Monday, September 27, 2010

Peranan & TanggungJawab PEKERJA terhadap KKP /OSH di tempat kerja

Pada sesi yang lepas, saya telah menerangkan tentang tanggungjawab majikan terhadap KKP. Pada sesi ini, saya akan menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dan tanggungjawab pekerja terhadap KKP di tempat kerja. Seperti yang sedia maklum, pekerja adalah tulang belakang kepada sesebuah syarikat. Pekerja perlu memberi prihatin tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Setiap pekerja perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap isu KKP. Tanggungjawab pekerja terhadap KKP telah dinyatakan dengan jelas di pada Seksyen 24, AKKP / OSHA 1994; diantara kewajipan setiap pekerja yang bekerja yang sedang bekerja adalah :-


i) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan & kesihatan dirinya dan orang lain.

ii) Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain.

iii) Memakai & menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disediakan oleh majikan.

iv) Mematuhi apa-apa arahan  atau langkah tentang keselamatan & kesihatan yang diperkenalkan oleh majikannya.

** Penalti : Pekerja yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM1000 @ dipenjara tidak melebihi 3 bulan @ kedua-duanya sekali.


Sehingga kini, saya telah menerangkan dengan jelas tanggungjawab am yang perlu dilaksanakan oleh seseorang majikan dan pekerja dalam memastikan KKP dilaksanakan dengan baik dan berkesan di tempat kerja. Pada sesi akan datang, saya akan memberi penjelasan dan penerangan tentang cara-cara dan langkah-langkah untuk membangunkan KKP di tempat kerja. ;)

3 comments: