Tuesday, October 9, 2012

Uji Kefahaman SHO - Part I


Hermm....pertengahan bulan oktober akan ada exam SHO...mcm mana saya tahu??? Coz ramai sgt email saya tanya contoh2 soalan past years....hermm...Secara jujurnya sy mmg tak tahu....Saya menduduki exam SHO nie dah lama...Dah tak berapa nak ingat soalan apa yang ditanya masa tu....Tapi tak la susah sgt soalan2 nya....Tak susah coz saya lulus semua paper tu dgn sekali ambik jer....hihihi....Saya boleh...anda pun mesti boleh...cuma kena rajin ckit utk study.....

Nasihat org pandaikan?? Hihihi...saya dulu pun tak study sgt...Apa yg saya praktikkan dalam tugas harian saya....Itu la yang saya jawab....

Jgn hafal tp cuba fhm....Kalau saya study dulu...saya cuma hafal sebhgn akta2 atau peraturan penting jer...then saya membayangkan saya bekerja di satu tempat kerja contoh tapak bina atau sektor pengilangan yang majikannya mmg "zero knowledge" pasal KKP....Jadi saya akan ambik satu paper and senaraikan apa tindakan saya sebagai SHO untuk memastikan aspek KKP ditingkatkan di tempat kerja dan mematuhi perundangan yang termaktub....


Hermm....saya usahakan jugak utk membuat contoh2 soalan untuk uji kefahaman anda....Ini hanya sekadar contoh untuk uji kefahaman anda k...

Jom Uji Kefahaman :-

1. Kadar kemalangan di tempat kerja anda semakin meningkat saban tahun. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, anda ditugaskan oleh majikan untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan @ "zero accident" di tempat kerja. Bagaimanakah anda akan melakukannya??

2. Terangkan fungsi-fungsi utama penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang mengikut kehendak Seksyen 31, AKKP 1994. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan atau dilaksanakan oleh jawatankuasa ini sejajar dengan fungsi-fungsi tersebut.

3. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan laporan KKP setiap bulan. Sila nyatakan apakah maklumat2 yang perlu dimasukkan ke dalam laporan tersebut.

4. Pekerja di makmal sering terdedah kepada penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Sebagai seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, anda diminta oleh majikan untuk memberi cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Senaraikan langkah penyelesaian mengikut hierarki yang ditetapkan di dalam AKKP 1994.

5. Sila nyatakan tindakan yang perlu diambik sebelum, semasa dan selepas mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan seperti kehendak perundangan.

6. Senaraikan 4 klasifikasi bahan kimia berbahaya berdasarkan kepada sifat2 kimia - fizik bahan tersebut dan 5 klasifikasi berdasarkan kesan2 bahan tersebut kpd kesihatan.

7. Senaraikan maklumat2 penting yang perlu dinyatakan pada label bekas yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

8. Merujuk kepada maklumat yang dinyatakan, anda dikehendaki membuat pengiraan LTI n etc..etc....Korang study la borang JKKP 8 tu....masa saya ambik exam dulu saya jawab soalan nie k...Ini antara soalan yang saya ingat...Tapi tak tau la kot2 giliran korang soalan nie dah tak keluar...

9. Majikan perlu menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Sila nyatakan apakah elemen yang perlu dinyatakan di dalam dasar tersebut.

Herm.....saya karang jer soalan tu...tak ikut pun turutan modul dan paper... Paper 1 (Modul 1 & 2), Paper 2 (Modul 3 & 4), Paper 3 (Workstation : Modul 1 -4) and Paper 4 (WPA)... Benda nie mesti cikgu2 korang dah bgtau masa ambik course nie.... Cikgu saya dulu tak bgtau pasal nie... Yang nie saya blajar dgn ex-bos saya yg dh lulus exam SHO...hihihi

Setakat tu jer soalan saya bleh fikir mlm nie...esok saya post lagi soalan-soalan untuk uji kefahaman anda sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan tentang KKP....



3 comments:

  1. salam..

    terima kasih atas perkongsian tips :)

    ReplyDelete
  2. kalau gagal kena byr pulak ke?? setiap exam dlm satu masa ke??

    ReplyDelete
  3. Asalam...jika gagal dalam exam sho nie brapa pulak bayaran di kenakan??
    dan exam nie dlm suatu masa ke??

    ReplyDelete