Wednesday, June 17, 2015

Keselamatan Semasa Menggunakan Eskalator


Assalammualaikum .....haiii....

Sesi kali nie sy nk bercerita tentang kes kecederaan melibatkan orang awam semasa menggunakan eskalator......Kes hampir sama yg sering berulang2....


Kebanyakan kecederaan yg terjadi melibatkan kanak2....sudah menjadi lumrah....kanak2 terkenal dgn sikap ingin tahu mereka....sering kali kawasan eskalator menjadi kawasan utk kanak2 bermain.....Di sinilah pentingnya sikap ibubapa utk mengawal tingkahlaku anak2 masing2.....


Tanda2 amaran keselamatan seperti berikut telah dipamerkan pada eskalator....Adakah kesedaran masih tidak wujud dikalangan org awam? Perlukah anak sendiri menjadi mangsa....baru kesedaran terhadap keselamatan semasa menggunakan eskalator akan wujud??

Moga orang awam terutamanya ibubapa prihatin dgn isu ini....Sentiasa pantau tindakan anak2 bila berada di tempat awam.....Perhati dan fahami tanda amaran keselamatan yang telah dipamerkan.....






Wednesday, April 15, 2015

Mesin Angkat Perlu CF Sah!!!

Info di petang hari.....ramai dah tahu jenis-jenis mesin angkat yang memerlukan sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah utk beroperasi daripada pihak DOSH.....Info ini saya kongsikan sebab ada seorang "uncle" bertanya pada saya berkaitan jenis-jenis mesin angkat yang memerlukan CF....Hermmm......okey  la sebab "uncle" tanya....saya jawab.....


Tadaaa......saya malas nak karang,,,,jadi saya share gambar jer yer....."Uncle" lagi senang paham bila saya tunjuk gambar.....Senang citer bila kata mesin angkat.....semua jenis mesin mengangkat yang menggunakan motor....bukan menggunakan kaedah manual......

Contoh mesin angkat memerlukan CF adalah seperti gambar di atas.....Overhead Travelling Crane (OTC), Tower Crane, 4-Post-Lift / 2-Post-Lift, Lif Penumpang / Barang, Crawler Crane, Mobile Crane, Skylift, Gondola and etc...etc....

Maklumat berkaitan jentera yang memerlukan CF...."uncle" boleh rujuk Peraturan 10, Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera......Akta Kilang dan Jentera 1967.....

Harap saya menjawab soalan "uncle".....TQ "uncle" sebab sudi melawat blog saya......

Friday, April 10, 2015

Promosi Kursus Kesedaran OSH!!!

Haiiii.....Assalamualaikum....

Post kali nie saya nak share tentang projek baru saya.....berkaitan dengan kursus kesedaran OSH yang murah2......saya akui sgt susah untuk  majikan nak dapatkan ceramah KKP yang murah sekarang ini....Kalau yang murah pun mungkin cuma boleh dihadiri oleh seorang peserta sahaja....

Mengakui kesedaran OSH di kalangan pekerja adalah sangat penting, jadi saya bercadang nak tawarkan kursus kesedaran OSH yang sangat murah di tempat kerja anda......kursus ini akan disampaikan oleh penceramah yang kebanyakannya daripada kalangan yang berpengalaman dan Safety dan Health Officer (SHO)  yang kompeten.....

So mana-mana individu yang berminat nak memberi ceramah dibawah program ini boleh hantarkan CV pada saya.....saya sgt tekankan kualiti hasil ceramah.....Sekiranya ada permintaan kursus melalui saya.....saya akan tawarkan kepada penceramah.....

Kursus yang ditawarkan hanyalah kursus kesedaran.....Pengetahuan basic sahaja.....Kalau nak kursus yang lengkap sampai jadi expert, saya cadangkan pergi kursus di NIOSH sahaja....Kebiasaanya kursus kesedaran ini hanya untuk non-exec level.....



Majikan yang berminat dengan tawaran kursus OSH yang murah nie boleh email pada saya.....

