Showing posts with label Kes Kemalangan Pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label Kes Kemalangan Pekerjaan. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Maut Terkena Renjatan Elektrik di Ladang Sawit

Pepagi nie bila selak akhbar Sinar Harian....terbaca kes kemalangan pekerjaan di mana pekerja ladang maut terkena renjatan elektrik semasa mengait buah sawit.....hermmmm


Tentu korang masih ingat post LB yang lepas pasal Hazard Fizikal Di Ladang Sawit. Sesungguh nyer sgt penting untuk mengenalpasti apa hazard yang ada di tempat kerja....budaya pencegahan itu perlu diterapkan dari awal... Jgn smpai bila terjadi kemalangan baru nak menyesal....Masa tu menyesal pun dah tak guna lagi....Nyawa sgt bernilai...Tak boleh dibeli dengan wang ringgit....

P/S : Sama-sama lah kita mengamalkan budaya kerja selamat....Plz do the risk assessment at your workplace A.S.A.P!!!

Saturday, June 15, 2013

Hazard Fizikal Di Ladang Sawit

Owhhh....Nak share info pasal hazard di ladang sawit....Kebiasaanya di ladang sawit, pekerja menggunakan sabit dan pahat untuk menuai buah sawit yang telah matang..... Untuk yang tak pernah tgk alat nie....LB tunjukkan picture peralatan nie....


Sabit

Pahat

Bila tgk alat nie....comfirm lah bahaya nyer adalah tajam....Klu tak tajam macam mana nak potong tandan sawit kan???

Klu korang tak percaya alat ni bahaya....LB share keratan akhbar kemalangan melibatkan peralatan nie....Ini kisah yang baru terjadi beberapa hari yang lepas....


Mcm biasa la...if balik kampung or jalan kt ladang...mesti korang akan nmpk ada pekerja usung sabit masa naik motor....aktiviti rutin dan yang biasa dibuat slalu.....

Jadi untuk mengelakkan kemalangan sebegini berulang.....Jadi kena la pastikan bahagian yang tajam ditutup bagi mengelakkan kecederaan....Contoh nyer macam gambar kt bawah nie....


Sesungguhnya setiap org kena kenalpasti apa jenis hazard yang ada di tempat kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja....

Nyawa lebih penting dari segalanya....."Safety First"!!!! Sama-samalah memupuk budaya kerja selamat semasa bekerja....

Friday, June 7, 2013

Struktur Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh!!!!

Gempar insiden sebahagian struktur jambatan ke-2 Pulau Pinang yang runtuh.....Nasib baik masih dalam proses pembinaan...If dh siap then runtuh masa org awam sedang guna...lagi la kecoh....

Projek yang bernilai berbillion ringgit yang sepatutnya menjadi kebanggaan kontraktor utama sekiranya berjaya disiapkan tanpa insiden sebegini terjadi....

Apa2 pun..."nasi sudah menjadi bubur"....Moga insiden ini menjadi iktibar buat semua kontraktor2....Nak komen lebih2 pun tak leh....tunggu jer la hasil keputusan siasatan nyer nnt...






Tuesday, June 4, 2013

Maklumat Pada Borang JKKP 6

Hollaaaa......hari nie semangat skit nak buat keje2 update info untuk pembaca blog nie....hehehe....

Kali nie saya nak share apa maklumat yang sepatutnya korang isi bila terjadinya kemalangan atau kejadian berbahaya kat tempat keje korang....

Borang JKKP 6 perlu dihantar dalam masa 7 hari jika berlaku : -
  • Kemalangan maut 
  • Kecederaan serius 
  • Masuk wad lebih daripada 24 jam
  • MC lebih dari 4 hari 
  • Kejadian Berbahaya - Merujuk kepada Peraturan 5, Jadual Pertama dan Jadual Kedua NADOPOD
Sila klik pada gambar klu nak nampak lebih jelas

Diharapkan penerangan saya jelas berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang perlu diisi pada borang JKKP 6....Yang bertanya melalui email pada saya....harap korang berpuas hati dengan maklumat nie... ^__^
 

Monday, May 27, 2013

Jatuh Bangunan!!!


Iktibar buat semua.....kenalpasti hazad....analisa risiko dan pilih langkah kawalan sesuai untuk pastikan insiden yang sama tidak berlaku di tempat kerja anda....

Sentiasalah beringat...bila masuk paper mcm nie...comfirm SHO / Project Manager kena soal jawab dgn DOSH Officer...

Sunday, May 13, 2012

Dangers of Hot Work

"Hot Work"....semua sedia maklum bahawa kebanyakan industri ada menyediakan permit kerja utk kerja2 panas (Hot Work Permit)....

