Saturday, October 12, 2013

Pintu Rintangan Api

Aahhaa....just nak share perkara yang sering kali dipraktiskan kt tempat kerja....Kekdg bleh jmpa gak perbuatan ni kt hospital2...kilang2 n premis2 tempat kerja yang lain....



Perbuatan suka adang pintu rintangan api dengan "fire extinguisher"....Al-kisah sbb nak mudahkan lalu lalang....Laluan orang keluar masuk...kan lebih mudah dibiarkan terbuka jer....Itu la mentaliti pada sesetgh org....


Kekdg org nie tak faham....Tujuan dipasang pintu rintangan api....Dh namakan pintu rintangan api kan....Tujuan nk menghalang api...Memberi lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya terjadi sesuatu kebakaran....


Moga kejadian sebegini menjadi iktibar pada kita....Belajar dari kejadian yang dh terjadi akan perkara ini tak terjadi di tempat kerja anda....Sila ikut arahan lps nie....Pastikan Pintu Rintangan Api Sentiasa Ditutup.....

Thursday, September 26, 2013

Hazardous Chemical

Hazardous chemical @ bahan kimia berbahaya perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan insiden yg boleh membahayakan pekerja dan org awam....



Aahh...malas nk citer pjg2...baca la kisah kt keratan akhbar tu....Ambik iktibar dari insiden yg dh terjadi so that kes gini tak terjadi kt tmpt keje korang....

Korang fikir la sendiri apa kaedah sesuai utk mengelakkan insiden mcm nie terjadi kt tmpt keje korang.....Jgn sesuka hati campak hazardous chemical sesuka hati k...

LB dah ngantuk sesgt....tak ada mood nk karang panjang2....Goodnite!!! ZzZzZz

P/S : Esok meeting....hopefully tak terbabas tido smpai tengahari....Opppsss....

Wednesday, September 25, 2013

Pergi Balik Kerja Dengan Selamat!!!!

Aahhh....just nk share keratan akhbar yg LB baca pagi nie....Isu yang sesetgh organisasi tak pernah nk ambik kira sgt....Biasanya cuma prihatin dgn keselamatan dan kesihatan dalam kawasan tmpt kerja sahaja....

Merujuk kepada keratan akhbar ini....Nampk gayanya perlu la sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan semasa pergi dan balik kerja....


Sesungguhnya pekerja adalah aset sesebuah organisasi....Satu kerugian besar sekiranya kehilangan pekerja mahir yg telah dilatih dlm melaksanakan tugas.....

Biasanya sesetgh organisasi ada buat program balik kampung dengan selamat semasa sambutan perayaan seperti Hari Raya dan Chinese New Year.....Mungkin program sebegini perlu dilaksanakan secara berterusan....=)