Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Keselamatan Semasa Menggunakan Eskalator


Assalammualaikum .....haiii....

Sesi kali nie sy nk bercerita tentang kes kecederaan melibatkan orang awam semasa menggunakan eskalator......Kes hampir sama yg sering berulang2....


Kebanyakan kecederaan yg terjadi melibatkan kanak2....sudah menjadi lumrah....kanak2 terkenal dgn sikap ingin tahu mereka....sering kali kawasan eskalator menjadi kawasan utk kanak2 bermain.....Di sinilah pentingnya sikap ibubapa utk mengawal tingkahlaku anak2 masing2.....


Tanda2 amaran keselamatan seperti berikut telah dipamerkan pada eskalator....Adakah kesedaran masih tidak wujud dikalangan org awam? Perlukah anak sendiri menjadi mangsa....baru kesedaran terhadap keselamatan semasa menggunakan eskalator akan wujud??

Moga orang awam terutamanya ibubapa prihatin dgn isu ini....Sentiasa pantau tindakan anak2 bila berada di tempat awam.....Perhati dan fahami tanda amaran keselamatan yang telah dipamerkan.....






Sunday, October 13, 2013

Safety at FunFair @ Amusement Park

LB teringat kenangan kecik2 dulu...bila arwah abah slalu bwk gi "funfair"....Punya la excited bila dpt gi "funfair"....Malam2 jer biasanya "funfair" dibuka....Sbb if siang hari panas kan....Biasanya dibuat di kawasan lapang....

Tp masa kecik fikir nak main jer....Seronok dengan suasana kt "funfair"...terang benderang dgn lampu yang warna warni....Dulu tak mcm skrang...ada byk pilihan taman tema...Tp kebiasaannya "funfair" jd pilihan sbb nak main games kt sini tak mahal sgt....Tak sama mcm masuk "Sunway Lagoon"...Universal Studion Singapore (USS) and etc..etc....Klu orang yang anak ramai n kurang berkemampuan....Biasa "funfair" jd pilihan.... 

Sedih lak tetiba bila terkenang arwah my dad....Bwk anak2 gi "funfair" sbb nak buatkan anak2 nyer happy....I luv my dad!!!

Gambar sekadar hiasan

Bila LB dah kerja bidang OSH nie....Mula terfikir sebenarnya keselamatan tu sgt penting dlm semua perkara dibuat...Keselamatan semasa kerja...semasa di rumah...di jalan raya...masa bergembira...semua kena ambik kira bab keselamatan....Andai kata kita lalai seketika....Mungkin akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup....


LB nak kongsi kes yang terjadi di Sarikei....Moga jadi iktibar pada kita supaya lebih berhati2 semasa membawa ahli keluarga ke taman tema / "funfair"....Buat syarikat yang menguruskan aktiviti ini...Perlu juga memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan....Pastikan setiap pengguna faham aspek keselamatan yang perlu mereka patuhi....



Saturday, October 12, 2013

Pintu Rintangan Api

Aahhaa....just nak share perkara yang sering kali dipraktiskan kt tempat kerja....Kekdg bleh jmpa gak perbuatan ni kt hospital2...kilang2 n premis2 tempat kerja yang lain....



Perbuatan suka adang pintu rintangan api dengan "fire extinguisher"....Al-kisah sbb nak mudahkan lalu lalang....Laluan orang keluar masuk...kan lebih mudah dibiarkan terbuka jer....Itu la mentaliti pada sesetgh org....


Kekdg org nie tak faham....Tujuan dipasang pintu rintangan api....Dh namakan pintu rintangan api kan....Tujuan nk menghalang api...Memberi lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya terjadi sesuatu kebakaran....


Moga kejadian sebegini menjadi iktibar pada kita....Belajar dari kejadian yang dh terjadi akan perkara ini tak terjadi di tempat kerja anda....Sila ikut arahan lps nie....Pastikan Pintu Rintangan Api Sentiasa Ditutup.....

Thursday, September 26, 2013

Hazardous Chemical

Hazardous chemical @ bahan kimia berbahaya perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan insiden yg boleh membahayakan pekerja dan org awam....



Aahh...malas nk citer pjg2...baca la kisah kt keratan akhbar tu....Ambik iktibar dari insiden yg dh terjadi so that kes gini tak terjadi kt tmpt keje korang....

Korang fikir la sendiri apa kaedah sesuai utk mengelakkan insiden mcm nie terjadi kt tmpt keje korang.....Jgn sesuka hati campak hazardous chemical sesuka hati k...

LB dah ngantuk sesgt....tak ada mood nk karang panjang2....Goodnite!!! ZzZzZz

P/S : Esok meeting....hopefully tak terbabas tido smpai tengahari....Opppsss....

