Wednesday, January 3, 2018

Happy New Year 2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua........

Hopefully semua sihat2 belaka di Tahun Baru 2018....Permulaan tahun baru yang sangat sibuk dengan urusan keluarga dan kawan2.....Celebrate New Year....

Anyway....Tahun nie jadual saya agak free....InsyaAllah akan ada masa untuk update blog ni lebih kerap....2-3 tahun kebelakangan ni agak sibuk dengan study....Since dah konvo.....jadual lebih relaks sikit....Rindu btul nak blogging....Menulis dan share info dengan follower yang baca blog ni....So korang doa la saya intiqomah update blog nie....hehehehe....

Utk follower yang hantar email....sebahagian sy dh reply....sebahagian yg sy x sempat reply sy minta maaf....yg sy tak reply biasanya soalan yg sy dh jawab and info korang boleh cari jer sendiri tru google.... =)

Hopefully tahun 2018 akan membawa lebih rahmat dalam hidup kita semua ke arah yang lebih baik...InsyaAllah....


Wednesday, October 4, 2017

OSHA di Hati Pekerja

Assalammualaikum...Hello....Haii....

Malam ni sesi luah perasaan....hahaha....boleh la kan...sbb blog sendiri.....Actually berkaitan dengan program-program yang dianjurkan....beberapa program anjuran beberapa pertubuhan (opsss...bukan semua yer....sebahagiannya sahaja)....

Isu ini berkaitan bila program yang dianjurkan selalunya bercerita bab basic OSHA...Keperluan akta dan perundangan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, NADOPOD dan sebagainya....yang basic2 semuanya.....Bukanlah nk ckp saya expert bab OSHA....Cuma sy rasa OSHA dah lebih 23 tahun dikuatkuasakan....Kenapa bila event libatkan wakil pekerja dalam pertubuhan....masih bercakap benda basic....perumpamaan macam 23 tahun tapi masih peringkat mengenal abjad ABC.....

Related image

Tempoh usia 23 tahun itu sepatutnya dah cukup matang untuk menilai dan bergerak ke fasa yang lebih tinggi. Pekerja sepatutnya dah faham hak-hak pekerja yang termaktub dalam OSHA 1994. Bukan masih merangkak nak tahu perkara asas dalam OSHA 1994. Kalau yang dilantik mewakili pekerja masih nk memahami level asas OSHA, so boleh agak setakat mana dia orang akan fight bagi mewakili pekerja dalam organisasi....

Byk isu melibatkan pekerja cuma kadang-kadang pekerja masih tak faham isu yang macam mana dalam OSHA yang perlu diberi keutamaan dan dibincangkan.

Just wait and see setakat mana objektif OSHMP2020 akan tercapai. Byk program dilaksanakan namun setakat mana kesedaran di kalangan pekerja bawahan berkaitan OSHA dapat ditingkatkan. Setakat mana kesedaran OSHA wujud di hati para pekerja.

Wakil-wakil pekerja perlu melangkah ke peringkat lebih tinggi untuk membincangkan isu-isu lebih kritikal berkaitan OSH. Bukan masih di takuk baru nk merangkak mengenal OSHA.



Wednesday, September 27, 2017

Kempen Kesedaran Keselamatan Penggunaan Lif dan Eskalator.....LIFE

Assalammualaikum....haiii.....malam ni LB rajin sgt nk reply email yg diterima....thanks kepada yg support blog nie....byk juga email2 yg terlepas pandang and tak sempat reply sblum nie....

Kali ni LB nk bercerita bab kempen LIFE yg diadakan oleh JKKP....kempen LIFE ini diadakan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak....Target program ini adalah di hypermarket atau pasaraya yang menjadi tumpuan org ramai.....sudah semestinya tujuan program ini untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan lif dan eskalator....

So....LB just nk share few of the phamplet yg diperolehi daripada program tersebut utk makluman semua.....LB mmg suka kumpul phamplet2 info berkaitan dgn OSH....boleh dpt idea mcm mana nk smpaikan maklumat kepada pekerja....Info yg mcm mana nk kena bagi n etc etc.....lagi satu senang nak tunjuk kt student atau junior2....Bila nk ajar freshie berkaitan OSH....kena tunjuk sample n guide them....baru dia org dpt idea mcm mana nk buat kan.... =)

Tak rajin LB nk scan satu2....hehehe....snap photo saja la....