CSDS Dwibahasa

Hollaaa....topik kali nie nak share berkaitan dengan Chemical Safety Data Sheet (CSDS) @ Material Safety Data Sheet (MSDS).....Apakah benda tu??? Slalu sy sebut klu kt "tokey" kilang IKS.....surat beranak bahan kimia dari pembekal.....Biaq la x sama mcm ayat disebut dlm akta dan perundangan.....sekurang2 nya bila ckp "surat beranak" lebih mudah utk sesetgh org yg tak tahu utk faham.....

Mesti ada yg ckp....tak tahu CSDS tu apa??? Aiseyyy....kalau korang SHO atau yg safety practitioner...mmg la korang tahu.....Tu la tujuan blog nie sy buat....bkn utk org yg expert....cuma membantu majikan atau sesiapa yg zero knowledge about occupational safety and health at workplace.....terutama company yg tak wajib ada SHO tp masih perlu mematuhi OSHA 1994...

Berbalik pada CSDS....Setiap bahan kimia perlu ada surat beranak bahan kimia.....kewajipan menyediakan CSDS adalah pd pembekal....bila pembekal jual bahan kimia pd pengilang atau tempat kerja lain....perlu utk disertakan dgn CSDS bg tujuan menyampaikan maklumat pada pengguna bahan kimia tersebut...

Ada sesetgh beranggapan label pada bekas bahan kimia sudah mencukupi utk menyampaikan maklumat pd pengguna.....Sebenarnya label pd bahan kimia adalah maklumat ringkas tentang bahan kimia....Maklumat lengkap perlu dirujuk pd CSDS.....Terdapat 16 maklumat di dalam CSDS iaitu :-

1. Pengenalan bahan kimia berbahaya dan pembekal;
2. Pengenalan bahaya;
3. Komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya;
4. Langkah-langkah pertolongan cemas;
5. Langkah-langkah pemadaman kebakaran;
6. Langkah-langkah pelepasan tak sengaja.....ayat mudah faham kalau terjadi tumpahan atau kebocoran...apa nak buat??
7. Pengendalian dan penyimpanan;
8. Kawalan pendedahan dan perlindungan diri;
9. Sifat fizikal dan kimia;
10. Kestabilan dan kereaktifan;
11. Maklumat toksikologi;
12. Maklumat ekologi;
13. Maklumat pelupusan;
14. Maklumat pengangkutan;
15. Maklumat pengawalseliaan;
16. Maklumat lain.

Fuhhhh...banyak kan maklumatnya.....rajin plak dok nak menaip semua tu.....hehehe....Klu tak percaya you all boleh rujuk Peraturan 16(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penegelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia berbahaya) 2013....atau yang selalu ramai sebut CLASS Regulation 2013....Untuk yang belum tahu...CLASS Regulation 2013 menggantikan CPL Regulation 1997!!!

Masih ada byk tempat kerja bila sy audit tentang CSDS masih dlm satu bahasa....samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu....klu ikut pd pandangan sy cukup sekadar salah satu bahasa ....janji pekerja fhm....Kalau pergi kilang kt kampung terutamanya IKS dan semua pekerja melayu....Sy tak nampak kepentingan perlunya dibuat dalam bahasa inggeris....cukup la sekadar bahasa kebangsaan....

Kalau kilang yg byk pekerja asing mmg perlu dlm dwibahasa...ada sesetgh tmpt kerja smpai 3-4 jenis bahasa dibuat bg memudahkan rujukan oleh pekerja asing...Kalau audit kilang yg ada guna bahan kimia dan saya rasa ada keperluan utk dwibahasa CSDS br sy tekankan tentang perkara ini....Tp sekiranya kilang yg manufacture bahan kimia....mmg wajib utk sediakan CSDS dlm bentuk dwibahasa...sbb akan memudahkan end-user....Keperluan menyediakan CSDS dlm bentuk dwibahasa dinyatakan dengan jelas dalam Peraturan 13(3)(b) CLASS Regulation.....

