Friday, October 12, 2012

Uji Kefahaman SHO - Part II


Dekat2 exam SHO....kena buat byk latihan....hehehe....saya nak share soalan2 yang pensyarah saya pernah bagi dulu masa zaman saya study + soalan2 maser saya duduki exam nie dulu (Tak ingat sangat semua soalan nyer).....

1.Seksyen 15(2) AKKP 1994 mengkehendaki majikan mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat. Dengan perkataan anda sendiri, jelaskan apa yang anda faham dengan "sistem kerja yang selamat"
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kerja yang selamat.
(b) Bagaimana sistem kerja yang selamat dapat diwujudkan di tempat kerja?
(c) Bagaimanakah anda merumuskan sistem kerja yang selamat untuk pekerja-pekerja di organisasi anda apabila bekerja di tempat tinggi?

2. Keperluan-keperluan untuk permonitoran pendedahan pekerja atau pemonitoran orang perseorangan telah diperuntukan di bawah Peraturan Kilang dan Jentera Timah Hitam (1984), Peraturan Memproses Asbestos (1986), Peraturan Bunyi Bising (1989) dan Peraturan Habuk-Habuk Galian (1989).
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pemonitoran orang perseorangan?
(ii) Mengapakah ia penting khususnya di persekitaran pekerjaan?
(iii)Berikan langkah-langkah yang terlibat di dalam program pemonitoran orang perseorangan bagi mereka yang terdedah kepada bahan berbahaya seperti timah hitam?

3. Pengurusan bahan kimia di tempat kerja diumpama seperti "dari buaian hingga ke liang lahad". Jelaskan sistem pengurusan bahan kimia di tempat kerja seperti  yang digambarkan oleh pepatah tersebut. - Nie soalan yang masuk masa saya ambik exam nie dulu... =)

4. Terangkan bahagian-bahagian utama pada sistem pengudaraan setempat (LEV) dan nyatakan fungsi2 setiap bahagian tersebut. Nie soalan yang mmg masuk masa saya ambik exam nie dulu...semangat saya jawab...yang pasti kena lukis bentuk LEV tu....study tau... =)

5. Sebagai seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di sebuah syarikat pembinaan, anda dikehendaki untuk menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut :-
(i) Jatuh dari tempat tinggi
(ii) Tergelincir (jatuh pada aras yang sama)
(iii) Terkena renjatan elektrik, dan
(iv) Keruntuhan struktur sementara (contoh : perancah)

6. Empat sebab kemalangan yang biasa berlaku semasa pengedalian kren adalah kren terbalik, perlanggaran, kehilangan beban dan kesilapan pemandu. Jelaskan faktor-faktor asas setiap sebab yang tersebut di atas dan cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghapuskan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan tersebut.

7. Terangkan satu proses kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja anda. 
(i) Kenalpasti dan jelaskan dengan terperinci 2 jenis bahaya kepada keselamatan dan 2  jenis bahaya kepada kesihatan pada proses tersebut.
(ii) Pada pendapat anda yang manakah daripada bahaya tersebut boleh mendatangkan risiko kepada pekerja dan nyatakan sebab-sebabnya.
(iii) Berikan cadangan anda bagaimana bahaya yang dikenalpasti tadi boleh dikawal.

P/S : Skema jawapan tidak disediakan....buka nota and cari sendiri jawapannya....

No comments:

Post a Comment