Friday, December 10, 2010

PeNGuSaHa DodoL Maut JatuH KawaH.....


Al-fatihah buat allahyarham...ucapan takziah kepada keluarga mangsa...moga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian daripada-Nya....

Kejadian yang berlaku ini membuktikan bahawa sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) juga terdapat bahaya-bahaya yang boleh menyebabkan maut. Pada masa kini, kebanyakan industri IKS telah menggunakan pelbagai jenis mesin / jentera dalam mengendalikan perniagaan seharian...aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di sektor IKS tidak boleh dipandang remeh kerana sebarang kecuaian / kelalaian boleh mengundang padah...


Berikut saya berikan tip-tip berkaitan aspek keselamatan & kesihatan yang perlu diberi perhatian semasa mengendalikan mesin / jentera di tempat kerja :-


1. Pastikan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. Contohnya seperti safety shoes, google, mask, glove dan lain-lain. PPE yang digunakan perlulah sesuai dengan aktiviti kerja yang dilakukan.


2. Sekiranya mengendalikan mesin yang terdapat bahagian berputar /bergerak, sila pastikan bahagian yang berputar / bergerak dipasang pengadang yang dapat menghalang anggota badan terkena bahagian mesin yang sedang bergerak.


3. Garisan kuning pada lantai mungkin boleh diadakan untuk memastikan pekerja tidak berada terlalu hampir dengan mesin atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga atau peringatan kepada pekerja tentang bahaya berdekatan mereka.


4. Pastikan pekerja tidak memakai baju yang longgar atau elakkan tudung / rambut yang mengurai yang mungkin boleh menyebabkan bahagian pakaian yang longgar tersebut termasuk ke dalam mesin yang sedang bergerak / berputar. Tudung atau rambut perlu dikat dengan kemas semasa mengendalikan mesin. Elakkan bahagian yang menjulur pada pakaian / rambut.


5. Elakkan memakai rantai, gelang, cincin atau jam tangan semasa mengendalikan mesin. Ini bagi mengelakkan aksesori tersebut tersangkut pada mesin.


6. Pastikan butang "emergency stop" mudah dicapai dan dilabel dgn jelas. Ini bagi memastikan tindakan pantas dapat dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.


7. Pastikan permukaan lantai di sekeliling mesin tersebut kemas, bersih dan tidak berair / licin.


8. Wayar elektrik disekeliling mesin hendaklah diletak dengan kemas bagi mengelakkan kejadian tersadung atau wayar tersebut terkena air atau permukaan lantai yang basah.


9. Latihan untuk mengendalikan mesin perlulah diberikan kepada pekerja. Prosedur mengendalikan mesin perlulah ditampalkan pada mesin atau berhampiran mesin tersebut sebagai langkah peringatan kepada pekerja.

Monday, November 29, 2010

PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

Kecemasan / bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan / bencana akan merugikan syarikat dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain. 

Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah syarikat memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut kepada syarikat :-
  • berupaya mengawal keadaan kecemasan / bencana.
  • mengurangkan kadar kerosakan harta benda.
  • mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan teruk.
Di sini LadyBos berikan sedikit garis panduan asas untuk membangunkan ERP di tempat kerja :-

1. Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan tindakan segera seperti pengusian (evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah :-
  • Kebakaran
  • Letupan
  • Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
  • Banjir
  • Ancaman bom
  • Gempa bumi
  • Terperangkap di dalam lif


2. Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu :-

  • Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan lain-lain.
  • Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.



  • Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja / pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja.
  • Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek-objek lain.

3. Mengenalpasti agensi yang perlu dihubungi sekirannya berlaku kecemasan / bencana. 
  • BOMBA
  • Polis
  • Hospital
  • Jab. Alam Sekitar 

4. Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah :-

  • Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);
  • First Aider Team;
  • Emergency Commander;
  • Liaison Officer;
  • HR Officer and etc.


Contoh Struktur Organisasi ERT


5. Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini.

6. Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).


7.  Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api.





8. Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.
 
9. Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.




Thats all basic info related with ERP at workplace. Detail will be discuss later in next session... =P

Thursday, November 25, 2010

PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI TEMPAT KERJA

Pengurusan bahan kimia yang baik di tempat kerja adalah penting terutamanya jika tempat tersebut mengguna, mengendali atau menyimpan bahan kimia yang berbahaya di tempat kerja. Soalan berkaitan pengurusan bahan kimia sering menjadi topik yang sering ditanya semasa menduduki peperiksaan SHO.  Cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja boleh diibaratkan seperti pepatah melayu iaitu “ Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad”.

