Kecemasan / bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan / bencana akan merugikan syarikat dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain.
Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah syarikat memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut kepada syarikat :-
- berupaya mengawal keadaan kecemasan / bencana.
- mengurangkan kadar kerosakan harta benda.
- mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan teruk.
Di sini LadyBos berikan sedikit garis panduan asas untuk membangunkan ERP di tempat kerja :-
1. Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan tindakan segera seperti pengusian (evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah :-
- Kebakaran
- Letupan
- Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
- Banjir
- Ancaman bom
- Gempa bumi
- Terperangkap di dalam lif
2. Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu :-
- Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan lain-lain.
- Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.
- Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja / pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja.
- Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek-objek lain.
3. Mengenalpasti agensi yang perlu dihubungi sekirannya berlaku kecemasan / bencana.
- BOMBA
- Polis
- Hospital
- Jab. Alam Sekitar
4. Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah :-
- Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);
- First Aider Team;
- Emergency Commander;
- Liaison Officer;
- HR Officer and etc.
Contoh Struktur Organisasi ERT
5. Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini.
6. Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).
7. Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api.
8. Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.
8. Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.
9. Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.
Thats all basic info related with ERP at workplace. Detail will be discuss later in next session... =P
Terima Kasih Lady Boss...Saya dapat banyak pengetahuan dari blog ini dan memang teringin nak jadi safety officer...tapi tak berapa yakin nak anbil exam... semua moudel dah belajar kat FMM ipoh....tapi.....nantila
ReplyDeletePercaya pada diri sendiri..kemampuan kita boleh ke tahap lebih dari maksimum sebenarnya. Saya sendiri cabar diri masa nak ambil exam. Saya gagal paper WPA kali pertama. Tapi persediaan mental dan disiplin masa yg konsisten, walaupun saya sgt sibuk di tpt kerja..
DeleteAlhamdulillah saya lulus semua paper SHO exam dari NIOSH pd Disember 2012.
Skrg sy bekerja sbg SHO di salah sebuah kolej di Shah alam. Sedang menghitung dan mengambil pengalaman sbg kompeten SHO, dalam masa 3 tahun akan datang.
Good luck to you
Akhirnya saya lulus semua paper dgn satu cubaan sahaja...dan telah berdaftar dengan DOSH..Terima kasih atas dorongan....
DeleteTahniah!!!!
DeleteExam nyer tak la terlalu susah...berkait dgn aktiviti kerja..rugi tangguh2 ambik exam..if rasa x confident, ambik jer paper tu berasingan...sethn ader 3 kali je exam SHO..bkn aper..nnt kot2 ada any perubahan pd peraturan SHO...per2 pun, thanx 4 the support to this blog...=)
ReplyDeleteBtul tu shazzy. Dengar2 lepas ni kalau nak ambik SHO kena ambik Train The Trainer dlu(Rumours). Kalau TTT dh lepas baru boleh ambik exam SHO tu. Sbb utk meningkatkan keyakinan individu bila buat pbentangan utk syarikat. Byk SHO yg gagap bila conduct TBM, meeting dll.
Deletetenkiuu.. maklumat yg berguna utk exm subjek OSH II :)
ReplyDeleteWelcome.....Good luck utk exam!!!
DeleteThanx Aida Nasirah for the feedback.....Gud Luck utk exam!!! Chaiyok!! Chaiyok!!
ReplyDeletesaya memang berminat dengan safety ... tapi xde lagi peluang untk job ni ,,, dan sye pon bru lg lepasan diploma untuk safety and health :)
ReplyDeleteChaiyok...chaiyok.....starting tak boleh demand sgt gaji....Dh ada GB nnt baru demand....
DeleteGood knowledge 👌👌👌
ReplyDeleteTQ
Deletetq
ReplyDeleteTQ :)
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete