Saturday, January 8, 2011

SHO Monthly Report

Esok dah 9hb Jan. 2010, maksudnya isnin nie kena hantar laporan SHO kepada majikan. Pasti semua SHO tahu tentang tanggungjawab ini.

Laporan berkaitan dengan aktiviti2 SHO kepada majikan perlu dihantar sebelum 10hb setiap bulan. Ini adalah seperti kehendak dibawah Peraturan 19(1), Peraturan2 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997.

Berkaitan dengan Laporan Bulanan SHO, pasti semuanya menyediakan laporan dan format yang berbeza-beza. Yang pasti 9 elemen2 penting seperti di bawah Peraturan 19(2), Peraturan2 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997 perlu dimasukkan di dalam laporan tersebut.

Diantara elemen2 tersebut adalah :-

(1) Tindakan yang diambil untuk mematuhi akta & peraturan;

(2) Cara wujudkan tempat kerja yang selamat & sihat;

(3) Statistik kemalangan yang terjadi pada bulan tersebut;

(4) Hazard yang ada di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan;

(5) PPE atau preventive action yang perlu diambil atau dikehendaki untuk mengawal / mengurangkan risiko;

(6) Mengesyorkan apa2 perubahan pada struktur atau susun atur kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

(7) Aktivit2 yang menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

(8) Perkara2 berbangkit yang belum selesai daripada laporan terdahulu; dan

(9) Perkara lain berhubungan dengan keselamatan & kesihatan pekerja di tempat kerja.

Selain daripada elemen2 di atas, SHO boleh memasukkan elemen2 lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Hermm....contoh laporan bulanan akan saya berikan kemudian...if just explain without sample, rasanya susah juga untuk orang yang tak pernah buat report ni nak faham...yang pasti masa saya ambil exam SHO dulu, soalan berkaitan laporan SHO yang ditanya.....hehehe.....kerja rutin yang dibuat, so masa exam tu dapat menjawab dengan sukses...hehehe....Neway, I will give the sample of SHO monthly report tomorrow nite.... okey lah..thats all for today....

5 comments:

  1. salam tuan ,
    boleh saya dapatkan contoh laporan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh laporan....hermmm.....Mcm laporan biasa jer...with some attachment...picture and etc...etc....

      Delete
  2. http://workshop-oshe.blogspot.com/2011/01/sample-safety-health-monthly-report.html

    ReplyDelete
  3. Hii, I'm Sudharshan internship student of safety and health. I would like to ask you about the man hours calculation steps. If you don't mind can you share me the calculation. It will be helpful for my studies. Thank you

    ReplyDelete