Saturday, December 18, 2010

OH&S Management System Element

Previous time I've explain a bit about PDCA Concept and the planning to set-up OH&S Management System at workplace.  When we talking about management system, of coz lots of documents need to be prepare. What types of document needed?? What are the elements that need to be stated in the document??


For your information, OH&S Management System structure should be as follow :




The advantages of doing so is to make sure that the system can be implement easily. As mention before, the approach used to formulate the OH&S Management System is PDCA cycle.  The OH&S MS Model to achieve the OHSAS 18001 Certification should be as below :-




The OH&S Manual and Procedures should contain all this elements if your target is to get the OHSAS 18001 Certification. The clause for each element must be same when stated in the OH&S Manual. The manual actually is the summarization of all the OH&S-MS documentation. It will explain generally about all the documentation of OH&S-MS. 


I will give the example of the manual later....Next session, I will explain apa sepatutnya dinyatakan dalam SOP dan WI....

Friday, December 10, 2010

PeNGuSaHa DodoL Maut JatuH KawaH.....


Al-fatihah buat allahyarham...ucapan takziah kepada keluarga mangsa...moga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian daripada-Nya....

Kejadian yang berlaku ini membuktikan bahawa sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) juga terdapat bahaya-bahaya yang boleh menyebabkan maut. Pada masa kini, kebanyakan industri IKS telah menggunakan pelbagai jenis mesin / jentera dalam mengendalikan perniagaan seharian...aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di sektor IKS tidak boleh dipandang remeh kerana sebarang kecuaian / kelalaian boleh mengundang padah...


Berikut saya berikan tip-tip berkaitan aspek keselamatan & kesihatan yang perlu diberi perhatian semasa mengendalikan mesin / jentera di tempat kerja :-


1. Pastikan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. Contohnya seperti safety shoes, google, mask, glove dan lain-lain. PPE yang digunakan perlulah sesuai dengan aktiviti kerja yang dilakukan.


2. Sekiranya mengendalikan mesin yang terdapat bahagian berputar /bergerak, sila pastikan bahagian yang berputar / bergerak dipasang pengadang yang dapat menghalang anggota badan terkena bahagian mesin yang sedang bergerak.


3. Garisan kuning pada lantai mungkin boleh diadakan untuk memastikan pekerja tidak berada terlalu hampir dengan mesin atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga atau peringatan kepada pekerja tentang bahaya berdekatan mereka.


4. Pastikan pekerja tidak memakai baju yang longgar atau elakkan tudung / rambut yang mengurai yang mungkin boleh menyebabkan bahagian pakaian yang longgar tersebut termasuk ke dalam mesin yang sedang bergerak / berputar. Tudung atau rambut perlu dikat dengan kemas semasa mengendalikan mesin. Elakkan bahagian yang menjulur pada pakaian / rambut.


5. Elakkan memakai rantai, gelang, cincin atau jam tangan semasa mengendalikan mesin. Ini bagi mengelakkan aksesori tersebut tersangkut pada mesin.


6. Pastikan butang "emergency stop" mudah dicapai dan dilabel dgn jelas. Ini bagi memastikan tindakan pantas dapat dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.


7. Pastikan permukaan lantai di sekeliling mesin tersebut kemas, bersih dan tidak berair / licin.


8. Wayar elektrik disekeliling mesin hendaklah diletak dengan kemas bagi mengelakkan kejadian tersadung atau wayar tersebut terkena air atau permukaan lantai yang basah.


9. Latihan untuk mengendalikan mesin perlulah diberikan kepada pekerja. Prosedur mengendalikan mesin perlulah ditampalkan pada mesin atau berhampiran mesin tersebut sebagai langkah peringatan kepada pekerja.

Monday, November 29, 2010

PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

Kecemasan / bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan / bencana akan merugikan syarikat dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain. 

Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah syarikat memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut kepada syarikat :-
  • berupaya mengawal keadaan kecemasan / bencana.
  • mengurangkan kadar kerosakan harta benda.
  • mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan teruk.
Di sini LadyBos berikan sedikit garis panduan asas untuk membangunkan ERP di tempat kerja :-

1. Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan tindakan segera seperti pengusian (evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah :-
  • Kebakaran
  • Letupan
  • Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
  • Banjir
  • Ancaman bom
  • Gempa bumi
  • Terperangkap di dalam lif


2. Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu :-

  • Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan lain-lain.
  • Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.



  • Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja / pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja.
  • Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek-objek lain.

3. Mengenalpasti agensi yang perlu dihubungi sekirannya berlaku kecemasan / bencana. 
  • BOMBA
  • Polis
  • Hospital
  • Jab. Alam Sekitar 

4. Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah :-

  • Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);
  • First Aider Team;
  • Emergency Commander;
  • Liaison Officer;
  • HR Officer and etc.


Contoh Struktur Organisasi ERT


5. Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini.

6. Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).


7.  Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api.





8. Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.
 
9. Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.




Thats all basic info related with ERP at workplace. Detail will be discuss later in next session... =P

Thursday, November 25, 2010

PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI TEMPAT KERJA

Pengurusan bahan kimia yang baik di tempat kerja adalah penting terutamanya jika tempat tersebut mengguna, mengendali atau menyimpan bahan kimia yang berbahaya di tempat kerja. Soalan berkaitan pengurusan bahan kimia sering menjadi topik yang sering ditanya semasa menduduki peperiksaan SHO.  Cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja boleh diibaratkan seperti pepatah melayu iaitu “ Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad”.

Pengurusan bahan kimia di tempat kerja perlu dilakukan secara berperingkat mengikut turutan dari peringkat awal hingga akhir iaitu :-
a) Proses penempahan / pembelian bahan kimia; 
b) Proses penerimaan bahan kimia daripada pembekal;
c) Proses penyimpanan bahan kimia;
d) Proses semasa penggunaan bahan kimia;
e) Proses pelupusan sisa bahan kimia (schedule waste).

Disebabkan oleh pengurusan bahan kimia adalah secara berperingkat, maka perumpamaan "Dari Buaian ke Liang Lahad" digunakan untuk menjelaskan betapa perlunya pengendalian bahan kimia dilaksanakan secara tersusun di tempat kerja.

Pengurusan bahan kimia adalah perlu seperti kehendak Peraturan USECHH 2000 dan CPL 1997.

Prosedur-prosedur / Cara-cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia dan kuantiti yang dikehendaki. Merujuk kepada Akta AKKP 1994 (Peraturan USECHH 2000) untuk memastikan klasifikasi bahan kimia tersebut perlu mematuhi mana-mana peraturan di bawah AKKP 1994.
  • Sila pastikan CSDS bahan kimia dibekalkan oleh pembekal bahan kimia.


2. Prosedur semasa penerimaan bahan kimia daripada pembekal :-
  • Memastikan label bahan kimia adalah betul dan dalam keadaan baik.
  • Memastikan bekas bahan kimia dalam keadaan baik dan tidak bocor.
  • Memastikan pembekal membekalkan CSDS bahan kimia kepada pengguna. Maklumat CSDS perlulah mengikut kehendak USECHH 2000.





3. Rekod Pendaftaran Chemical di tempat kerja
  • Borang “Chemical Register” boleh dimuat turun di lamanweb JKKP. Contoh borang “ Chemical Register”.


4. Prosedur penyimpanan bahan kimia.
  • Merujuk tentang cara penyimpanan melalui CSDS bahan kimia tersebut;
  • Sekiranya menggunakan forklift / jentera untuk mengangkat bahan kimia tersebut, sila pastikan prosedur yang betul digunakan untuk mengangkat bahan kimia.
  • Mengamalkan konsep “first in, first out” untuk memastikan bahan kimia tidak luput tarikh tempoh penggunaan;
  • Sistem pengudaraan di bilik penyimpanan bahan kimia (sekiranya perlu – rujuk CSDS @ cadangan daripada assessor CHRA);
  • Label / simbol amaran pada setor bahan kimia. Mengikut jenis bahaya bahan kimia.


5. Prosedur semasa mengguna / mengendali bahan kimia.
  • Memberi latihan kepada pekerja tentang prosedur mengendalikan bahan kimia tersebut dan memastikan rekod latihan disimpan.
  • Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dan mengikut standard;
  • Langkah-langkah mengendalikan bahan kimia (proses kerja) dipamerkan di tempat kerja.


