Thursday, February 24, 2011

Kaedah-kaedah Mengenalpasti Hazard-Hazard

Seperti yang dijanjikan...saya akan banyak membincangkan berkaitan dengan penyediaan Paper 4 Exam SHO yang perlu dihantar pada penghujung bulan Mac nanti...okey...sebenarnya Paper 4 nie menguji berkaitan dengan HIRARC....Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control...utk first session, saya akan terangkan tentang kaedah-kaedah yang saya dan mungkin sahabat2 SHO lain sering gunakan untuk mengenalpasti hazard-hazard di tempat kerja....Di antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah seperti berikut :-

1. Pemerhatian / pemeriksaan
  • Melakukan pemerhatian terhadap proses kerja dan aktiviti-aktiviti kerja yang terlibat di dalam setiap proses kerja. Melalui pemerhatian yang dilakukan 
2. Rujukan
  • Membuat rujukan terhadap dokumen-dokumen yang terdapat di tempat kerja seperti : proses dan prosedur kerja, JSA dll.
  • Merujuk kepada akta-akta dan peraturan-peraturannya seperti : OSHA 1994, FMA 1967, BOMBA Act dll.
  • Kod tata amalan atau garispanduan yang ada di dalam industri contohnya seperti Garispanduan bekerja sambil berdiri, pengendalian bahan kimia dll.
  • Design code contohnya ASME code, API 576 dll.
  • MSDS / CSDS untuk merujuk tentang bahaya sesuatu bahan kimia.
  • Merujuk kepada insiden atau kemalangan yang sering berlaku pada industri yang sama atau aktiviti-aktiviti atau proses kerja yang sama yang dilaporkan sebelum ini.
3. Laporan kemalangan / aduan 
  • Melihat kepada rekod laporan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
  • Merujuk kepada cuti sakit pekerja dan membuat analisa berdasarkan kepada rekod cuti sakit pekerja.
  • Merujuk kepada sebarang aduan atau maklumbalas daripada pekerja-pekerja.
4. Permonitoran di tempat kerja
  • Membuat permonitoran di tempat kerja contoh pendedahan kepada bunyi bising, pendedahan kepada bahan kimia, habuk galian, haba dll.
  • Berdasarkan daripada laporan dapat diketahui tahap pendedahan PEL sama ada below or above PEL..
5. Laporan daripada assessor
  • Merujuk kepada laporan lengkap yang telah disediakan oleh assessor / pengapit terhadap kawasan tempat kerja anda.
Next topic, saya akan menyediakan contoh hazard-hazard yang ada atau mungkin ada di tempat kerja serta kesan-kesan hazard tersebut terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja / orang lain yang terdedah kepada hazard tersebut...

1 comment: