Monday, January 12, 2015

Peluang pekerjaan......mahu jadi SSS???

Assalamualaikum....

Sesi kali nie just nak update pasal macam mana nak jd SSS....Maklumat nie dh share melalui FB "E-Learning workshop-oshe".....Sila like page FB nie k.....Link FB click jer info FB kt sblah kiri blog nie.....


Sebab ramai sgt adik2 yang email pada Ladybos bertanya macam mana nak menceburkan diri dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan....Cita2 nak jadi SSS.....nak jadi SHO....tapi tak tahu nak mula macam mana.....

Okey lah....memenuhi permintaan adik2 semua....Ladybos share info macam mana nak jadi Site Safety Supervisor @ SSS yang memiliki Yellowbook......

Sebenarnya ada garispanduan macam mana nak jadi SSS.....Garispanduan ini telah dikeluarkan oleh JKKP Malaysia.....


Kalau yg nak garispanduan cantik gini....boleh la tanya pada pejabat JKKP negeri....kot2 ada lagi stok untuk diberi.....Kalau pejabat JKKP negeri mcm jauh jer...kos lagi nak ke sana.....adik2 bleh download melalui website JKKP atau click link berikut http://www.dosh.gov.my/images/dmdocuments/glx/gpsss.pdf . Bukannya susah sgt nak dapat info....semua dihujung jari jer skrng nie....

Untuk dapat jadi SSS....ada syarat2 nya....nak tahu detail rujuk pada garispanduan yg telah diberikan......Kena lah hadir kursus selama 10 hari berkaitan SSS di pusat pengajar yang berdaftar dan diberi pengiktirafan utk menjalankan kursus tersebut dari pihak JKKP.....Bukan bleh gi kursus sembrono gitu jer....Nanti duit melayang...kompetensi tak dapat2.....Senarai tentang training centre yang kompeten....sila lah rujuk di website JKKP....Semua ada kt situ....rajin2 la buka website tu....

Mahal tak kursus nak jadi SSS??? Actual harga saya tak pasti....tp lebih kurang RM2000++ klu tak silap....bleh tanya pada mana2 pusat pengajar.....mana yg bleh offer harga murah....hehehe....pandai2 la tawar menawar.....ehhhh....bleh tawar harga ke??? Pandai2 korang laaaa.....akak dulu mmg suka tawar harga kursus....hehehe....win2 situation....Tapi bukan tawar harga dgn pihak NIOSH....NIOSH mmg harga tetap dahhh....tak leh nak tawar2....Korang tawar dgn training centre yang biasa2 jer tp diberi kompetensi.....

Owwhh...next question....saya confius....nak gi kursus SSS atau kursus SHO?? Nak jd SSS atau SHO?? Okey la....sy jawab soalan nie kemudian k.....

Apa2 pun saya berharap info yang diberi ini dpt membantu mana2 yang masih tak tahu cara nak jadi SSS dan memiliki Yellowbook....

P/S : Pada adik2 yang hantar email....sorry sbb kdg2 tak terbalas..... =)







Tuesday, December 16, 2014

Makmal Sekolah Terbakar



Melalui sumber FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.....dimaklumkan terdapat kebakaran yang berlaku di makmal Sek. Keb. Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Dimaklumkan yang kebakaran berpunca dari bahan kimia di makmal. Kebakaran telah berlaku pada pukul 12.29 malam. Berdasarkan gambar2 yang disertakan nampak seperti makmal sains atau kimia. Tetapi kalau di sekolah rendah rasanya tak ada makmal kimia.





Ini bukan kes pertama melibatkan makmal di sekolah.....Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil tindakan lebih pro-aktif bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang....


Saturday, December 13, 2014

Pokok Beracun

Kali nie nk update berkaitan pokok-pokok beracun......Al-kisah sebab kecoh pasal isu rumpai mexico yang beracun yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Disember 2014.



Rumpai mexico boleh menyebabkan alahan atau alergi. Gejala-gejala alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selsema dan asma. 


Isu ini timbul susulan kes sebahagian pekerja ladang kelapa sawit di Kedah yang mendapat alahan pada kulit dan gejala gangguan sistem pernafasan.

Bagus juga bila isu ini timbul...sekurang-kurangnya masyarakat mula prihatin berkaitan kesan hazard biologi kepada kesihatan. Sebenarnya banyak pokok beracun yang terdapat disekeliling kita, malah dijadikan pokok hiasan di rumah. Sebab sesetengah pihak beranggapan ia adalah pokok hiasan yang tidak memberi sebarang kesan.

Diantara pokok-pokok hiasan beracun yang sering ditanam di rumah adalah :-

Dumb Cane

Dumb cane: Pokok hiasan ini sangat popular dan sekiranya termakan boleh menyebabkan melecur dan bengkak pada lidah hingga boleh menyebabkan kematian.


Philodendron


                                   Pothos                                     

Philodendron dan pothos boleh menyebabkan muntah, sakit perut serta bibir, lidah dan tekak melecur dan bengkak.           

Sago Palm

Sago Palm sekiranya tertelan boleh menyebabkan muntah dan sakit perut, malah boleh mendorong kepada berlakunya kegagalan pada hati.


P/S : Info dari internet.....pernah dengar presentation berkaitan jenis-jenis pokok hiasan di rumah yang berbahaya....kena buat further research berkaitan ini....mungkin topik PhD nnt....=)