Thursday, June 20, 2013

Maut Terkena Renjatan Elektrik di Ladang Sawit

Pepagi nie bila selak akhbar Sinar Harian....terbaca kes kemalangan pekerjaan di mana pekerja ladang maut terkena renjatan elektrik semasa mengait buah sawit.....hermmmm


Tentu korang masih ingat post LB yang lepas pasal Hazard Fizikal Di Ladang Sawit. Sesungguh nyer sgt penting untuk mengenalpasti apa hazard yang ada di tempat kerja....budaya pencegahan itu perlu diterapkan dari awal... Jgn smpai bila terjadi kemalangan baru nak menyesal....Masa tu menyesal pun dah tak guna lagi....Nyawa sgt bernilai...Tak boleh dibeli dengan wang ringgit....

P/S : Sama-sama lah kita mengamalkan budaya kerja selamat....Plz do the risk assessment at your workplace A.S.A.P!!!

Saturday, June 15, 2013

Hazard Fizikal Di Ladang Sawit

Owhhh....Nak share info pasal hazard di ladang sawit....Kebiasaanya di ladang sawit, pekerja menggunakan sabit dan pahat untuk menuai buah sawit yang telah matang..... Untuk yang tak pernah tgk alat nie....LB tunjukkan picture peralatan nie....


Sabit

Pahat

Bila tgk alat nie....comfirm lah bahaya nyer adalah tajam....Klu tak tajam macam mana nak potong tandan sawit kan???

Klu korang tak percaya alat ni bahaya....LB share keratan akhbar kemalangan melibatkan peralatan nie....Ini kisah yang baru terjadi beberapa hari yang lepas....


Mcm biasa la...if balik kampung or jalan kt ladang...mesti korang akan nmpk ada pekerja usung sabit masa naik motor....aktiviti rutin dan yang biasa dibuat slalu.....

Jadi untuk mengelakkan kemalangan sebegini berulang.....Jadi kena la pastikan bahagian yang tajam ditutup bagi mengelakkan kecederaan....Contoh nyer macam gambar kt bawah nie....


Sesungguhnya setiap org kena kenalpasti apa jenis hazard yang ada di tempat kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja....

Nyawa lebih penting dari segalanya....."Safety First"!!!! Sama-samalah memupuk budaya kerja selamat semasa bekerja....

Friday, June 7, 2013

Struktur Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh!!!!

Gempar insiden sebahagian struktur jambatan ke-2 Pulau Pinang yang runtuh.....Nasib baik masih dalam proses pembinaan...If dh siap then runtuh masa org awam sedang guna...lagi la kecoh....

Projek yang bernilai berbillion ringgit yang sepatutnya menjadi kebanggaan kontraktor utama sekiranya berjaya disiapkan tanpa insiden sebegini terjadi....

Apa2 pun..."nasi sudah menjadi bubur"....Moga insiden ini menjadi iktibar buat semua kontraktor2....Nak komen lebih2 pun tak leh....tunggu jer la hasil keputusan siasatan nyer nnt...






Monday, May 27, 2013

Jatuh Bangunan!!!


Iktibar buat semua.....kenalpasti hazad....analisa risiko dan pilih langkah kawalan sesuai untuk pastikan insiden yang sama tidak berlaku di tempat kerja anda....

Sentiasalah beringat...bila masuk paper mcm nie...comfirm SHO / Project Manager kena soal jawab dgn DOSH Officer...

Tuesday, April 24, 2012

Maut Dihempap Jentera



Tak habis-habis dengan kisah kes maut di tapak bina....hermmm....keprihatinan daripada semua pihak dlm aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan adalah penting utk mengelak lebih ramai terkorban di tapak bina...

P/S : Dulu ada SHO....skrang dah ada SSS kompeten....laksanakan lah amanah yang telah diberikan kpd anda sebaik mungkin....


Wednesday, February 15, 2012

Lagi Berita Tersepit Mesin....

Rasanya semua dah baca paper hari nie kan...saya baca pagi td...tp dek kerana bz ngan keje...baru skrng dpt share pasal kisah nie....

Sedih?? Marah?? Kecewa?? Hermm.... tolong la... majikan & pekerja... ambik tindakan untuk elakkan insiden yang serupa daripada berulang... safety guarding... emergency button... sensor... byk cara utk elak insiden nie berulang.... Semuanya bergantung atas usaha korang untuk tangani nyer... Takkan nk tunggu terkena kt diri korang sendiri atau sedara mara korang baru nak menyesal and ambik tindakan...Renung2 kan lah...

Kes 1 : Mesin Lentur Kepala 

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam  mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Kes 2 : Parah Tangan Tersepit Mesin 


   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.
Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.


PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis. 

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak. 


Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa. 

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut. 

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin. 

“Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA,” katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.


Thursday, October 13, 2011

Anu Putus Kena Bilah Mesin Bajak


Hari nie terbaca info pasal kisah pekerja terputus anu...mungkin ada few yang gelak bila baca kes nie...tapi ambiklah tauladan dari perkara yang terjadi nie coz kemalangan adalah sesuatu perkara yang terjadi di luar jangkaan kita...


Moga kita lebih berhati2 dalam melakukan kerja seharian coz sesaat kita lalai semasa bekerja mungkin boleh menyebabkan kita menyesal seumur hidup!!!

Sunday, October 2, 2011

Peluang Kerja sebagai Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)

Seperti mana semua sedia maklum....JKKP telah membuka peluang pekerjaan kepada mana2 graduan yang masih menganggur....sebelum ini AKKP 1994 menggariskan kewajipan melantik SHO yang kompeten....dan yang terbaru adalah kewajipan melantik SSS di tapak bina....

 

Jadi untuk graduan yang masih menganggur..ambik lah peluang ini untuk menceburi bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan....bagi yang tidak mampu membiayai kos kursus...anda boleh memohon kursus jangka pendek untuk graduan menganggur yang ditawarkan oleh kerajaan...Peluang terbuka depan mata...rebutlah peluang yang diberi dengan segera....

Sesungguhnya...anda perlu berusaha untuk mencari peluang pekerjaan...tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan diri anda sendiri!!!

Makluman lanjut...sila rujuk daripada JKKP berkaitan SSS  Garis Panduan Pendaftaran Penyelia Keselamatan Tapak Bina


P/S : When U stop learning...U stop growing!!!



Saturday, September 10, 2011

Padah Tak Label Bahan Kimia


Moga kisah nie menjadi pengajaran kepada semua tentang padah sekiranya tidak melabelkan bekas bahan kimia.....pelabelan bahan kimia ini sgt penting dan bukan hanya untuk keselamatan di pekerja di industri sahaja tetapi juga aspek keselamatan di rumah....

P/S : Pening dengan perangai manusia yang sengaja minum racun yang ada label bahan kimia berbahaya.....

Wednesday, September 7, 2011

Evolusi Drift Ambulans???

Kebelakangan nie byk lak dengar kes eksiden libatkan ambulans...macam jadi trend lak...dalam minggu nie jer 2 kes kemalangan libatkan ambulans dan yang maut bukan pesakit tapi orang yang mengiringi pesakit...hermm.... Kes Kemalangan Ambulans di Tampin....Kes Kemalangan Ambulans di Kinabatangan....

Sebelum nie pun banyak juga kes yang libatkan ambulans...antaranya adalah :

Lesen pemandu ambulans mmg besar coz boleh bawa ambulans tanpa kelajuan had limit...had limit nyer setakat last meter van ambulans tu boleh sampai....huhuh...coz mungkin target utama pemandu adalah nak cepat sampai di hospital untuk selamatkan mangsa....namun pemandu kena la juga consider bahaya2 lain ketika bawa ambulans tu laju2...jgn pulak anggap lesen besar smpai rasa mcm raja kt atas jalan raya...

Anyway...mungkin terdapat beberapa punca2 lain yg mendorong kepada berlakunya kemalangan...antaranya adalah :-
  • Pemandu tidak kompeten / kurang mahir - tak pandai bawa laju2, tak familiar dengan jalan2 dilalui and etc.
  • Kecuaian pemandu - mengantuk, hilang tumpuan and etc.
  • Masalah teknikal pada kenderaan ambulans - brake, tayar and etc.
  • Siren ambulans kurang jelas kedengarannya. - Berdasarkan pengalaman saya la last week, bila ambulans dh dkt sgt dengan belakang kereta baru dpt dengar siren tu...then driver ambulans tak lak bg reminder guna speaker mcm dulu2....
  • etc...etc...
Tapi patut ke had laju ambulans di had kan?? Mcm kurang sesuai kan....klu kita sebagai waris pesakit /pesakit dalam ambulans tu pun mesti nak cepat smpai hospital...hermm....per2 pun mungkin ada langkah lain yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah ini... =)

P/S : LadyBos@Wifey suka bawa laju2 bila line clear....ngantuk bawak slow2....tapi masih below the limit....tak larat nk sedekah duit bayar saman...=)

Saturday, May 14, 2011

Hilang Separuh Jari Telunjuk

Saya terbaca berita nie di few days ago...moga jadi pengajaran buat semua...



Monday, May 9, 2011

Letupan Gas Gegar Kondo

Safety aspect is very important...bukan sekadar kt tempat kerja jer...Amalkan safety first di mana saja anda berada...


*Klik pada gambar utk paparan lebih jelas.