Sunday, October 13, 2013

Safety at FunFair @ Amusement Park

LB teringat kenangan kecik2 dulu...bila arwah abah slalu bwk gi "funfair"....Punya la excited bila dpt gi "funfair"....Malam2 jer biasanya "funfair" dibuka....Sbb if siang hari panas kan....Biasanya dibuat di kawasan lapang....

Tp masa kecik fikir nak main jer....Seronok dengan suasana kt "funfair"...terang benderang dgn lampu yang warna warni....Dulu tak mcm skrang...ada byk pilihan taman tema...Tp kebiasaannya "funfair" jd pilihan sbb nak main games kt sini tak mahal sgt....Tak sama mcm masuk "Sunway Lagoon"...Universal Studion Singapore (USS) and etc..etc....Klu orang yang anak ramai n kurang berkemampuan....Biasa "funfair" jd pilihan.... 

Sedih lak tetiba bila terkenang arwah my dad....Bwk anak2 gi "funfair" sbb nak buatkan anak2 nyer happy....I luv my dad!!!

Gambar sekadar hiasan

Bila LB dah kerja bidang OSH nie....Mula terfikir sebenarnya keselamatan tu sgt penting dlm semua perkara dibuat...Keselamatan semasa kerja...semasa di rumah...di jalan raya...masa bergembira...semua kena ambik kira bab keselamatan....Andai kata kita lalai seketika....Mungkin akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup....


LB nak kongsi kes yang terjadi di Sarikei....Moga jadi iktibar pada kita supaya lebih berhati2 semasa membawa ahli keluarga ke taman tema / "funfair"....Buat syarikat yang menguruskan aktiviti ini...Perlu juga memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan....Pastikan setiap pengguna faham aspek keselamatan yang perlu mereka patuhi....



Saturday, October 12, 2013

Pintu Rintangan Api

Aahhaa....just nak share perkara yang sering kali dipraktiskan kt tempat kerja....Kekdg bleh jmpa gak perbuatan ni kt hospital2...kilang2 n premis2 tempat kerja yang lain....



Perbuatan suka adang pintu rintangan api dengan "fire extinguisher"....Al-kisah sbb nak mudahkan lalu lalang....Laluan orang keluar masuk...kan lebih mudah dibiarkan terbuka jer....Itu la mentaliti pada sesetgh org....


Kekdg org nie tak faham....Tujuan dipasang pintu rintangan api....Dh namakan pintu rintangan api kan....Tujuan nk menghalang api...Memberi lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya terjadi sesuatu kebakaran....


Moga kejadian sebegini menjadi iktibar pada kita....Belajar dari kejadian yang dh terjadi akan perkara ini tak terjadi di tempat kerja anda....Sila ikut arahan lps nie....Pastikan Pintu Rintangan Api Sentiasa Ditutup.....

Thursday, September 26, 2013

Hazardous Chemical

Hazardous chemical @ bahan kimia berbahaya perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan insiden yg boleh membahayakan pekerja dan org awam....



Aahh...malas nk citer pjg2...baca la kisah kt keratan akhbar tu....Ambik iktibar dari insiden yg dh terjadi so that kes gini tak terjadi kt tmpt keje korang....

Korang fikir la sendiri apa kaedah sesuai utk mengelakkan insiden mcm nie terjadi kt tmpt keje korang.....Jgn sesuka hati campak hazardous chemical sesuka hati k...

LB dah ngantuk sesgt....tak ada mood nk karang panjang2....Goodnite!!! ZzZzZz

P/S : Esok meeting....hopefully tak terbabas tido smpai tengahari....Opppsss....

Wednesday, September 25, 2013

Pergi Balik Kerja Dengan Selamat!!!!

Aahhh....just nk share keratan akhbar yg LB baca pagi nie....Isu yang sesetgh organisasi tak pernah nk ambik kira sgt....Biasanya cuma prihatin dgn keselamatan dan kesihatan dalam kawasan tmpt kerja sahaja....

Merujuk kepada keratan akhbar ini....Nampk gayanya perlu la sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan semasa pergi dan balik kerja....


Sesungguhnya pekerja adalah aset sesebuah organisasi....Satu kerugian besar sekiranya kehilangan pekerja mahir yg telah dilatih dlm melaksanakan tugas.....