6. Prosedur semasa melupus sisa buangan bahan kimia (schedule waste).
  •  Label sisa buangan terjadual yang betul. Rujuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. http://www.doe.gov.my/ms/content/akta-kualiti-alam-sekeliling-1974
  • Bekas simpanan yang betul dan sesuai untuk sisa buangan terjadual;
  •  Tempoh simpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi 180 hari;
  • Pelupusan bahan kimia oleh kontraktor yang diiktiraf untuk melakukan kerja pelupusan sisa bahan kimia berjadual.


7. Permonitoran bahan kimia.
  • Penyediaan CHRA report oleh assessor yang kompeten.
  • Assessor perlu membentangkan keputusan laporan yang telah disediakan kepada pemilik tempat kerja;
  • Pendedahan permonitoran bahan kimia kepada pekerja dilakukan sekiranya terdapat cadangan daripada assessor.


8. Permonitoran kesihatan pekerja.
  • Melakukan medical surveillance kepada pekerja yang terdedah kepada bahan kimia;
  • Medical surveillance yang bersesuaian adalah berdasarkan cadangan daripada assessor CHRA contohnya Lung Function Test, Blood Test, Urine test and etc.




USECHH 2000 – Peraturan-peraturan keselamatan & kesihatan pekerjaan (Penggunaan & standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan 2000.

CPL 1997 – Peraturan-peraturan KKP (Pengelasan, pembungkusan & pelabelan bahaya kimia berbahaya) 1997.

CHRA – Chemical Health Risk Assessment.

Tuesday, November 23, 2010

MengenaLPasti Hazad Di Tempat Kerja ??

Hari ini LadyBos nak terangkan berkaitan dengan bahaya-bahaya yang terdapat di tempat kerja...apa jenis-jenis hazad yang wujud ada di tempat kerja yang menyebabkan persekitaran tempat kerja menjadi bahaya kepada pekerja...


Hazad bermaksud apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri kita, memberi kesan kepada kesihatan diri kita dan merosakkan alam sekitar / harta benda...

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis kategori hazad iaitu :-
  • Hazad Fizikal;
  • Hazad Kimia;
  • Hazad Biologi;
  • Hazad Ergonomik; dan
  • Hazad Psiko-sosial.
Seseorang SHO, Majikan & pekerja perlu peka dan tahu untuk mengenalpasti hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja berdasarkan kepada 5 kategori utama yang disebutkan di atas. Basic info yang semua SHO sepatutnya dah tahu...but LadyBos harapkan adalah supaya semua majikan & pekerja juga tahu tentang jenis-jenis hazard / bahaya yang ada di tempat kerja...


HAZAD FIZIKAL
a) Mekanikal - bahagian mesin yang berputar.
b) Elektrikal - pendawaian elektrik yang tidak sempurna, over load, alatan elektrik yang terdedah pada permukaan yang basah dll.
c) Bunyi bising - terdedah kepada bunyi melebihi 85 dBA.
d) Haba - Oven, proses kerja, keadaan persekitaran dll.
e) Getaran - terdedah pada jentera yang bergetar contohnya pemandu yang memandu lori / bas untuk tempoh yang lama.


Kesan hazad fizikal : kecederaan pada anggota fizikal, kejutan elektrik, pekak dll.


HAZAD KIMIA
a) Gas kimia yang beracun.
b) Larutan kimia yang berasid.


Kesan hazad kimia : kanser, lelah, asma, dermatitis, kecederaan fizikal seperti buta, melecur dll.


HAZAD BIOLOGI
a) Bakteria berbahaya -
b) Virus
c) Tikus. nyamuk, lipas, ular dan haiwan berbisa yang lain.


Kesan hazad biologi : maut, penyakit dll.


HAZAD ERGONOMIK
a)Mengangkat barang yang berat berulang kali.
b) Kerusi yang tidak sesuai dengan pekerja.


Kesan hazad ergonomik : sakit belakang, musculoskeletal-disorders (MSDs), bengkak buku lali, kebas dll. 


HAZAD PSIKO-SOSIAL
a) Gangguan seksual.
b) Tekanan perasaan.
c) Masalah dengan keluarga / jiran/ rakan-rakan.


Kesan hazad psiko-sosial : Hilang tumpuan semasa kerja, sakit kepala, hilang selera makan dll.