Pengurusan bahan kimia di tempat kerja perlu dilakukan secara berperingkat mengikut turutan dari peringkat awal hingga akhir iaitu :-
a) Proses penempahan / pembelian bahan kimia; 
b) Proses penerimaan bahan kimia daripada pembekal;
c) Proses penyimpanan bahan kimia;
d) Proses semasa penggunaan bahan kimia;
e) Proses pelupusan sisa bahan kimia (schedule waste).

Disebabkan oleh pengurusan bahan kimia adalah secara berperingkat, maka perumpamaan "Dari Buaian ke Liang Lahad" digunakan untuk menjelaskan betapa perlunya pengendalian bahan kimia dilaksanakan secara tersusun di tempat kerja.

Pengurusan bahan kimia adalah perlu seperti kehendak Peraturan USECHH 2000 dan CPL 1997.

Prosedur-prosedur / Cara-cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia dan kuantiti yang dikehendaki. Merujuk kepada Akta AKKP 1994 (Peraturan USECHH 2000) untuk memastikan klasifikasi bahan kimia tersebut perlu mematuhi mana-mana peraturan di bawah AKKP 1994.
  • Sila pastikan CSDS bahan kimia dibekalkan oleh pembekal bahan kimia.


2. Prosedur semasa penerimaan bahan kimia daripada pembekal :-
  • Memastikan label bahan kimia adalah betul dan dalam keadaan baik.
  • Memastikan bekas bahan kimia dalam keadaan baik dan tidak bocor.
  • Memastikan pembekal membekalkan CSDS bahan kimia kepada pengguna. Maklumat CSDS perlulah mengikut kehendak USECHH 2000.





3. Rekod Pendaftaran Chemical di tempat kerja
  • Borang “Chemical Register” boleh dimuat turun di lamanweb JKKP. Contoh borang “ Chemical Register”.


4. Prosedur penyimpanan bahan kimia.
  • Merujuk tentang cara penyimpanan melalui CSDS bahan kimia tersebut;
  • Sekiranya menggunakan forklift / jentera untuk mengangkat bahan kimia tersebut, sila pastikan prosedur yang betul digunakan untuk mengangkat bahan kimia.
  • Mengamalkan konsep “first in, first out” untuk memastikan bahan kimia tidak luput tarikh tempoh penggunaan;
  • Sistem pengudaraan di bilik penyimpanan bahan kimia (sekiranya perlu – rujuk CSDS @ cadangan daripada assessor CHRA);
  • Label / simbol amaran pada setor bahan kimia. Mengikut jenis bahaya bahan kimia.


5. Prosedur semasa mengguna / mengendali bahan kimia.
  • Memberi latihan kepada pekerja tentang prosedur mengendalikan bahan kimia tersebut dan memastikan rekod latihan disimpan.
  • Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dan mengikut standard;
  • Langkah-langkah mengendalikan bahan kimia (proses kerja) dipamerkan di tempat kerja.


6. Prosedur semasa melupus sisa buangan bahan kimia (schedule waste).
  •  Label sisa buangan terjadual yang betul. Rujuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. http://www.doe.gov.my/ms/content/akta-kualiti-alam-sekeliling-1974
  • Bekas simpanan yang betul dan sesuai untuk sisa buangan terjadual;
  •  Tempoh simpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi 180 hari;
  • Pelupusan bahan kimia oleh kontraktor yang diiktiraf untuk melakukan kerja pelupusan sisa bahan kimia berjadual.


7. Permonitoran bahan kimia.
  • Penyediaan CHRA report oleh assessor yang kompeten.
  • Assessor perlu membentangkan keputusan laporan yang telah disediakan kepada pemilik tempat kerja;
  • Pendedahan permonitoran bahan kimia kepada pekerja dilakukan sekiranya terdapat cadangan daripada assessor.


8. Permonitoran kesihatan pekerja.
  • Melakukan medical surveillance kepada pekerja yang terdedah kepada bahan kimia;
  • Medical surveillance yang bersesuaian adalah berdasarkan cadangan daripada assessor CHRA contohnya Lung Function Test, Blood Test, Urine test and etc.




USECHH 2000 – Peraturan-peraturan keselamatan & kesihatan pekerjaan (Penggunaan & standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan 2000.

CPL 1997 – Peraturan-peraturan KKP (Pengelasan, pembungkusan & pelabelan bahaya kimia berbahaya) 1997.

CHRA – Chemical Health Risk Assessment.