerabak sebelah...


Rasanya pihak KTM kena ambik tindakan segera...membetulkan keadaan nie...jgn smpai ada pengguna yang tercedera disebabkan keadaan ini baru nak ambik tindakan untuk betulkan keadaan...


P/S : Pengangkutan awam yang selamat adalah harapan setiap pengguna...



Wednesday, February 15, 2012

Lagi Berita Tersepit Mesin....

Rasanya semua dah baca paper hari nie kan...saya baca pagi td...tp dek kerana bz ngan keje...baru skrng dpt share pasal kisah nie....

Sedih?? Marah?? Kecewa?? Hermm.... tolong la... majikan & pekerja... ambik tindakan untuk elakkan insiden yang serupa daripada berulang... safety guarding... emergency button... sensor... byk cara utk elak insiden nie berulang.... Semuanya bergantung atas usaha korang untuk tangani nyer... Takkan nk tunggu terkena kt diri korang sendiri atau sedara mara korang baru nak menyesal and ambik tindakan...Renung2 kan lah...

Kes 1 : Mesin Lentur Kepala 

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam  mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Kes 2 : Parah Tangan Tersepit Mesin 


   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.
Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.


PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis. 

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak. 


Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa. 

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut. 

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin. 

“Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA,” katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.


Saturday, February 4, 2012

Part 2 : Perancangan Program KKP



Assalamualaikum....


Dah lama tak up-date blog nie....sorry la....schedule a bit tight....

Anyway...macam mana dengan perancangan KKP tahun baru?? Is it running smoothly??


Post kali nie just nak bercerita berkaitan dengan sebahagian program2 KKP yang boleh majikan adakan dengan mendapatkan kerjasama daripada pihak JKKP... =)

Untuk pengetahuan semua....majikan boleh menjalankan aktiviti seperti :-

  • Menjemput pegawai daripada JKKP untuk mengadakan ceramah berkaitan KKP kepada pekerja / pihak pengurusan...mungkin untuk ceramah dalam tempoh 1-2 jam...antara2 topiknya mungkin berkaitan guarding, pengurusan bahan kimia di tempat kerja, OSHA 1994, ERP, jenis2 penyakit pekerjaan and etc...biasanya ceramah diberikan just maklumat ringkas jer..tak la terlalu detail...masa pun just 1-2 jam kan...nk detail kena cari trainer luar la utk bg sesuatu topik secara lebih jelas....hermm....mungkin boleh jemput pegawai JKKP bagi taklimat masa "toolbox talk".... =)
  • Sesi dialog berkaitan KKP bersama pihak JKKP...mungkin melibatkan pejabat JKKP negeri...ini kena discuss & plan dengan pejabat JKKP negeri...kebiasaannya ada permintaan dari persatuan SHO, Persatuan daripada industri IKS, industri2 lain untuk sesi soal jawab berkaitan isu2 KKP terkini.... =)
  • Menjemput pihak JKKP dari pejabat negeri untuk mengadakan pameran sekiranya tempat kerja anda ada membuat program "HSE Day"...untuk pameran nie bergantung kepada jadual pegawai dari seksyen promosi...jgn pakai bedal jer letak tarikh...hehehe...per2 pun bincang dulu tarikh yang sesuai dengan pegawai dari seksyen promosi...paham2 jer la..pegawai dari seksyen nie tak berapa ramai...takut ada clash date dengan pameran di tempat lain....
Untuk SHO...tak rugi rancang program KKP dengan JKKP...coz few program tu mungkin boleh dapat collect point utk CEP...cuma kena pastikan surat, attendance + dokumen2 berkaitan disimpan....


P/S : Tak kenal maka tak cinta.... =P