Wednesday, June 15, 2011

Accident Investigation

Haiiii....herrmmm..sekarang agak jarang kite up-date blog nie...busy ckit dengan kerja...then ada masalah ckit dengan my lappy..tu yang buat mood nak up-date blog menurun...huhuhu....

Anyway...kali nie saye nak discuss pasal Accident Investigation Report....macam biasa la..bila berlaku sesuatu kemalangan atau insiden berlaku di tempat kerja...siasatan perlulah dilakukan oleh SHO atau 'team investigation' yang telah diberi latihan dalam proses menjalankan sesuatu siasatan kemalangan...siasatan kemalangan bukannya common knowledge...per yang penting...sila beri latihan kepada individu yang dipertanggungjawabkan tentang prosedur untuk membuat siasatan kemalangan...if SHO yang berpengalaman, mungkin boleh buat internal training kpd 'team investigation'...jimat kos kan!!! At least basic info yang perlu atau wajib tahu perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam melakukan siasatan kemalangan...

Antara maklumat penting yang perlu diketahui oleh 'team investigation' adalah :-
  • Prosedur untuk melakukan siasatan kemalangan;
  • Cara mengenalpasti punca2 kemalangan;
  • Menganalisa atau menilai punca2 yang dikenalpasti;
  • Cara menemubual saksi atau mangsa;
  • Maklumat2 penting yang perlu diketahui atau dicaridan disediakan;
  • Cara menyediakan laporan kemalangan and etc.
Hermm...info per lagi ek kena tahu agak2 nyer....tiba2 jadi blank lak otak....hermm....Actually utk memudahkan kerja investigation...biasanya SHO akan sediakan checklist investigation and borang laporan siasatan kemalangan...ini akan memudahkan kerja 'team investigation' dan utk pastikan standard nyer sama....sape yang buat siasatan just isi jer maklumat yang diperolehi dan cadangan pada borang yang mmg dh tersedia...senang kan!!

Ada sesetgh bila buat investigation report tak memasukkan maklumat yang sepatutnya...sebenarnya bila buat siasatan kemalangan nie..targetnya yang paling utama adalah untuk mengenalpasti punca penyebab kemalangan dan seterusnya mengambil langkah2 yang wajar utk mengelak insiden yang sama dari berulang di masa akan datang....

'Team Investigation' kena bagi cadangan penambahbaikan utk elak insiden sama terjadi...tapi macam biasa la..SHO akan review the accident report...double check memenuhi tak standard yang sepatutnya..penting tau investigation report nie coz kadang2 bila pihak DOSH dtg buat visit...dia org skali skala minta gak nak tgk report nie...so kena la make sure report yang disediakan mencapai matlamat atau tujuan utama sesuatu siasatan kemalangan dilakukan...

Hermm...macam biasa...kena la bagi sample Accident Investigation Report kan...hehehe..saya kasi sample utk yang belum ada lagi Accident Investigation Report later k...jgn mare...dah ngantuk lerr...byk bleh google kt internet skrang nie..yang penting kena rajin la kan surf...Oklah..gud nite...=P

Friday, June 3, 2011

Sample of Accident Notification Form

Assalamualaikum semua....

Seperti yang dijanjikan...saya nak kasi contoh "Accident Notification Form".....Klu bleh kena la ringkas sikit "Accident Notification Form" nie...coz dah nama pun just laporan awal....kena pastikan cuma maklumat-maklumat penting yang awal jer ada...jangan la sampai detail sgt until ada punca hazard, suggestion untuk improvement lak...coz maklumat tu akan disediakan di dalam laporan siasatan kemalangan lepas siasatan lanjut dilakukan oleh "team investigation" yang akan dilantik kemudian.....

Nie la contoh "Accident Notification Form" yang agak simple....


Ini just sample....bleh la tambah lagi mana-mana info yang kurang... such as umur pekerja, di mana pekerja tercedera mendapatkan rawatan, nama saksi di tempat kejadian, no telefon saksi / mangsa yang tercedera and etc...

Maklumat-maklumat awal ini adalah sangat penting kerana ia akan memudahkan kerja-kerja siasatan lanjut yang akan dilakukan oleh "team investigation" nanti...tak perlu lah pening-pening nak tanya saper saksi..and cari maklumat-maklumat berkaitan mangsa tercedera...

Hope info nie membantu korang yang belum ada sistem atau form sekiranya sesuatu insiden / kemalangan berlaku kat tempat kerja korang....klu bleh mintak2 dijauhkan ia dari terjadi.....

**~~Sharing is Caring~~**

Friday, May 27, 2011

Accident Notification

Hai...slm mlm jumaat...lama btul la saya tak up-date blog nie kan...dah ada few yg email2 minta up-date lebih kerap...hermmm....Actually mmg suka up-date blog..cuma masa tu agak terhad..hehe...sy pun keje fulltime kan..balik umah nak ngadap Mr. Hubby lg..so phm2 jer la ek...

Okey..mcm saya janji sebelum nie..saya nak explain tentang accident notification dan accident report...Apa yang saya amalkan kebiasaannya adalah bila sesuatu kemalangan berlaku..laporan awal kemalangan / accident notification perlu disediakan oleh Head of Department (HOD) atau Executive di bahagian yang terlibat kepada saya...Laporan awal adalah bertujuan memberi maklumat awal kpd SHO atau pihak pengurusan tentang sesuatu insiden / kemalangan yang berlaku di tempat kerja...

Di antara maklumat awal yang perlu diberitahu adalah :-
(a) Jenis Insiden / Kemalangan, Lokasi dan masa kejadian ;
(b) Maklumat peribadi mangsa yang tercedera ;
(c) Jenis kecederaan yng dialami ;
(d) Apakah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian ;
(e) Maklumat pelapor.

Contoh laporan awal adalah seperti berikut :-
Herm...tak leh nk up-load lak sample form nyer..donno why lol..later sy up-load bila dh ok nnt..