Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 15 (1), AKKP 1994 / OSHA 1994, tanggungjawab am majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. " Setakat yang praktik " yang dinyatakan ini hendaklah mengambil kira 4 faktor penting iaitu :-
Dinyatakan dengan jelas pada Seksyen 15(2), AKKP 1994 iaitu perkara yang diliputi oleh kewajipan majikan adalah seperti berikut iaitu setakat yang praktik memastikan :-
(b) membuat perkiraan bagi menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
(c) mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan;
(d) majikan hendaklah memastikan tempat kerja di bawah kawalannya, penyelenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan mengadakan dan menyelenggara cara masuk ke dalam dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko; dan(e) mengada dan menyelenggara persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya dengan selamat, tanpa risiko dan memadai berkenaan kemudahan bagi kebajikan pekerjanya.
** Penalti : Seseorang yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 @ dipenjara tidak melebihi 2 tahun @ kedua-duanya sekali.
Diharapkan semua majikan dapat mengambil langkah yang bijak untuk memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin.
No comments:
Post a Comment