Contoh CSDS yg disediakan oleh pembekal dlm bentuk dwibahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris....Saya nak tunjuk contoh CDSD dwibahasa.....kalau ikut susunan maklumat CSDS mmg sedikit tak betul....So company kena ikut turutan maklumat seperti dinyatakan di atas....Klu Peraturan CPL 1997 tak perlu ikut turutan cukup sekadar mengandungi maklumat tersebut....Tetapi bila Peraturan CLASS 2013 diwartakan....Maklumat pada CSDS perlu ikut turutan yer....Mungkin sbb nak mudahkan proses rujukan....=)










Thursday, April 9, 2015

Bahaya Penutup Longkang

Haiiii....kali nie nk share isu yg agak ketinggalan.....sibuk benar 2-3 bulan nie....tak ada byk masa nk update blog padahal gambar berlambak2 tunggu Q bila tuan nyer nk upload dlm blog....huhuhu.....Blog sendiri maka suka hatilah bila nak update kan????

Okey la....isu yg sy nak share adalah berkaitan dengan penutup longkang.....beberapa kes kecederaan kerap didengari melibatkan penutup longkang.....Haaaaa nie lah contoh bila ambik tindakan pasang penutup longkang untuk hapuskan bahaya terjatuh ke dalam longkang.....tp penutup longkang yang diletak menyebabkan bahaya yg lain lain pulak kpd org awam atau pekerja....

Contoh2 kes terjadi seperti berikut.....


Opsss.....knapa kuda??? Ckp org awam atau pekerja.....hehehe....saja nk bg contoh kes yg terjadi disebabkan oleh penutup longkang.....Kes di atas yg melibatkan kuda tu terjadi di UPM....Kesian kt kuda tu.....

Okey....seterusnya  sy bg contoh kes melibatkan pelajar.....disebabkan penutup longkang di dlm kawasan sekolah.....


Kesian kt adik nie....mangsa keadaan sbb kaki kecik terperosok masuk antara bukaan pd penutup longkang.....

Okey tak nak cerita panjang.....kesimpulannya kalau nak design penutup longkang....kena ambik kira kesan2 begini....design yg sedia ada memerlukan beberapa penambahbaikan.....






Wednesday, February 18, 2015

Proses "Sand Blasting" Perlu Kelulusan JKKP/ DOSH???

Assalamualaikum.......

Haiii.....kali nie nak berkongsi maklumat berkaitan aktiviti "sand blasting" atau kekadang org panggil proses pembagasan pasir......hehehe.....

Sebenarnya ramai yang tak tahu aktiviti ini memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada JKKP/ DOSH......Perkara ini telah dinyatakan di dalam Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989.

Photo: Tahukah anda proses pembagasan pasir atau "sand blasting" memerlukan kelulusan daripada JKKP??

"Sand Blasting" atau Proses Pembagasan Pasir ini tujuannya untuk membersih, melicin, mengasarkan, memotong atau membuang bahagian permukaan tertentu biasanya pada bangunan, kapal atau permukaan besi atau sesuatu barang dengan menggunakan pasir atau bahan yang mengandungi silika berhablur (kuarza, kristobalit dan tridimit).

Terdapat sebahagian daripada peralatan "sand blasting" memerlukan sijil perakuan (CF) daripada JKKP/ DOSH.....Contohnya "Blasting Pot".....

Macam mana proses memohon kelulusan membuat aktiviti ini......Korang boleh dapatkan maklumat daripada laman web JKKP/ DOSH.....atau boleh klik jer link Prosedur Memohon Kelulusan Aktiviti Pembagasan Pasir.....

Harap2 penerangan ringkas ini membantu....So, lepas nie....SHO atau SSS atau Sesapa sajer la.....Klu kontraktor bawak masuk Peralatan "Sand Blasting".....Sila la tanya....Dah mohon belum kelulusan daripada JKKP/ DOSH......Klu ada kelulusan....Sila minta salinan surat kelulusan......=)

Wednesday, February 4, 2015

Tanda amaran keselamatan....

Haiii.....hari nie nak bercerita berkaitan tanda amaran keselamatan yang terdapat di tempat kerja.....tanda amaran merupakan satu bentuk komunikasi kepada pekerja atau pelawat atau orang awam berkaitan babaya-bahaya tertentu yang dpt di sesuatu tempat kerja.....

