Tuesday, December 16, 2014

Makmal Sekolah Terbakar



Melalui sumber FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.....dimaklumkan terdapat kebakaran yang berlaku di makmal Sek. Keb. Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Dimaklumkan yang kebakaran berpunca dari bahan kimia di makmal. Kebakaran telah berlaku pada pukul 12.29 malam. Berdasarkan gambar2 yang disertakan nampak seperti makmal sains atau kimia. Tetapi kalau di sekolah rendah rasanya tak ada makmal kimia.





Ini bukan kes pertama melibatkan makmal di sekolah.....Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil tindakan lebih pro-aktif bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang....


Saturday, December 13, 2014

Pokok Beracun

Kali nie nk update berkaitan pokok-pokok beracun......Al-kisah sebab kecoh pasal isu rumpai mexico yang beracun yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Disember 2014.



Rumpai mexico boleh menyebabkan alahan atau alergi. Gejala-gejala alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selsema dan asma. 


Isu ini timbul susulan kes sebahagian pekerja ladang kelapa sawit di Kedah yang mendapat alahan pada kulit dan gejala gangguan sistem pernafasan.

Bagus juga bila isu ini timbul...sekurang-kurangnya masyarakat mula prihatin berkaitan kesan hazard biologi kepada kesihatan. Sebenarnya banyak pokok beracun yang terdapat disekeliling kita, malah dijadikan pokok hiasan di rumah. Sebab sesetengah pihak beranggapan ia adalah pokok hiasan yang tidak memberi sebarang kesan.

Diantara pokok-pokok hiasan beracun yang sering ditanam di rumah adalah :-

Dumb Cane

Dumb cane: Pokok hiasan ini sangat popular dan sekiranya termakan boleh menyebabkan melecur dan bengkak pada lidah hingga boleh menyebabkan kematian.


Philodendron


                                   Pothos                                     

Philodendron dan pothos boleh menyebabkan muntah, sakit perut serta bibir, lidah dan tekak melecur dan bengkak.           

Sago Palm

Sago Palm sekiranya tertelan boleh menyebabkan muntah dan sakit perut, malah boleh mendorong kepada berlakunya kegagalan pada hati.


P/S : Info dari internet.....pernah dengar presentation berkaitan jenis-jenis pokok hiasan di rumah yang berbahaya....kena buat further research berkaitan ini....mungkin topik PhD nnt....=)

Friday, December 12, 2014

Ergonomik

Hi....dah lama saya tak update blog....agak busy dengan research project since few months ago.... Kali ni saya cuma nak bercerita bab ERGONOMIK.....isu ini jarang sgt ditekankan di tempat kerja.....

ERGONOMIK bermaksud rekaan sesuau mesin atau produk yg disesuaikan dengan manusia. Prinsip asas ergonomik adalah untuk menyesuaikan sesuatu tugasan, peralatan, persekitaran atau kemudahan dengan seseorang pekerja. 



Faktor ergonomik boleh menyebabkan tekanan kepada otot, sendi, tendon dan ligamen. Kebiasaannya seseorang individu akan berasa sakit pada pinggang, belakang badan, leher, tangan dan mata (disebabkan tekanan).





Isu ergonomik kerap terjadi terutama melibatkan operator di kilang yang sering membuat kerja yang sama berulangkali......


Tak nak citer panjang....aper kata korang tgk jer video kt bawah nie untuk lebih faham pasal ergonomik dan cara2 nak tangani isu ergonomik di tempat kerja.....