Contoh2 aktiviti "hot work" adalah seperti berikut :-

    
Cutting

  
Welding

 
Grinding


Sebarang kelalaian semasa melakukan "hot work" dapat mengundang kepada berlakunya kemalangan yang lebih serius dan teruk seperti letupan dan 'flash fire'....

Contoh2 penerangan tentang bahaya "hot work" dapat dilihat melalui video berikut :-


P/S : Pelbagai Video Case Study...boleh diperolehi daripada laman web U.S Chemical Safety Board ( www.csb.gov ) 




Tuesday, April 24, 2012

Maut Dihempap Jentera



Tak habis-habis dengan kisah kes maut di tapak bina....hermmm....keprihatinan daripada semua pihak dlm aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan adalah penting utk mengelak lebih ramai terkorban di tapak bina...

P/S : Dulu ada SHO....skrang dah ada SSS kompeten....laksanakan lah amanah yang telah diberikan kpd anda sebaik mungkin....


Wednesday, February 15, 2012

Lagi Berita Tersepit Mesin....

Rasanya semua dah baca paper hari nie kan...saya baca pagi td...tp dek kerana bz ngan keje...baru skrng dpt share pasal kisah nie....

Sedih?? Marah?? Kecewa?? Hermm.... tolong la... majikan & pekerja... ambik tindakan untuk elakkan insiden yang serupa daripada berulang... safety guarding... emergency button... sensor... byk cara utk elak insiden nie berulang.... Semuanya bergantung atas usaha korang untuk tangani nyer... Takkan nk tunggu terkena kt diri korang sendiri atau sedara mara korang baru nak menyesal and ambik tindakan...Renung2 kan lah...

Kes 1 : Mesin Lentur Kepala 

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam  mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Kes 2 : Parah Tangan Tersepit Mesin 


   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.
Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.


PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis. 

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak. 


Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa. 

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut. 

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin. 

“Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA,” katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.


Thursday, October 13, 2011

Anu Putus Kena Bilah Mesin Bajak


Hari nie terbaca info pasal kisah pekerja terputus anu...mungkin ada few yang gelak bila baca kes nie...tapi ambiklah tauladan dari perkara yang terjadi nie coz kemalangan adalah sesuatu perkara yang terjadi di luar jangkaan kita...


Moga kita lebih berhati2 dalam melakukan kerja seharian coz sesaat kita lalai semasa bekerja mungkin boleh menyebabkan kita menyesal seumur hidup!!!

Wednesday, September 7, 2011

Evolusi Drift Ambulans???

Kebelakangan nie byk lak dengar kes eksiden libatkan ambulans...macam jadi trend lak...dalam minggu nie jer 2 kes kemalangan libatkan ambulans dan yang maut bukan pesakit tapi orang yang mengiringi pesakit...hermm.... Kes Kemalangan Ambulans di Tampin....Kes Kemalangan Ambulans di Kinabatangan....

Sebelum nie pun banyak juga kes yang libatkan ambulans...antaranya adalah :

Lesen pemandu ambulans mmg besar coz boleh bawa ambulans tanpa kelajuan had limit...had limit nyer setakat last meter van ambulans tu boleh sampai....huhuh...coz mungkin target utama pemandu adalah nak cepat sampai di hospital untuk selamatkan mangsa....namun pemandu kena la juga consider bahaya2 lain ketika bawa ambulans tu laju2...jgn pulak anggap lesen besar smpai rasa mcm raja kt atas jalan raya...

Anyway...mungkin terdapat beberapa punca2 lain yg mendorong kepada berlakunya kemalangan...antaranya adalah :-
  • Pemandu tidak kompeten / kurang mahir - tak pandai bawa laju2, tak familiar dengan jalan2 dilalui and etc.
  • Kecuaian pemandu - mengantuk, hilang tumpuan and etc.
  • Masalah teknikal pada kenderaan ambulans - brake, tayar and etc.
  • Siren ambulans kurang jelas kedengarannya. - Berdasarkan pengalaman saya la last week, bila ambulans dh dkt sgt dengan belakang kereta baru dpt dengar siren tu...then driver ambulans tak lak bg reminder guna speaker mcm dulu2....
  • etc...etc...
Tapi patut ke had laju ambulans di had kan?? Mcm kurang sesuai kan....klu kita sebagai waris pesakit /pesakit dalam ambulans tu pun mesti nak cepat smpai hospital...hermm....per2 pun mungkin ada langkah lain yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah ini... =)

P/S : LadyBos@Wifey suka bawa laju2 bila line clear....ngantuk bawak slow2....tapi masih below the limit....tak larat nk sedekah duit bayar saman...=)

Monday, September 5, 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor...

Takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Jurukamera daripada Bernama TV yang maut terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia ketika mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa kemarau dan kebuluran di Somalia. Moga Allahyarham ditempatkan dikalangan golongan yang beriman...Al-Fatihah...

Diharapkan peristiwa ini menjadi pengajaran kepada semua...walau apa keadaan sekalipun..aspek keselamatan tidak boleh dipandang remeh semasa bekerja...pastikan peralatan perlindungan diri (PPE) yang dibekalkan bersesuaian dengan bahaya dan risiko yang terdapat di tempat yang kita bakal bekerja...

P/S : Usahlah kita menunding jari mencari kesalahan sesiapa..namun berusaha untuk melakukan penambahbaikan supaya tidak ada lagi rakyat kita yang menjadi mangsa korban seterusnya ketika mengikuti misi kemanusian di negara2 yang bergolak...

Tuesday, May 3, 2011

Keperluan Melaporkan Kemalangan / Kejadian Berbahaya/ Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan kepada JKKP / DOSH...

Sesi kali nie saya akan membincangkan tentang isu siasatan kemalangan di tempat kerja.... sesuatu yg wajib utk semua SHO tahu tentang keperluan mematuhi AKKP 1994 dan FMA 1967, iaitu melakukan siasatan kemalangan di tempat kerja dan melaporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak JKKP / DOSH....

Amat mendukacitakan sekiranya seseorang SHO masih tidak mengetahui apa itu borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8....ada sesetengah SHO yang kompeten mmg tak pernah menggunakan borang tersebut...malah ada yang tidak mengambil peduli tentang keperluan melaporkan kemalangan atau insident yang berlaku di tempat kerja kepada pihak JKKP / DOSH...sedihkan?? tapi itu la hakikatnya...

Ada sesetengah syarikat yang berbangga dengan pencapaian LTI zero dan berusaha utk mencapai LTI zero selama beberapa tahun...namun, hakikatnya...betulkah mmg tak wujud langsung kemalangan di tempat kerja atau pihak syarikat berusaha utk tidak melaporkan kemalangan yg terjadi kepada pihak JKKP/ DOSH....mungkin pihak terbabit ingin menjaga reputasi syarikat...hermm...

Ada sebahagian pulak tidak membenarkan pekerja yang mengalami kecederaan mengambil cuti sakit secara berterusan selama 5 hari....atas alasan sekiranya MC berterusan 5 hari...kes perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...bagi pendapat saya, amatlah kejam sekiranya pihak majikan beranggapan begitu...macam mana dgn kebajikan pekerja?? Sekiranya big bos atau terkena pd diri sendiri...sanggupkah anda dtg bekerja sambil menahan sakit hanya semata2 nak memastikan MC tidak lebih 5 hari??? Maksud kehilangan hari bekerja bukan hanya spesifik untuk MC sahaja, tetapi ia merangkumi maksud tidak bekerja atau melakukan tugasan aktiviti kerja lain untuk sementara kerana tidak dapat melakukan tugas biasanya...

Itulah tanggapan salah sebahagian pihak tentang keperluan melaporkan kemalangan kepada pihak JKKP / DOSH.....actually keperluan melaporkan kemalangan tidak hanya melibatkan kecederaan yang mendapat MC 5 hari dan ke atas sahaja....Namun, sebarang kejadian berbahaya walaupun tidak melibatkan kecederaan perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...contohnya kejadian berbahaya adalah seperti runtuhan scaffolding, kebakaran, pelepasan bahan kimia berbahaya ke udara dan lain-lain (Sila rujuk Jadual 2, AKKP 1994 dibawah Peraturan NADOPOD 2004 untuk mengetahui senarai kejadian berbahaya yang perlu dilaporkan).... Kejadian berbahaya walaupun tidak menyebabkan kecederaan tetap perlu dilaporkan dengan menghantar borang JKKP 6 dan dimasukkan di dalam laporan tahunan JKKP 8...


Di antara senarai borang2 yang perlu untuk melaporkan kemalangan / kejadian / insiden di tempat kerja adalah :-
1. JKKP 6 - Borang Pemberitahuan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya


Contoh Borang JKKP 6

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 6

2. JKKP 7 - Borang Pemberitahuan Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan

Contoh Borang JKKP 7

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 7



3. JKKP 8 - Daftar kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, penyakit pekerjaan untuk sepanjang tahun. Sila rujuk post saya yang lepas Kewajipan Menghantar Borang JKKP 8 . Sila klik link Borang JKKP 8 untuk mendapatkan borang dalam format excel..

