Saturday, January 1, 2011

HaPPy NeW YEaR 2011

Dah lama saya tak up-date my blog...hujung tahun suppose lebih relaks dan masa utk habiskan cuti tahunan...but lain pulak ending tahun nie...my schedule terlalu padat dgn aktiviti2 di ofis...analyze 2010 KPI and performance and planning for 2011 objectives and targets....hermm...Today, baru ada masa utk relaks dan tenangkan fikiran...

Neway, saya agak terkejut dengan berita kematian pelakon faizal yusoff (ex-hubby penyanyi Siti Nordiana)...pada umur 33 tahun past away coz sakit jantung...satu peringatan kepada diri saya dan semua yang ajal maut tidak mengira umur...lepas nie saya perlu lebih sayangkan diri...elakkan stress di tempat kerja dan tingkatkan kesihatan diri....

Rasanya belum terlewat utk saya wish Happy New Year 2011 to all of you...

Apakah target tahun baru 2011 rakan2 seperjuangan?? Seperti yang kita ketahui, penutup tahun 2010 digemparkan dengan terlalu banyak insiden atau kemalangan yang melibatkan aktiviti pekerjaan dari pelbagai sektor....diantaranya adalah :-
  • Kejadian kemalangan melibatkan pengangkutan awam iaitu bas ekspress / bas persiaran....namun yang paling meninggalkan sejarah adalah kes kemalangan bas persiaran yang terjadi di simpang pulai pada 20/12/2010 hingga menyebabkan 28 orang terkorban...
  • Kejadian helikopter terhempas yang melibatkan pelatih juruterbang unit udara PDRM yang berlaku di Malim Nawar, Perak pada 15/12/2010...
  • Kebakaran yang terjadi di sektor petroleum dan gas..iaitu kebakaran yang terjadi di Platform Bekuk C, Petronas Carigali pada 15/12/2010 dan seterusnya disusuli dengan kes kebakaran yang berlaku di Aromatics Malaysia Sdn Bhd pada 24/12/2010 yang disebabkan oleh kebocoran paip...
Bagi semua pengamal OSH di seluruh Malaysia...pasti ini bukanlah sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan...sempena tahun baru 2011 ini, moga semua pengamah OSH / majikan / pekerja dan semua pihak akan berusaha untuk meningkatkan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...Safety First...Its Begin From You...



No comments:

Post a Comment