Friday, January 28, 2011

Safety & Health Commitee (SHC) / Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan

Topik seperti yang dijanjikan....SHC / JKK....hermmm....rasanya semua SHO dah tahu tentang keperluan mematuhi Seksyen 30 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994)...namun masih ada beberapa majikan terutamanya daripada industri IKS atau yang tidak mempunyai SHO di tempat kerja tidak mengetahui tentang keperluan ini....
Sebelum ini, kita telah membincangkan tentang 10 industri yang perlu mematuhi AKKP 1994...maka industri terbabit perlu mewujudkan SHC / JKK di tempat kerja jika :-
  • Jumlah kerja melebihi 40 orang atau ;
  • Mendapat arahan daripada Ketua Pengarah JKKP kebiasaannya industri yang terdedah kepada risiko yang tinggi seperti tapak bina akan diminta mewujudkan SHC/JKK walaupun jumlah pekerja kurang daripada 40 orang....
Ahli-ahli yang sepatutnya ada di dalam SHC / JKK adalah seperti berikut :-
  • Pengerusi 
  • Setiausaha 
  • Wakil Majikan
  • Wakil Pekerja
Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan
*Note : Sho / pihak pengurusan perlu menyediakan carta organisasi SHC dan pamerkan di tempat kerja supaya semua tahu siapa wakil SHC yang dilantik.


Perlantikan wakil majikan kebiasaannya telah ditetapkan dimana kebiasaannya adalah dikalangan Section Head / Executive....untuk wakil pekerja lantikan oleh dibuat secara undian...namun kebiasaan yang sentiasa dipraktiskan adalah secara paksa rela...hehehe....

Selepas ahli SHC / JKK telah ditentukan...maka kena la bagi surat lantikan...it is important okey!! Bagi pihak majikan, surat lantikan membuktikan bahawa pihak pengurusan telah mematuhi keperluan akta dan peraturan-peraturan di bawahnya. Selain itu, untuk pihak pengurusan / SHO, you already successfully distribute / delegate few of your task to the workers...bukan bermaksud nak kurangkan tanggungjawab SHO...actually ini salah satu cara untuk meningkatkan "awareness" berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua peringkat / level pekerja di tempat kerja....supaya semua peringkat pekerja prihatin tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...

Untuk ahli-ahli yang telah dilantik, sekiranya berminat untuk menceburi bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau ingin menjadi SHO...penting untuk simpan surat lantikan ini...dengan 3 tahun pengalaman berkaitan dengan KKP, anda boleh memohon kompetensi sbg SHO...dengan syarat lulus exam SHO..not just a testimonial, perlulah laksanakan tugas dan semua dokumen boleh disimpan sebagai bukti pembabitan di dalam aktiviti S&H di tempat kerja....(Saya akan bagi contoh surat lantikan esok...cant remember mana I letak my pendrive...huhuhu)

Next....ahli-ahli dah ada...surat lantikan dah diberi...selepas ini, kena la bagi latihan kepada ahli....di sini saya senaraikan latian-latihan yang sepatutnya semua ahli SHC tahu :-
  • AKKP 1994...penting untuk tahu asas berkaitan S&H....at least perlu la tahu tentang peraturan-peraturan JKK di bawah AKKP 1994 ;
  • Setiap ahli perlu tahu fungsi penubuhan SHC ini supaya semua yang dilantika tahu tentang faedah2 yang boleh diperolehi dari kewujudan SHC ini ;
  • Setiap ahli perlu diterangkan tentang tanggungjawab sebagai SHC...apa tugas-tugas yang perlu dilaksanakan...setiap tugasan tersebut perlulah diberi latihan...contohnya...di antara tugas SHC adalah melakukan pemeriksaan di tempat kerja dan membantu melakukan siasatan kemalangan di tempat kerja....bila diberi tugasan, perlu la diberi latihan...macam mana nak buat pemeriksaan dan siasatan....I will discuss about this for next session...byk sgt nk story pasal tanggungjawab SHC...its interesting actually become SHC members...tunggu story about this k...
Akhir sekali.....mesyuarat SHC...di antara perkara-perkara penting perlu tahu pasal mesyuarat SHC adalah :-
  • Mesyuarat perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali;
  • Mesyuarat segera perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja;
  • Korum kehadiran mesyuarat adalah : Pengerusi dan setiausaha wajib ada manakala ahli perlu lah ada 2/3 kehadiran ;
  • Hanya isu berkaitan S&H sahaja yang dibincangkan....
Last but not least....penalti sekiranya gagal mematuhi akta dan peraturan mewujudkan SHC di tempat kerja adalah denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali....

Very sleepy...any typing error akan diperbetulkan later....harap maklum...zzzzzz

5 comments:

  1. perkara penting dlm SHC.. HAK PEKERJA yg sah dari aspek perundangan (Legal Representation) akan menentukan SHC Functional Validity-Issue LOCI STANDI tak boleh diketepikan bila kita pandang dari sudut CONFLICT RESOLUTION...

    ReplyDelete
  2. Masalah nya...masih ramai pekerja yang belum peka tentang hak-hak mereka sebagai pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja....

    ReplyDelete
  3. Saya nak minta tolong bagi smple surat lantikan kepada wakil majikan dan wakil pekerja..kerna kami adalah tergolong dalam IKS..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum .. sy perlu musyuarat dengn kes yg melibatkan satu kemalangan yg ditimpa pekerja, apakah tanggungjawab sebagai wakil pekerja dan wakil majikan yg sy harus bentangkan dngn kes kemalangan di mana mangsa ditimpa kayu yg sedang di angkat oleh kren

    ReplyDelete
  5. salam,

    boleh awak share cth surat pelantikan SHCmember..?

    ReplyDelete