Diharapkan, selepas mengetahui pelbagai jenis hazad ini, maka selepas ini semua majikan/ pekerja telah dapat mengenalpasti hazad-hazad yang wujud di persekitaran tempat kerja masing-masing. Langkah pertama, kenalpasti hazad yang wujud di tempat kerja dengan melakukan pemeriksaan di tempat kerja. LB cadangkan supaya "checklist" pemeriksaan tempat kerja disediakan oleh majikan / sho dan pemeriksaan dilakukan secara berkala yang melibatkan kerjasama pekerja / supervisor/ section head coz individu tersebut lebih tahu bahaya yang wujud di temapt kerja masing-masing. So, train the staff how to identify hazard at workplace and delegate the task to identify the hazard among the committee / workers..sometimes mungkin SHO/ majikan boleh buat sport-check mengejut...


Majikan perlu memberi galakan untuk setiap pekerja mengenalpasti bahaya yang ada di persekitaran tempat kerja masing-masing..ini salah satu usaha untuk mewujudkan rasa prihatin di kalangan pekerja terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja...


** LB dah ngantuk la...esok LB try masukkan sample "inspection checklist" untuk rujukan semua.

Sunday, November 21, 2010

Planning for OSH Management System

Planning!!! Very important in order to make sure everything running smoothly without any problem in future. Bagaimana nak merancang untuk memastikan syarikat dapat membangunkan OHS-MS hingga mendapat pensijilan OHSAS 18001 & MS 1722?? Bunyinya mcm susahkan nak rancang...rasa-rasa bila agak nyer hasrat nak dapat pensijilan OHSAS 18001 tu akan dapat? 6 bulan? 1 tahun? 2 tahun? atau batalkan jer niat nak buat...tgk la klu rajin siap cepat, klu tak lambat sikit.....

Di sini LadyBos akan bagi tip-tip untuk merancang dan contoh 'planning' untuk membangunkan OSH-MS di tempat kerja. 'Planning' sangat penting...if tak ada 'planning', rasanya pihak pengurusan pun tak akan nampak fungsi dan kebaikan mendapatkan pensijilan untuk OSH-MS di tempat kerja. 

Tips perancangan untuk melaksanakan OSH-MS di tempat kerja :-
1. Target projek;
2. Kenalpasti aktiviti-aktiviti utama yang perlu dilaksanakan;
3. Kenalpasti individu yang bertanggungjawab untuk terlibat dengan projek dan mengenalpasti latihan-latihan/ kemahiran yang perlu ada untuk melaksanakan projek;
4. Mewujudkan pelan perancangan (Gantt Chart) untuk mengelakkan "underplan".




Itulah serba sedikit yang ingin LB kongsikan dengan semua tentang perancangan awal untuk melaksanakan sistem pengurusan OSH di tempat kerja. Mungkin boleh dimasukkan anggaran kos untuk setiap aktiviti dan kos keseluruhan untuk membangunkan OSH-MS hingga mendapatkan pensijilan OHSAS 18001. Sekiranya target cuma sekadar untuk menyediakan dokumen, mungkin kos tidak terlalu tinggi. Langkah yang mudah untuk membangunkan OSH-MS di tempat kerja, yang penting usaha & semangat...chaiyok...chaiyok...

Friday, October 29, 2010

OSH-Management System at Workplace (OHSAS 18001)

OSH Management System?? What's that?? For sure few of workers a.k.a SHO may be akan cakap safety di tempat saya dah okey...tak ada masa la nak buat tu semua....saya tak tahu apa-apa pasal nak buat sistem tu, bos tak hantar kursus....all those sentences (alasan2 malas) will come out if talk about to set-up OSH Management System at workplace...

Actually is good to have an OSH Management System at workplace coz it will make most of SHO job become much more easier. Everything will be more systematic especially the documentation issues at SHO work station. The responsibilities of SHO can be delegate to others (Person In Charge at their work station). How to transfer the task?? I will explain about it in next topic.

The important steps to set-up the OSH Management System is by using PDCA Concept. Plan-Do-Check-Act. For example let we take the project title as to "Set-Up OHS-Management System to get the OHSAS 18001 Certification". It will be much more easier for me to elaborate it step by step. 