Biasanya sesetgh organisasi ada buat program balik kampung dengan selamat semasa sambutan perayaan seperti Hari Raya dan Chinese New Year.....Mungkin program sebegini perlu dilaksanakan secara berterusan....=)

Sunday, September 22, 2013

JKK @ SHC

Haiii.....Assalamualaikum....

Malam nie masih dalam mood edit slide....hehehe....Just nak share dgn korang slide basic berkaitan dengan Safety and Health Committee (SHC) atau dalam bahasa melayu nyer Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan (JKK)....

Slide basic jer okey.....hehehe....just view jer "full screen mode"....LB pun bkn kategori rajin buat slide....hehehe...Rajin touch up slide mana yang ada jer....So sgt memahami perasaan org2 yg agak tak rajin buat slide....hehehe....


Download slide " JKK @ SHC "

Tuesday, September 17, 2013

Pengurusan Bahan Kimia Di Tempat Kerja

Assalamualaikum.....

Hari nie tersangat la rajin meng'edit' slide presentation....hehehe....Hari rajin sedunia agak nyer....So, just nak share dgn korang slide berkaitan dengan pengurusan bahan kimia nie....Sharing is Caring....



Download Handout Slide "Pengurusan Bahan Kimia Di Tempat Kerja"

Friday, September 6, 2013

Senario Kecemasan

Haiii....hari ni LB nak bercerita bab kecemasan...bila sebut kecemasan...Slalu org akan anggap kecemasan cuma semasa kebakaran....Tp pernahkah kita terfikir yang kecemasan terdapat byk jenis dan dlm pelbagai bentuk dan keadaan....Cara menangani sesuatu kecemasan adalah berbeza2 mengikut keadaan dan situasi....

Antara jenis-jenis kecemasan adalah :-
1. Kebakaran 
2. Banjir
3. Letupan
4. Kebocoran bahan kimia
5. Serangan binatang buas / gangguan luar
6. Ancaman bom
7. Ribut / Bencana alam
8. Pergaduhan / mogok
9. Terputus bekalan elektrik @ blackout dalam bangunan pd waktu malam....
10. Lain-lain situasi2 yg berkemungkinan terjadi bergantung dengan tempat kerja....

Just nak share keratan akhbar yang LB baca hari nie...iaitu insiden histeria yang terjadi di sebuah sekolah yang melibatkan lebih dari 100 orang...


Senario ini merupakan salah satu kecemasan... Tempat kerja yang berisiko menghadapi senario histeria perlu menyediakan satu pelan kecemasan sekiranya insiden ini terjadi....Histeria bukan hanya terjadi di sekolah...Biasanya kes ini juga terjadi di kilang2....Pernah terjadi insiden histeria di tengah malam pada operator2 kilang yang beroperasi 24 jam....

Pengurusan sesuatu tempat perlu la memikirkan kaedah yang perlu diambil untuk menangani kecemasan di tempat kerja....If buat latihan kecemasan tu jgn la plak asyik buat kes kebakaran jer...Pelbagaikan senario kecemasan...Baru la staff tak bosan bila buat latihan kecemasan...=)

P/S : Bila jmpa client...LB slalu berpesan...bkn semua kecemasan kena berkumpul di tempat berkumpul @ assembly area....=)






Sunday, September 1, 2013

Hazard Elektrik di Tempat Awam

Haiii....dah lama tak update blog nie....hehehe....Dah hujung Syawal baru ada masa free....

Kali nie nak share pasal hazard yang mungkin kita tempuhi masa di tempat awam....Antaranya adalah hazard elektrik....Petang tadi sempat la menggunakan perkhidmatan komuter....Sy antara individu yg sering menggunakan perkhidmatan awam.....

Suasana agak lengang pada waktu nie....

Waktu nie hujan agak lebat....hazard yg sy nak share adalah tentang kebocoran bumbung....Air hujan membasahi peralatan elektrik yang sedang berfungsi....Kalau just tempias tak kisah sangat....Tapi kipas yg tengah berpusing nie dimandi dengan pancuran air hujan.....hermmmm....Mungkin hazard pada org awam agak rendah coz kipas nie terletak agak tinggi....Tp since peralatan elektri dh bermandi pancuran air hujan...Sy tak rasa keadaan tersebut selamat....

