Monday, September 27, 2010

Peranan & TanggungJawab PEKERJA terhadap KKP /OSH di tempat kerja

Pada sesi yang lepas, saya telah menerangkan tentang tanggungjawab majikan terhadap KKP. Pada sesi ini, saya akan menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dan tanggungjawab pekerja terhadap KKP di tempat kerja. Seperti yang sedia maklum, pekerja adalah tulang belakang kepada sesebuah syarikat. Pekerja perlu memberi prihatin tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Setiap pekerja perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap isu KKP. Tanggungjawab pekerja terhadap KKP telah dinyatakan dengan jelas di pada Seksyen 24, AKKP / OSHA 1994; diantara kewajipan setiap pekerja yang bekerja yang sedang bekerja adalah :-


i) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan & kesihatan dirinya dan orang lain.

ii) Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain.

iii) Memakai & menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disediakan oleh majikan.

iv) Mematuhi apa-apa arahan  atau langkah tentang keselamatan & kesihatan yang diperkenalkan oleh majikannya.

** Penalti : Pekerja yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM1000 @ dipenjara tidak melebihi 3 bulan @ kedua-duanya sekali.


Sehingga kini, saya telah menerangkan dengan jelas tanggungjawab am yang perlu dilaksanakan oleh seseorang majikan dan pekerja dalam memastikan KKP dilaksanakan dengan baik dan berkesan di tempat kerja. Pada sesi akan datang, saya akan memberi penjelasan dan penerangan tentang cara-cara dan langkah-langkah untuk membangunkan KKP di tempat kerja. ;)

Peranan & TanggungJawab MAJIKAN terhadap KKP /OSH di tempat kerja

Sesi kali ini, saya akan membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh majikan dan pekerja untuk memastikan KKP dilaksanakan di tempat kerja.


Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 15 (1), AKKP 1994 / OSHA 1994, tanggungjawab am majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. " Setakat yang praktik " yang dinyatakan ini hendaklah mengambil kira 4 faktor penting iaitu :-








Dinyatakan dengan jelas pada Seksyen 15(2), AKKP 1994 iaitu perkara yang diliputi oleh kewajipan majikan adalah seperti berikut iaitu setakat yang praktik memastikan :-
(a) pengadaan dan penyelenggaraan loji kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
(b) membuat perkiraan bagi menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
(c) mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan;
(d) majikan hendaklah memastikan tempat kerja di bawah kawalannya, penyelenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan mengadakan dan menyelenggara cara masuk ke dalam dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko; dan
(e) mengada dan menyelenggara persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya dengan selamat, tanpa risiko dan memadai berkenaan kemudahan bagi kebajikan pekerjanya.

** Penalti : Seseorang yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 @ dipenjara tidak melebihi 2 tahun @ kedua-duanya sekali.

Diharapkan semua majikan dapat mengambil langkah yang bijak untuk memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin.

Saturday, September 25, 2010

INDUSTRI YANG PERLU MEMATUHI AKKP / OSHA 1994

  
Skop di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 adalah meliputi semua orang yang bekerja di dalam semua sektor ekonomi di Malaysia kecuali 2 sektor iaitu pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera.

Sektor-sektor yang perlu mematuhi AKKP 1994 adalah seperti berikut :-
1.  Pengilangan ;
2.  Perlombongan dan penguarian ;
3.  Pembinaan ;
4.  Pertanian, perhutanan dan perikanan ;
5.  Kemudahan: Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan ;
6.  Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi ;
7.  Perdagangan borong dan runcit ;
8.  Hotel dan restoran ;
9.  Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan &
10. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

Oleh itu, semua majikan dan pekerja yang terlibat di dalam 10 sektor yang dinyatakan di atas perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang AKKP 1994. Perkara penting yang perlu diketahui oleh majikan / pekerja adalah berkaitan dengan tanggungjawab dan hak masing-masing berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 
Sesi akan datang, saya akan membincangkan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh majikan dan pekerja untuk memastikan KKP di tempat kerja adalah baik.

Saturday, September 18, 2010

SaLaM AidilFitRi......MAaF ZaHiR & BaTiN....

Hai...Assalamualaikum...

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua....saya pasti semua mempunyai jadual yang agak sibuk dengan aktiviti bersama keluarga di kampung untuk menyambut ketibaan Syawal....bagi yang memandu diharap berhati-hati dijalan raya...biar lambat asalkan selamat....ingatlah insan tersayang....wasalam...

Thursday, September 2, 2010

Akta-akta & Peraturan-peraturannya..... (Perundangan)

Di Malaysia, penguatkuasaan berkaitan dengan OSH dilakukan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Untuk pengetahuan para majikan & pekerja, perundangan berkaitan OSH dinyatakan di dalam 3 akta utama iaitu :-

  1. Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) ;
  2. Akta Kilang & Jentera 1967 (FMA 1967) ;
  3. Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 .

            


Buku-buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Borders dll.. Kandungan berkaitan akta-akta ini juga boleh dimuat turun melalui laman web JKKP/DOSH iaitu http://www.dosh.gov.my . 

Akta yang paling penting perlu diketahui adalah OSHA 1994. 

Untuk sesi akan datang, saya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang terkandung di dalam akta ini yang perlu diketahui oleh anda semua terutamanya para majikan.

Wednesday, September 1, 2010

WeLCoMe........

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Ribuan Terima Kasih diucapkan kerana melayari blog ini.


Untuk makluman anda, blog ini dibangunkan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman di dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH). Diharap blog ini dapat memberi panduan dan rujukan kepada majikan, pekerja dan pengamal OSH untuk melaksana dan menambahbaik sistem pengurusan OSH di tempat kerja.


Diantara isu-isu yang akan dibincangkan di dalam blog ini adalah :-

  • Akta-akta, Peraturan-peraturan, Kod-kod Amalan dan Garispanduan berkaitan dengan OSH;
  • Menerangkan tentang individu dan pihak yang terlibat dalam melaksanakan OSH di tempat kerja. Selain itu, mnemberi penerangan lanjut dan lebih jelas tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berkaitan dengan OSH ;
  • Memberi panduan kepada Pegawai Keselamatan & Kesihatan (SHO) baru untuk memulakan kerja di dalam bidang OSH ;
  • Membincangkan tentang proses-proses dalam membangunkan Sistem Pengurusan Keselanatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management System) di tempat kerja ;
  • Membincangkan tentang kes-kes kemalangan yang berpunca daripada kelemahan OSH di tempat keja ;
  • Berbincang dan berkongsi pendapat tentang isu-isu lain berkaitan dengan OSH. 

Diharap semua pihak dapat menyokong blog ini dan berusaha bersama-sama untuk meningkatkan kualiti OSH di tempat kerja.



Sekian, Wassalam.