What is PDCA Concept ???

PDCA concept is used to coordinate continuous improvement efforts. How to use this concept to set-up the OHS-Management System at workplace? Here is what all of you should do for each step of the cycle :


1. Plan
  • Set up the targets /aims from management;
  • Brainstorming;
  • Prepared the Gantt Chart to achieved the target;
  • Plan the action that need to be done based on the activities stated in the Gantt Chart
  • Identified the key person to become the committee members to set up this project.
2. Do
  • Training to all the workers especially from the management and committee members;
  • Prepare the documentation - manual, procedure, and etc.
3. Check
  • Inspection at workplace;
  • Internal audit;
  • External audit;
  • Data analysis.
4. Act
  • Management review - implement changes;
  • Process standardization;
  • Continuously to 1st step for improvement and standardize process. 


By using this concept, it will help all of you to choose what to do at each critical steps for improvement efforts.


Thats all for today, next session I will explain more about the "planning" to achieve the target to set-up the OSH Management System at workplace.

Tuesday, October 19, 2010

Polisi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP)


Actually I'm planning to prepare a flow chart on how to set-up the OSH Management system at workplace. But dont have much time to do it...my schedule very tight for past few weeks...hermm....so, today I will just share the info about how to prepare Occupational Safety & Health Policy.. =P

Straight to the point.....Langkah pertama untuk membangunkan KKP di tempat kerja adalah dengan menyediakan Polisi KKP di tempat kerja. Polisi adalah seperti sebuah akujanji antara majikan dan pekerja yang dinyatakan secara bertulis dan dipamerkan di tempat kerja. Namun, polisi KKP hanya wajib disediakan oleh majikan sekiranya jumlah pekerjanya melebihi 5 orang. 

Kewajipan menyediakan polisi ini dinyatakan dengan jelas di bawah Sesyen 16, AKKP 1994. Majikan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM 50 Ribu @ dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekiranya melanggar seksyen tersebut.

Pasti semua majikan terfikir bagaimana untuk menyediakan polisi / dasar KKP....apakah yang sepatutnya ditulis?? Pada sesi kali ini, saya akan memberi penerangan bagaimana dan apakah yang sepatutnya dinyatakan di dalam sesuatu polisi KKP.

Di antara maklumat yang perlu ada pada sesuatu polisi KKP adalah :-
1. Logo syarikat dan nama syarikat;
2. Wawasan & matlamat syarikat terhadap KKP;
3. Objektif & sasaran yang ingin dicapai berkaitan dgn KKP;
4. Strategi dan langkah-langkah (perkiraan) yang akan diambil untuk mencapai objektif & sasaran ;
5. Memantau & menyemak dasar / polisi dari masa ke semasa (jika perlu);
6. Nama & tandatangan pihak majikan atau orang tertinggi dalam syarikat;
7. Tarikh polisi dikeluarkan.

Polisi KKP yang telah siap hendaklah dipamerkan di tempat kerja dan memastikan semua pekerja mengetahui dan memahami polisi KKP yang telah disediakan. Perkara yang paling penting sekali, majikan hendaklah memastikan semua perkiraan yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Its a promise....so better kept the words... =P

Contoh Polisi KKP

Monday, September 27, 2010

Peranan & TanggungJawab PEKERJA terhadap KKP /OSH di tempat kerja

Pada sesi yang lepas, saya telah menerangkan tentang tanggungjawab majikan terhadap KKP. Pada sesi ini, saya akan menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dan tanggungjawab pekerja terhadap KKP di tempat kerja. Seperti yang sedia maklum, pekerja adalah tulang belakang kepada sesebuah syarikat. Pekerja perlu memberi prihatin tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Setiap pekerja perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap isu KKP. Tanggungjawab pekerja terhadap KKP telah dinyatakan dengan jelas di pada Seksyen 24, AKKP / OSHA 1994; diantara kewajipan setiap pekerja yang bekerja yang sedang bekerja adalah :-


i) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan & kesihatan dirinya dan orang lain.

ii) Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain.

iii) Memakai & menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disediakan oleh majikan.

iv) Mematuhi apa-apa arahan  atau langkah tentang keselamatan & kesihatan yang diperkenalkan oleh majikannya.

