Thursday, January 29, 2015

Masalah Ergonomik di Restoran

Haiii.....kali nie nak share berkaitan isu ergonomik lagi.....Knapa??? Sebab saya suka dgn isu begini.....macam sy ckp sblum nie.....majikan agak kurang prihatin berkaitan masalah ergonomik di tempat kerja....

Kali ini saya ambil contoh isu ergonomik di restoran....tempat yang sentiasa kita semua kunjungi......Rasanya hampir semua kita tahu.....Masih byk restoran mengamalkan kaedah mengangkat pinggan mangkuk dan gelas yang telah selesai digunakan secara manual......Takkan robot plak nk angkat pinggan kan?? Kalau di negara jepun....biasa pelanggan akan angkat dan masukkan pinggan di tempat yang telah disediakan......Tapi praktis begini jarang diamalkan di Malaysia......



Mesti korang slalu tgk pekerja angkat pinggan mangkuk mcm gambar kt atas jika berada di restoran.....Kadang2 siap kita marah lagi kalau servis lambat.....huhuhu

Kalau kedai yang sentiasa sesak.....bleh tak anda bayangkan keletihan dialami oleh pekerja.....Ada sesetengah restoran, pekerja akan mengadu masalah sakit belakang......Mungkin sesetgh akan beranggapan.....dah memang begitu kerjanya dari dulu.....Kalau tak suka kerja begini....cari kerja lain......

Sebahagian restoran telah mula prihatin berkaitan isu ergonomik di restoran......Kaedah atau cara mengemaskan pinggan mangkuk dan gelas yang telah digunakan oleh pelanggan ditambahbaik.....Sebahagian restoran mula menyediakan troli untuk memudahkan proses tersebut.....


Ini contoh yang kadang-kadang boleh kita temui di restoran.....Gambar troli nie saya ambik semasa menjalankan audit di hotel....Tahniah kepada majikan yang mula prihatin untuk mengatasi isu ergonomik di tempat kerja......Pekerja adalah aset syarikat.....Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan harus dipertingkatkan supaya kualiti kerja bertambahbaik......



No comments:

Post a Comment