Namun tanda amaran yang dipamerkan perlulah bersesuaian dengan hazard....Contoh adalah seperti gambar di bawah.....


Pihak pengurusan telah menunjukkan komitmen dengan meletakkan tanda amaran.....Namun tanda amaran yang dipamerkan adalah salah.....

Semoga majikan prihatin tentang tanda amaran yang btul mengikut standard ditetapkan....



Thursday, January 29, 2015

Masalah Ergonomik di Restoran

Haiii.....kali nie nak share berkaitan isu ergonomik lagi.....Knapa??? Sebab saya suka dgn isu begini.....macam sy ckp sblum nie.....majikan agak kurang prihatin berkaitan masalah ergonomik di tempat kerja....

Kali ini saya ambil contoh isu ergonomik di restoran....tempat yang sentiasa kita semua kunjungi......Rasanya hampir semua kita tahu.....Masih byk restoran mengamalkan kaedah mengangkat pinggan mangkuk dan gelas yang telah selesai digunakan secara manual......Takkan robot plak nk angkat pinggan kan?? Kalau di negara jepun....biasa pelanggan akan angkat dan masukkan pinggan di tempat yang telah disediakan......Tapi praktis begini jarang diamalkan di Malaysia......



Mesti korang slalu tgk pekerja angkat pinggan mangkuk mcm gambar kt atas jika berada di restoran.....Kadang2 siap kita marah lagi kalau servis lambat.....huhuhu

Kalau kedai yang sentiasa sesak.....bleh tak anda bayangkan keletihan dialami oleh pekerja.....Ada sesetengah restoran, pekerja akan mengadu masalah sakit belakang......Mungkin sesetgh akan beranggapan.....dah memang begitu kerjanya dari dulu.....Kalau tak suka kerja begini....cari kerja lain......

Sebahagian restoran telah mula prihatin berkaitan isu ergonomik di restoran......Kaedah atau cara mengemaskan pinggan mangkuk dan gelas yang telah digunakan oleh pelanggan ditambahbaik.....Sebahagian restoran mula menyediakan troli untuk memudahkan proses tersebut.....


Ini contoh yang kadang-kadang boleh kita temui di restoran.....Gambar troli nie saya ambik semasa menjalankan audit di hotel....Tahniah kepada majikan yang mula prihatin untuk mengatasi isu ergonomik di tempat kerja......Pekerja adalah aset syarikat.....Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan harus dipertingkatkan supaya kualiti kerja bertambahbaik......



Monday, January 19, 2015

Go Green!!!!

Holllaaaa......hari nie nak bercerita pasal kitar semula.....Tak banyak tmpt kerja yang mengamalkan amalan kitar semula di tempat kerja.....Yang telah mengamalkan kitar semula.....Tahniah diucapkan....anda mmg terbaikkkk!!!

Kenapa pentingnya kitar semula??? Of coz utk selamatkan bumi.....Siapa lagi nak sayang bumi kalau bukan penghuninya sendiri......

Nak share skit info tempoh masa diperlukan utk sesuatu bahan untuk sesuatu bahan terdegradasi.....ayat mudah utk bahan2 tersebut mereput....senang skit korang nak paham....terma2 sains nie kekdg susah nk paham....hehehe


Kebetulan masa audit dekat satu tempat kerja.....syarikat tersebut mengamalkan 3R.....Reduce Reuse Recycle.....Bukannya susah sgt nak amalkan 3R di tempat kerja.....Kalau ada kemahuan semua boleh buat.....


Amalan 3R memang sentiasa diamalkan oleh syarikat di Jepun.....So, bos2 di tempat kerja.....boleh lah mulakan amalan kitar semula di tempat kerja masing2.....Zero Waste Management at workplace!!!


Sunday, January 18, 2015

Peluang kerja sebagai Safety & Health Officer (SHO)

Haiiii......Assalamualaikum.....

