Saturday, September 25, 2010

INDUSTRI YANG PERLU MEMATUHI AKKP / OSHA 1994

  
Skop di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 adalah meliputi semua orang yang bekerja di dalam semua sektor ekonomi di Malaysia kecuali 2 sektor iaitu pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera.

Sektor-sektor yang perlu mematuhi AKKP 1994 adalah seperti berikut :-
1.  Pengilangan ;
2.  Perlombongan dan penguarian ;
3.  Pembinaan ;
4.  Pertanian, perhutanan dan perikanan ;
5.  Kemudahan: Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan ;
6.  Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi ;
7.  Perdagangan borong dan runcit ;
8.  Hotel dan restoran ;
9.  Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan &
10. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

Oleh itu, semua majikan dan pekerja yang terlibat di dalam 10 sektor yang dinyatakan di atas perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang AKKP 1994. Perkara penting yang perlu diketahui oleh majikan / pekerja adalah berkaitan dengan tanggungjawab dan hak masing-masing berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 
Sesi akan datang, saya akan membincangkan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh majikan dan pekerja untuk memastikan KKP di tempat kerja adalah baik.

No comments:

Post a Comment