Rekod JKKP 6, 7 & 8 ini hendaklah disimpan. Rekod untuk JKKP 8 perlulah disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun.


Kegagalan pihak majikan mematuhi Seksyen 51 di bawah Akta dan peraturan 13 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 ini boleh menyebabkan penalti jika disabit kesalahan adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Kebiasaanya majikan lebih berminat untuk melaporkan kemalangan yang berlaku kepada PERKESO untuk mendapatkan tuntutan pampasan kepada pekerja....herm...If i'm not mistaken, sebahagian pejabat JKKP Negeri terletak di Wisma Perkeso...contohnya JKKP WPKL dan JKKP Kota Kinabalu...PERKESO dan JKKP adalah di bawah Kementerian yang sama...iaitu Kementerian Sumber Manusia....Sepatutnya Statistik Laporan Kemalangan di PERKESO sepatutnya sama dengan Laporan yang diterima oleh JKKP kan...Fikir2 kan lah....


Pada pendapat saya, lebih baik lapor dari diterjah oleh JKKP...Pening nak menjawab nnt beb....Coz sy sendiri pernah alami masalah macam nie bila ada pekerja dapatkan treatment di Hospital dan  OHD di Hospital tersebut buat report terus ke JKKP...terkejut gak tetiba dpt call dari pegawai JKKP nak dtg siasat coz saya tidak menerima sebarang aduan penyakit pekerjaan dari pekerja terbabit....Alhamdulillah coz semua dokumen disimpan dengan lengkap, jadi takder masalah bila proses siasatan dari JKKP...=)


Uoolllsss jgn tak lapor tau...Para2 SHO sekalian, sila advice majikan utk lapor k...jgn takut LTI tak capai target zero....yang penting ambik pedoman dari kemalangan yang berlaku dan berusaha untuk cegah perkara sama dari berulang....

Friday, December 10, 2010

PeNGuSaHa DodoL Maut JatuH KawaH.....


Al-fatihah buat allahyarham...ucapan takziah kepada keluarga mangsa...moga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian daripada-Nya....

Kejadian yang berlaku ini membuktikan bahawa sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) juga terdapat bahaya-bahaya yang boleh menyebabkan maut. Pada masa kini, kebanyakan industri IKS telah menggunakan pelbagai jenis mesin / jentera dalam mengendalikan perniagaan seharian...aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di sektor IKS tidak boleh dipandang remeh kerana sebarang kecuaian / kelalaian boleh mengundang padah...


Berikut saya berikan tip-tip berkaitan aspek keselamatan & kesihatan yang perlu diberi perhatian semasa mengendalikan mesin / jentera di tempat kerja :-


1. Pastikan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. Contohnya seperti safety shoes, google, mask, glove dan lain-lain. PPE yang digunakan perlulah sesuai dengan aktiviti kerja yang dilakukan.


2. Sekiranya mengendalikan mesin yang terdapat bahagian berputar /bergerak, sila pastikan bahagian yang berputar / bergerak dipasang pengadang yang dapat menghalang anggota badan terkena bahagian mesin yang sedang bergerak.


3. Garisan kuning pada lantai mungkin boleh diadakan untuk memastikan pekerja tidak berada terlalu hampir dengan mesin atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga atau peringatan kepada pekerja tentang bahaya berdekatan mereka.


4. Pastikan pekerja tidak memakai baju yang longgar atau elakkan tudung / rambut yang mengurai yang mungkin boleh menyebabkan bahagian pakaian yang longgar tersebut termasuk ke dalam mesin yang sedang bergerak / berputar. Tudung atau rambut perlu dikat dengan kemas semasa mengendalikan mesin. Elakkan bahagian yang menjulur pada pakaian / rambut.


5. Elakkan memakai rantai, gelang, cincin atau jam tangan semasa mengendalikan mesin. Ini bagi mengelakkan aksesori tersebut tersangkut pada mesin.


6. Pastikan butang "emergency stop" mudah dicapai dan dilabel dgn jelas. Ini bagi memastikan tindakan pantas dapat dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.


7. Pastikan permukaan lantai di sekeliling mesin tersebut kemas, bersih dan tidak berair / licin.


8. Wayar elektrik disekeliling mesin hendaklah diletak dengan kemas bagi mengelakkan kejadian tersadung atau wayar tersebut terkena air atau permukaan lantai yang basah.


9. Latihan untuk mengendalikan mesin perlulah diberikan kepada pekerja. Prosedur mengendalikan mesin perlulah ditampalkan pada mesin atau berhampiran mesin tersebut sebagai langkah peringatan kepada pekerja.