Macam yang dijanjikan....nak berkongsi berkaitan macam mana nak jadi SHO yang memiliki GreenBook (GB).....Mungkin ramai yang berminat nak jadi SHO sbb dimaklumkan gaji SHO nie mencecah puluhan ribu ringgit.....Sebenarnya bukan semua gaji SHO tinggi....bergantung anda bekerja dalam sektor apa.....sektor "oil and gas" (O&G)....mungkin bergaji tinggi.....dan ia bergantung kepada tahap pengetahuan anda dalam bidang tersebut.....SHO di tapak bina pula bergantung ada bekerja untuk projek apa....sekiranya projek mega bernilai ratusan juta...boleh la demand gaji yang tinggi......Jgn mimpi utk mula kerja sbg SHO dengan gaji RM7-8 ribu.....Sebab kerja sebagai SHO, anda perlu bermula dari bawah.....Sekarang nie bersepah yang ada GB....jadi berusahalah utk tmbh pengetahuan dengan mengambil kursus jangka pendek berkaitan KKP dan menambah nilai pada kompetensi sedia ada......

Utk adik2 yang baru nak mencebur diri dalam bidang safety and health.....bagi siswazah menganggur....boleh lah ambil peluang program siswazah menganggur yang kdg2 ditawarkan oleh Johor Skills Development Centre (PUSPATRI), Pahang Skills Development Centre (PSDC), Malacca Skills Development Centre (MISDC), Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC).....




Melalui program siswazah menganggur....kursus yang ditawarkan adalah secara percuma dan pelatih diberi elaun.....kursus tak la lama sgt....less than 6 months kalau tak silap saya.....Kalau zaman saya dulu ditawarkan pulak Sijil Executive Diploma in OSH.....Tp korang kena la rajin check bila iklan tentang tawaran kursus begini.....Tidak dibuka sepanjang tahun dan bergantung berapa bajet yang dibentangkan oleh kerajaan.....Sy rekemen yang free sbb sy pun hadir kursus SHO secara F.O.C.....dapat executive diploma in OSH skali.....dari duduk tanam anggur kat rumah....lebih baik pergi kursus jangka pendek macam nie.....Its better dari korang gi dok kerja sebagai cashier or waiter/ waitress....Sbb elaun dibayar semasa kursus....Saya tak ingat tahun bila tp pernah ditawarkan elaun RM1000 per month klu tak silap.....Masa saya ditawarkan kursus nie...elaun saya cuma RM500 per month....

Kalau yang rasa berduit skit.....boleh hadir kursus SHO di NIOSH yang cuma mengambil masa 21 hari....Kosnya cuma RM4000++.....Ada sebahagian kursus ditawarkan oleh training centre yang diluluskan oleh JKKP Malaysia.....So, jgn sesuka hati nak gi kursus....Semak dulu training centre tersebut diberi kompetensi mengajar kursus SHO atau pun tidak.....Biasanya saya advice pergi kursus di NIOSH.....

Untuk menjadi SHO,...ada syarat2 kelayakan yang perlu anda patuhi....Klu rasa boeh penuhi syarat kelayakan ditetapkan....baru pergi kursus....Jgn kursus dulu....nnt habis duit jer bila tak boleh ambik exam SHO dan berdaftar dengan JKKP.....

Okey....antara nak hadir kursus SHO atau SSS.....saya galakkan hadir kursus SHO kalau mampu....kerja sbb SSS di tapak bina dan mohon kompetensi sebagai SSS dan miliki YellowBook.....Owwhhhh.....hadir kursus SHO bleh ke dpt YellowBook??? Ramai yang tanya saya soalan nie.....anyway boleh cuba mohon sbb ada sesetgh yg hadir kursus SHO dan dpt YellowBook dengan syarat memenuhi syarat kelayakan utk dpt YellowBook.....YellowBook cuma utk 3 tahun....Lepas tu bleh mohon utk upgrade ke GreenBook.....Korang kena faham....nak dpt GB korang kena ada 3 tahun pengalaman kerja.....Bukan lulus jer exam SHO terus bleh apply GB.....

Okey la.....tak nak citer panjang.....pada yang nak mencuba nasib dalam bidang OSH.....Good Luck!!!