** Penalti : Pekerja yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM1000 @ dipenjara tidak melebihi 3 bulan @ kedua-duanya sekali.


Sehingga kini, saya telah menerangkan dengan jelas tanggungjawab am yang perlu dilaksanakan oleh seseorang majikan dan pekerja dalam memastikan KKP dilaksanakan dengan baik dan berkesan di tempat kerja. Pada sesi akan datang, saya akan memberi penjelasan dan penerangan tentang cara-cara dan langkah-langkah untuk membangunkan KKP di tempat kerja. ;)

Peranan & TanggungJawab MAJIKAN terhadap KKP /OSH di tempat kerja

Sesi kali ini, saya akan membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh majikan dan pekerja untuk memastikan KKP dilaksanakan di tempat kerja.


Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 15 (1), AKKP 1994 / OSHA 1994, tanggungjawab am majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. " Setakat yang praktik " yang dinyatakan ini hendaklah mengambil kira 4 faktor penting iaitu :-








Dinyatakan dengan jelas pada Seksyen 15(2), AKKP 1994 iaitu perkara yang diliputi oleh kewajipan majikan adalah seperti berikut iaitu setakat yang praktik memastikan :-
(a) pengadaan dan penyelenggaraan loji kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
(b) membuat perkiraan bagi menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
(c) mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan;
(d) majikan hendaklah memastikan tempat kerja di bawah kawalannya, penyelenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan mengadakan dan menyelenggara cara masuk ke dalam dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko; dan
(e) mengada dan menyelenggara persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya dengan selamat, tanpa risiko dan memadai berkenaan kemudahan bagi kebajikan pekerjanya.

** Penalti : Seseorang yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 @ dipenjara tidak melebihi 2 tahun @ kedua-duanya sekali.

Diharapkan semua majikan dapat mengambil langkah yang bijak untuk memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin.

Saturday, September 25, 2010

INDUSTRI YANG PERLU MEMATUHI AKKP / OSHA 1994

  
Skop di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 adalah meliputi semua orang yang bekerja di dalam semua sektor ekonomi di Malaysia kecuali 2 sektor iaitu pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera.

Sektor-sektor yang perlu mematuhi AKKP 1994 adalah seperti berikut :-
1.  Pengilangan ;
2.  Perlombongan dan penguarian ;
3.  Pembinaan ;
4.  Pertanian, perhutanan dan perikanan ;
5.  Kemudahan: Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan ;
6.  Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi ;
7.  Perdagangan borong dan runcit ;
8.  Hotel dan restoran ;
9.  Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan &
10. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

Oleh itu, semua majikan dan pekerja yang terlibat di dalam 10 sektor yang dinyatakan di atas perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang AKKP 1994. Perkara penting yang perlu diketahui oleh majikan / pekerja adalah berkaitan dengan tanggungjawab dan hak masing-masing berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 
Sesi akan datang, saya akan membincangkan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh majikan dan pekerja untuk memastikan KKP di tempat kerja adalah baik.

Saturday, September 18, 2010

SaLaM AidilFitRi......MAaF ZaHiR & BaTiN....

Hai...Assalamualaikum...

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua....saya pasti semua mempunyai jadual yang agak sibuk dengan aktiviti bersama keluarga di kampung untuk menyambut ketibaan Syawal....bagi yang memandu diharap berhati-hati dijalan raya...biar lambat asalkan selamat....ingatlah insan tersayang....wasalam...

Thursday, September 2, 2010

Akta-akta & Peraturan-peraturannya..... (Perundangan)

Di Malaysia, penguatkuasaan berkaitan dengan OSH dilakukan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Untuk pengetahuan para majikan & pekerja, perundangan berkaitan OSH dinyatakan di dalam 3 akta utama iaitu :-

  1. Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) ;
  2. Akta Kilang & Jentera 1967 (FMA 1967) ;
  3. Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 .

            


Buku-buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Borders dll.. Kandungan berkaitan akta-akta ini juga boleh dimuat turun melalui laman web JKKP/DOSH iaitu http://www.dosh.gov.my . 

Akta yang paling penting perlu diketahui adalah OSHA 1994. 

Untuk sesi akan datang, saya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang terkandung di dalam akta ini yang perlu diketahui oleh anda semua terutamanya para majikan.