Friday, December 10, 2010

PeNGuSaHa DodoL Maut JatuH KawaH.....


Al-fatihah buat allahyarham...ucapan takziah kepada keluarga mangsa...moga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian daripada-Nya....

Kejadian yang berlaku ini membuktikan bahawa sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) juga terdapat bahaya-bahaya yang boleh menyebabkan maut. Pada masa kini, kebanyakan industri IKS telah menggunakan pelbagai jenis mesin / jentera dalam mengendalikan perniagaan seharian...aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di sektor IKS tidak boleh dipandang remeh kerana sebarang kecuaian / kelalaian boleh mengundang padah...


Berikut saya berikan tip-tip berkaitan aspek keselamatan & kesihatan yang perlu diberi perhatian semasa mengendalikan mesin / jentera di tempat kerja :-


1. Pastikan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. Contohnya seperti safety shoes, google, mask, glove dan lain-lain. PPE yang digunakan perlulah sesuai dengan aktiviti kerja yang dilakukan.


2. Sekiranya mengendalikan mesin yang terdapat bahagian berputar /bergerak, sila pastikan bahagian yang berputar / bergerak dipasang pengadang yang dapat menghalang anggota badan terkena bahagian mesin yang sedang bergerak.


3. Garisan kuning pada lantai mungkin boleh diadakan untuk memastikan pekerja tidak berada terlalu hampir dengan mesin atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga atau peringatan kepada pekerja tentang bahaya berdekatan mereka.


4. Pastikan pekerja tidak memakai baju yang longgar atau elakkan tudung / rambut yang mengurai yang mungkin boleh menyebabkan bahagian pakaian yang longgar tersebut termasuk ke dalam mesin yang sedang bergerak / berputar. Tudung atau rambut perlu dikat dengan kemas semasa mengendalikan mesin. Elakkan bahagian yang menjulur pada pakaian / rambut.


5. Elakkan memakai rantai, gelang, cincin atau jam tangan semasa mengendalikan mesin. Ini bagi mengelakkan aksesori tersebut tersangkut pada mesin.


6. Pastikan butang "emergency stop" mudah dicapai dan dilabel dgn jelas. Ini bagi memastikan tindakan pantas dapat dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.


7. Pastikan permukaan lantai di sekeliling mesin tersebut kemas, bersih dan tidak berair / licin.


8. Wayar elektrik disekeliling mesin hendaklah diletak dengan kemas bagi mengelakkan kejadian tersadung atau wayar tersebut terkena air atau permukaan lantai yang basah.


9. Latihan untuk mengendalikan mesin perlulah diberikan kepada pekerja. Prosedur mengendalikan mesin perlulah ditampalkan pada mesin atau berhampiran mesin tersebut sebagai langkah peringatan kepada pekerja.

No comments:

Post a Comment