Friday, December 12, 2014

Ergonomik

Hi....dah lama saya tak update blog....agak busy dengan research project since few months ago.... Kali ni saya cuma nak bercerita bab ERGONOMIK.....isu ini jarang sgt ditekankan di tempat kerja.....

ERGONOMIK bermaksud rekaan sesuau mesin atau produk yg disesuaikan dengan manusia. Prinsip asas ergonomik adalah untuk menyesuaikan sesuatu tugasan, peralatan, persekitaran atau kemudahan dengan seseorang pekerja. 



Faktor ergonomik boleh menyebabkan tekanan kepada otot, sendi, tendon dan ligamen. Kebiasaannya seseorang individu akan berasa sakit pada pinggang, belakang badan, leher, tangan dan mata (disebabkan tekanan).





Isu ergonomik kerap terjadi terutama melibatkan operator di kilang yang sering membuat kerja yang sama berulangkali......


Tak nak citer panjang....aper kata korang tgk jer video kt bawah nie untuk lebih faham pasal ergonomik dan cara2 nak tangani isu ergonomik di tempat kerja.....



Friday, January 10, 2014

Penguatkuasa Dirempuh Semasa Menjalankan Tugas!!!

Dah lama tak update blog....gara2 kesibukan melampau....Kali nie nak share pasal kemalangan yang sering menimpa penguatkuasa semasa menjalankan sekatan di jalan raya....Korang pun mesti kerap terbaca dlm akhbar...

Keratan Akhbar Sinar Harian Januari 2014

Keratan Akhbar Metro April 2011

Banyak lg kes yang sering terbaca dlm akhbar....Antaranya kes anggota polis dirempuh mat rempit semasa menjalankan operasi....

Safe Operating Procedure (SOP) mungkin telah ada untuk operasi sebegini...Namun, bila masih byk kemalangan sebegini terjadi....Maka, SOP perlu ditambahbaik utk memastikan insiden sebegini tidak berulang....Perbaiki kelemahan yang ada dlm SOP....Fikirkan langkah kawalan yang lebih efektif untuk menangani bahaya ini....

P/S : Antara kes kemalangan yang perlu dilaporkan kepada pihak DOSH....Kecederaan semasa sedang menjalankan tugas....Isi borang JKKP 6 dan JKKP 8....


Sunday, October 13, 2013

Safety at FunFair @ Amusement Park

LB teringat kenangan kecik2 dulu...bila arwah abah slalu bwk gi "funfair"....Punya la excited bila dpt gi "funfair"....Malam2 jer biasanya "funfair" dibuka....Sbb if siang hari panas kan....Biasanya dibuat di kawasan lapang....

Tp masa kecik fikir nak main jer....Seronok dengan suasana kt "funfair"...terang benderang dgn lampu yang warna warni....Dulu tak mcm skrang...ada byk pilihan taman tema...Tp kebiasaannya "funfair" jd pilihan sbb nak main games kt sini tak mahal sgt....Tak sama mcm masuk "Sunway Lagoon"...Universal Studion Singapore (USS) and etc..etc....Klu orang yang anak ramai n kurang berkemampuan....Biasa "funfair" jd pilihan.... 

Sedih lak tetiba bila terkenang arwah my dad....Bwk anak2 gi "funfair" sbb nak buatkan anak2 nyer happy....I luv my dad!!!

Gambar sekadar hiasan

Bila LB dah kerja bidang OSH nie....Mula terfikir sebenarnya keselamatan tu sgt penting dlm semua perkara dibuat...Keselamatan semasa kerja...semasa di rumah...di jalan raya...masa bergembira...semua kena ambik kira bab keselamatan....Andai kata kita lalai seketika....Mungkin akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup....


LB nak kongsi kes yang terjadi di Sarikei....Moga jadi iktibar pada kita supaya lebih berhati2 semasa membawa ahli keluarga ke taman tema / "funfair"....Buat syarikat yang menguruskan aktiviti ini...Perlu juga memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan....Pastikan setiap pengguna faham aspek keselamatan yang perlu mereka patuhi....