Sample of SHO Monthly Report as what I promise before....cuma sorry coz terlambat ckit....busy sgt awal2 tahun nie...faham2 jer lah....byk perkara nak kena buat bila masuk tahun baru...di sini saya berikan contoh laporan bulanan yang perlu disediakan oleh SHO seperti kehendak di bawah Peraturan 19, Peraturan-peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997....
Tuesday, January 18, 2011
Saturday, January 8, 2011
SHO Monthly Report
Esok dah 9hb Jan. 2010, maksudnya isnin nie kena hantar laporan SHO kepada majikan. Pasti semua SHO tahu tentang tanggungjawab ini.
Laporan berkaitan dengan aktiviti2 SHO kepada majikan perlu dihantar sebelum 10hb setiap bulan. Ini adalah seperti kehendak dibawah Peraturan 19(1), Peraturan2 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997.
Berkaitan dengan Laporan Bulanan SHO, pasti semuanya menyediakan laporan dan format yang berbeza-beza. Yang pasti 9 elemen2 penting seperti di bawah Peraturan 19(2), Peraturan2 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997 perlu dimasukkan di dalam laporan tersebut.
Diantara elemen2 tersebut adalah :-
(1) Tindakan yang diambil untuk mematuhi akta & peraturan;
(2) Cara wujudkan tempat kerja yang selamat & sihat;
(3) Statistik kemalangan yang terjadi pada bulan tersebut;
(4) Hazard yang ada di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan;
(5) PPE atau preventive action yang perlu diambil atau dikehendaki untuk mengawal / mengurangkan risiko;
(6) Mengesyorkan apa2 perubahan pada struktur atau susun atur kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
(7) Aktivit2 yang menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
(8) Perkara2 berbangkit yang belum selesai daripada laporan terdahulu; dan
(9) Perkara lain berhubungan dengan keselamatan & kesihatan pekerja di tempat kerja.
Selain daripada elemen2 di atas, SHO boleh memasukkan elemen2 lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Hermm....contoh laporan bulanan akan saya berikan kemudian...if just explain without sample, rasanya susah juga untuk orang yang tak pernah buat report ni nak faham...yang pasti masa saya ambil exam SHO dulu, soalan berkaitan laporan SHO yang ditanya.....hehehe.....kerja rutin yang dibuat, so masa exam tu dapat menjawab dengan sukses...hehehe....Neway, I will give the sample of SHO monthly report tomorrow nite.... okey lah..thats all for today....
Tuesday, January 4, 2011
Kewajipan Menghantar Borang JKKP 8
Awal tahun yang amat bz....lupakan sementara pasal topik manual OHSAS 18001, SOP & WI....tak sempat nak mengarang ayat yang sesuai...Saya pasti semua SHO di luar sana pun tgh sibuk merancang aktiviti S&H sepanjang tahun 2011...ditambah dengan aktiviti rutin menyediakan laporan bulanan SHO sebelum 10hb nie....
Anyway, dalam tgh sibuk2 nie...jgn terlupa pulak hantar maklumat JKKP 8 sebelum 31hb Januari 2011 ke JKKP Putrajaya / JKKP Pejabat Negeri....JKKP 8 nie adalah rekod kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku sepanjang tahun 2010 di tempat kerja masing-masing..
JKKP 8 perlu dihantar seperti kehendak di bawah Peraturan 10(3) NADOPOD 2004....Kegagalan mematuhi peraturan ini penaltinya adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali....
Borang JKKP 8 boleh dimuat turun di laman web rasmi JKKP / DOSH...Guideline berkaitan dengan JKKP 8 juga boleh diperolehi melalui web tersebut...
Pada masa ni lah kena buat calculation LTI...teringat kenangan masa ambik exam SHO..kena buat pengiraan berkaitan LTI pada borang JKKP 8...pening juga masa mula2 dulu coz jarang sgt2 buat calculation nie...untuk bakal2 SHO yang nak ambik exam SHO...kena la tahu yer pasal calculation nie...faham konsep nya...jgn menghafal rumus tau...
Bila dah jadi SHO nie...all calculation nie akan jd perkara rutin...data yang perlu dimasukkan dalam report bulanan SHO setiap bulan...lebih mudah come out dengan statistik kemalangan / keracunan every month....nanti memudahkan kerja bila nak isi borang JKKP 8...
Jangan lupa yer kawan2 untuk hantar borang JKKP 8...Walaupun tak ada kemalangan / keracunan pekerjaan yang nak dilaporkan, JKKP 8 tetap perlu dihantar.....sempat lagi utk buat...masih ada 3 minggu sebelum 31hb Jan 2011.... =P
Subscribe to:
Posts (Atom)

