Friday, June 7, 2013

Struktur Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh!!!!

Gempar insiden sebahagian struktur jambatan ke-2 Pulau Pinang yang runtuh.....Nasib baik masih dalam proses pembinaan...If dh siap then runtuh masa org awam sedang guna...lagi la kecoh....

Projek yang bernilai berbillion ringgit yang sepatutnya menjadi kebanggaan kontraktor utama sekiranya berjaya disiapkan tanpa insiden sebegini terjadi....

Apa2 pun..."nasi sudah menjadi bubur"....Moga insiden ini menjadi iktibar buat semua kontraktor2....Nak komen lebih2 pun tak leh....tunggu jer la hasil keputusan siasatan nyer nnt...






Thursday, June 6, 2013

Sport Vs Safety

Sedih bila baca kisah ahli sukan yg maut semasa aktiviti latihan berbasikal....Sesungguhnya ini satu kerugian pada negeri dan negara...

Pada pendapat LB.....perkara ini perlu dipandang serius....Ini bukanlah insiden pertama kali melibatkan kes maut semasa latihan berbasikal....Sebelum ini ada insiden sama terjadi sekitar Putrajaya....

Berdasarkan pengalaman LB sendiri...Pernah terserempak pelumba2 basikal membuat latihan di atas jln raya....Berbasikal secara berkumpulan secara rapat....Waktu pulak time jalan orang awam berpusu2 nak balik keje....Sometimes without marshal mengawal pergerakan mereka....Keadaan ini membahayakan diri sendiri dan pengguna jln raya yg lain...

Sesungguhnya langkah atau prosedur selamat semasa aktiviti latihan berbasikal di atas jln raya perlu diwujudkan...Sekiranya prosedur tu dah wujud....Kajian perlu dilakukan untuk menambahbaik aspek safety yg sedia ada....





Berita penuh pada keratan akhbar Metro bertarikh 06/06/2013



Tuesday, June 4, 2013

Maklumat Pada Borang JKKP 6

Hollaaaa......hari nie semangat skit nak buat keje2 update info untuk pembaca blog nie....hehehe....

Kali nie saya nak share apa maklumat yang sepatutnya korang isi bila terjadinya kemalangan atau kejadian berbahaya kat tempat keje korang....

Borang JKKP 6 perlu dihantar dalam masa 7 hari jika berlaku : -
  • Kemalangan maut 
  • Kecederaan serius 
  • Masuk wad lebih daripada 24 jam
  • MC lebih dari 4 hari 
  • Kejadian Berbahaya - Merujuk kepada Peraturan 5, Jadual Pertama dan Jadual Kedua NADOPOD
Sila klik pada gambar klu nak nampak lebih jelas

Diharapkan penerangan saya jelas berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang perlu diisi pada borang JKKP 6....Yang bertanya melalui email pada saya....harap korang berpuas hati dengan maklumat nie... ^__^