Friday, September 6, 2013

Senario Kecemasan

Haiii....hari ni LB nak bercerita bab kecemasan...bila sebut kecemasan...Slalu org akan anggap kecemasan cuma semasa kebakaran....Tp pernahkah kita terfikir yang kecemasan terdapat byk jenis dan dlm pelbagai bentuk dan keadaan....Cara menangani sesuatu kecemasan adalah berbeza2 mengikut keadaan dan situasi....

Antara jenis-jenis kecemasan adalah :-
1. Kebakaran 
2. Banjir
3. Letupan
4. Kebocoran bahan kimia
5. Serangan binatang buas / gangguan luar
6. Ancaman bom
7. Ribut / Bencana alam
8. Pergaduhan / mogok
9. Terputus bekalan elektrik @ blackout dalam bangunan pd waktu malam....
10. Lain-lain situasi2 yg berkemungkinan terjadi bergantung dengan tempat kerja....

Just nak share keratan akhbar yang LB baca hari nie...iaitu insiden histeria yang terjadi di sebuah sekolah yang melibatkan lebih dari 100 orang...


Senario ini merupakan salah satu kecemasan... Tempat kerja yang berisiko menghadapi senario histeria perlu menyediakan satu pelan kecemasan sekiranya insiden ini terjadi....Histeria bukan hanya terjadi di sekolah...Biasanya kes ini juga terjadi di kilang2....Pernah terjadi insiden histeria di tengah malam pada operator2 kilang yang beroperasi 24 jam....

Pengurusan sesuatu tempat perlu la memikirkan kaedah yang perlu diambil untuk menangani kecemasan di tempat kerja....If buat latihan kecemasan tu jgn la plak asyik buat kes kebakaran jer...Pelbagaikan senario kecemasan...Baru la staff tak bosan bila buat latihan kecemasan...=)

P/S : Bila jmpa client...LB slalu berpesan...bkn semua kecemasan kena berkumpul di tempat berkumpul @ assembly area....=)






Sunday, September 1, 2013

Hazard Elektrik di Tempat Awam

Haiii....dah lama tak update blog nie....hehehe....Dah hujung Syawal baru ada masa free....

Kali nie nak share pasal hazard yang mungkin kita tempuhi masa di tempat awam....Antaranya adalah hazard elektrik....Petang tadi sempat la menggunakan perkhidmatan komuter....Sy antara individu yg sering menggunakan perkhidmatan awam.....

Suasana agak lengang pada waktu nie....

Waktu nie hujan agak lebat....hazard yg sy nak share adalah tentang kebocoran bumbung....Air hujan membasahi peralatan elektrik yang sedang berfungsi....Kalau just tempias tak kisah sangat....Tapi kipas yg tengah berpusing nie dimandi dengan pancuran air hujan.....hermmmm....Mungkin hazard pada org awam agak rendah coz kipas nie terletak agak tinggi....Tp since peralatan elektri dh bermandi pancuran air hujan...Sy tak rasa keadaan tersebut selamat....

Sebagai pihak pengurusan sesuatu tempat...kita perlu pastikan keselamatan pekerja kita dan org awam terjamin....=)




Thursday, June 20, 2013

Maut Terkena Renjatan Elektrik di Ladang Sawit

Pepagi nie bila selak akhbar Sinar Harian....terbaca kes kemalangan pekerjaan di mana pekerja ladang maut terkena renjatan elektrik semasa mengait buah sawit.....hermmmm


Tentu korang masih ingat post LB yang lepas pasal Hazard Fizikal Di Ladang Sawit. Sesungguh nyer sgt penting untuk mengenalpasti apa hazard yang ada di tempat kerja....budaya pencegahan itu perlu diterapkan dari awal... Jgn smpai bila terjadi kemalangan baru nak menyesal....Masa tu menyesal pun dah tak guna lagi....Nyawa sgt bernilai...Tak boleh dibeli dengan wang ringgit....

P/S : Sama-sama lah kita mengamalkan budaya kerja selamat....Plz do the risk assessment at your workplace A.S.A.P!!!