Sebagai pihak pengurusan sesuatu tempat...kita perlu pastikan keselamatan pekerja kita dan org awam terjamin....=)




Thursday, June 20, 2013

Maut Terkena Renjatan Elektrik di Ladang Sawit

Pepagi nie bila selak akhbar Sinar Harian....terbaca kes kemalangan pekerjaan di mana pekerja ladang maut terkena renjatan elektrik semasa mengait buah sawit.....hermmmm


Tentu korang masih ingat post LB yang lepas pasal Hazard Fizikal Di Ladang Sawit. Sesungguh nyer sgt penting untuk mengenalpasti apa hazard yang ada di tempat kerja....budaya pencegahan itu perlu diterapkan dari awal... Jgn smpai bila terjadi kemalangan baru nak menyesal....Masa tu menyesal pun dah tak guna lagi....Nyawa sgt bernilai...Tak boleh dibeli dengan wang ringgit....

P/S : Sama-sama lah kita mengamalkan budaya kerja selamat....Plz do the risk assessment at your workplace A.S.A.P!!!

Saturday, June 15, 2013

Hazard Fizikal Di Ladang Sawit

Owhhh....Nak share info pasal hazard di ladang sawit....Kebiasaanya di ladang sawit, pekerja menggunakan sabit dan pahat untuk menuai buah sawit yang telah matang..... Untuk yang tak pernah tgk alat nie....LB tunjukkan picture peralatan nie....


Sabit

Pahat

Bila tgk alat nie....comfirm lah bahaya nyer adalah tajam....Klu tak tajam macam mana nak potong tandan sawit kan???

Klu korang tak percaya alat ni bahaya....LB share keratan akhbar kemalangan melibatkan peralatan nie....Ini kisah yang baru terjadi beberapa hari yang lepas....


Mcm biasa la...if balik kampung or jalan kt ladang...mesti korang akan nmpk ada pekerja usung sabit masa naik motor....aktiviti rutin dan yang biasa dibuat slalu.....

Jadi untuk mengelakkan kemalangan sebegini berulang.....Jadi kena la pastikan bahagian yang tajam ditutup bagi mengelakkan kecederaan....Contoh nyer macam gambar kt bawah nie....


Sesungguhnya setiap org kena kenalpasti apa jenis hazard yang ada di tempat kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja....

Nyawa lebih penting dari segalanya....."Safety First"!!!! Sama-samalah memupuk budaya kerja selamat semasa bekerja....

Friday, June 7, 2013

Struktur Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh!!!!

Gempar insiden sebahagian struktur jambatan ke-2 Pulau Pinang yang runtuh.....Nasib baik masih dalam proses pembinaan...If dh siap then runtuh masa org awam sedang guna...lagi la kecoh....

Projek yang bernilai berbillion ringgit yang sepatutnya menjadi kebanggaan kontraktor utama sekiranya berjaya disiapkan tanpa insiden sebegini terjadi....

Apa2 pun..."nasi sudah menjadi bubur"....Moga insiden ini menjadi iktibar buat semua kontraktor2....Nak komen lebih2 pun tak leh....tunggu jer la hasil keputusan siasatan nyer nnt...






Thursday, June 6, 2013

Sport Vs Safety

Sedih bila baca kisah ahli sukan yg maut semasa aktiviti latihan berbasikal....Sesungguhnya ini satu kerugian pada negeri dan negara...

Pada pendapat LB.....perkara ini perlu dipandang serius....Ini bukanlah insiden pertama kali melibatkan kes maut semasa latihan berbasikal....Sebelum ini ada insiden sama terjadi sekitar Putrajaya....

Berdasarkan pengalaman LB sendiri...Pernah terserempak pelumba2 basikal membuat latihan di atas jln raya....Berbasikal secara berkumpulan secara rapat....Waktu pulak time jalan orang awam berpusu2 nak balik keje....Sometimes without marshal mengawal pergerakan mereka....Keadaan ini membahayakan diri sendiri dan pengguna jln raya yg lain...

Sesungguhnya langkah atau prosedur selamat semasa aktiviti latihan berbasikal di atas jln raya perlu diwujudkan...Sekiranya prosedur tu dah wujud....Kajian perlu dilakukan untuk menambahbaik aspek safety yg sedia ada....





Berita penuh pada keratan akhbar Metro bertarikh 06/06/2013



Tuesday, June 4, 2013

Maklumat Pada Borang JKKP 6

Hollaaaa......hari nie semangat skit nak buat keje2 update info untuk pembaca blog nie....hehehe....

Kali nie saya nak share apa maklumat yang sepatutnya korang isi bila terjadinya kemalangan atau kejadian berbahaya kat tempat keje korang....

Borang JKKP 6 perlu dihantar dalam masa 7 hari jika berlaku : -
  • Kemalangan maut 
  • Kecederaan serius 
  • Masuk wad lebih daripada 24 jam
  • MC lebih dari 4 hari 
  • Kejadian Berbahaya - Merujuk kepada Peraturan 5, Jadual Pertama dan Jadual Kedua NADOPOD
Sila klik pada gambar klu nak nampak lebih jelas

Diharapkan penerangan saya jelas berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang perlu diisi pada borang JKKP 6....Yang bertanya melalui email pada saya....harap korang berpuas hati dengan maklumat nie... ^__^
 

Monday, May 27, 2013

Jatuh Bangunan!!!


Iktibar buat semua.....kenalpasti hazad....analisa risiko dan pilih langkah kawalan sesuai untuk pastikan insiden yang sama tidak berlaku di tempat kerja anda....

Sentiasalah beringat...bila masuk paper mcm nie...comfirm SHO / Project Manager kena soal jawab dgn DOSH Officer...

Saturday, May 18, 2013

Pengurusan Risiko Di Tempat Kerja

Haiii....Assalamualaikum....

Dah lama saya tak update blog nie....Sorry la coz tak sempat nak upload file nota-nota atau slide utk pengunjung2 blog nie...Bukan tak nak upload tp tak ada masa nak study mcm mana cara nak upload file kat sini...Faham2 jer la...Nak update blog pun kena study macam mana nak buat...Al-kisah coz saya bukan dari bidang IT...tu yang slow skit....hehehehe

Okey...kali nie nak share handout slide berkaitan Pengurusan Risiko di tempat kerja....Bukan totally slide yg saya buat...Tapi sumbangan daripada seseorg....Klu rasa sesuai utk korang bleh la yer upload....



Thursday, April 18, 2013

CEP Course Utk Pengamal KKP Zon Pantai Timur




Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-

011-29404098 (Khalil Khusairi), 

09-6225288 (Siti Kamariah) 

Tarikh tutup penyertaaan : 9 Mei 2013

*P/S : Moh kiter pakat ramai2 penuhkan dewan!!!

Thursday, April 11, 2013

Cabaran Anugerah Cemerlang KKP Kebangsaan 2013

Ader berani nak sahut cabaran??? Hihihi....Penyertaan adalah percuma....Yang berminat sila layari laman web JKKP untuk dapatkan borang penyertaan......

Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 30 April 2013!!! Wahai SHO sekalian alam....cepat sahut cabaran sihat nie....bersaing cara sihat....=)


Wednesday, April 10, 2013

CEP Course Utk Pengamal KKP Zon Utara!!!

Disebabkan kesibukan yang melanda...mmg tak berkesempatan nak update blog nie....Hari2 busy dengan kerja di luar....

Anyway....Saya nak tolong kawan2 promosi Seminar KKP anjuran PKS  JKKP Kedah / Perlis yang bakal diadakan pada 11hb Mei 2013.....8 CEP point untuk 1 hari seminar....Yang dok Zon Utara...jom pakat ramai2 penuhi dewan!!!




Program : Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2013

Moto/Tema : “Empowering OSH Organization For Self Regulation”

Tempat : Hotel Park Avenue, Sg. Petani, Kedah

Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu)

Bayaran : RM 300 seorang

Masa : 8.30am – 5.00 pm

*HRDF : 100% Claimmable

CEP Point : 8 point


Anjuran : PKS JKKP Kedah/Perlis

Sebarang bayaran/maklumat/ urusan pendaftaran, sila hubungi:-

En. Shukri (019-5771915)
En. Amirul 019-3105510)
Pn. Hafizah (019-2751756)
En. Mudzaffar (019-7108996)
En. Sajidin (019-6427229)
En. Zulkernain (019-2249650)

Bayaran boleh dibuat melalui cek/tunai/wang pos/draf bank kepada: -

PKS JKKP Kedah/Perlis
D/A Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kedah
Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
06550 Bandar Mu’adzam Shah, Alor Setar, Kedah
No. Tel: 04-7000100, No. Fax: 04-7329659


P/S : Cepat2....saper cepat dia dapat!!!