Thursday, November 25, 2010

PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI TEMPAT KERJA

Pengurusan bahan kimia yang baik di tempat kerja adalah penting terutamanya jika tempat tersebut mengguna, mengendali atau menyimpan bahan kimia yang berbahaya di tempat kerja. Soalan berkaitan pengurusan bahan kimia sering menjadi topik yang sering ditanya semasa menduduki peperiksaan SHO.  Cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja boleh diibaratkan seperti pepatah melayu iaitu “ Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad”.

Pengurusan bahan kimia di tempat kerja perlu dilakukan secara berperingkat mengikut turutan dari peringkat awal hingga akhir iaitu :-
a) Proses penempahan / pembelian bahan kimia; 
b) Proses penerimaan bahan kimia daripada pembekal;
c) Proses penyimpanan bahan kimia;
d) Proses semasa penggunaan bahan kimia;
e) Proses pelupusan sisa bahan kimia (schedule waste).

Disebabkan oleh pengurusan bahan kimia adalah secara berperingkat, maka perumpamaan "Dari Buaian ke Liang Lahad" digunakan untuk menjelaskan betapa perlunya pengendalian bahan kimia dilaksanakan secara tersusun di tempat kerja.

Pengurusan bahan kimia adalah perlu seperti kehendak Peraturan USECHH 2000 dan CPL 1997.

Prosedur-prosedur / Cara-cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia dan kuantiti yang dikehendaki. Merujuk kepada Akta AKKP 1994 (Peraturan USECHH 2000) untuk memastikan klasifikasi bahan kimia tersebut perlu mematuhi mana-mana peraturan di bawah AKKP 1994.
  • Sila pastikan CSDS bahan kimia dibekalkan oleh pembekal bahan kimia.


2. Prosedur semasa penerimaan bahan kimia daripada pembekal :-
  • Memastikan label bahan kimia adalah betul dan dalam keadaan baik.
  • Memastikan bekas bahan kimia dalam keadaan baik dan tidak bocor.
  • Memastikan pembekal membekalkan CSDS bahan kimia kepada pengguna. Maklumat CSDS perlulah mengikut kehendak USECHH 2000.





3. Rekod Pendaftaran Chemical di tempat kerja
  • Borang “Chemical Register” boleh dimuat turun di lamanweb JKKP. Contoh borang “ Chemical Register”.


4. Prosedur penyimpanan bahan kimia.
  • Merujuk tentang cara penyimpanan melalui CSDS bahan kimia tersebut;
  • Sekiranya menggunakan forklift / jentera untuk mengangkat bahan kimia tersebut, sila pastikan prosedur yang betul digunakan untuk mengangkat bahan kimia.
  • Mengamalkan konsep “first in, first out” untuk memastikan bahan kimia tidak luput tarikh tempoh penggunaan;
  • Sistem pengudaraan di bilik penyimpanan bahan kimia (sekiranya perlu – rujuk CSDS @ cadangan daripada assessor CHRA);
  • Label / simbol amaran pada setor bahan kimia. Mengikut jenis bahaya bahan kimia.


5. Prosedur semasa mengguna / mengendali bahan kimia.
  • Memberi latihan kepada pekerja tentang prosedur mengendalikan bahan kimia tersebut dan memastikan rekod latihan disimpan.
  • Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dan mengikut standard;
  • Langkah-langkah mengendalikan bahan kimia (proses kerja) dipamerkan di tempat kerja.


6. Prosedur semasa melupus sisa buangan bahan kimia (schedule waste).
  •  Label sisa buangan terjadual yang betul. Rujuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. http://www.doe.gov.my/ms/content/akta-kualiti-alam-sekeliling-1974
  • Bekas simpanan yang betul dan sesuai untuk sisa buangan terjadual;
  •  Tempoh simpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi 180 hari;
  • Pelupusan bahan kimia oleh kontraktor yang diiktiraf untuk melakukan kerja pelupusan sisa bahan kimia berjadual.


7. Permonitoran bahan kimia.
  • Penyediaan CHRA report oleh assessor yang kompeten.
  • Assessor perlu membentangkan keputusan laporan yang telah disediakan kepada pemilik tempat kerja;
  • Pendedahan permonitoran bahan kimia kepada pekerja dilakukan sekiranya terdapat cadangan daripada assessor.


8. Permonitoran kesihatan pekerja.
  • Melakukan medical surveillance kepada pekerja yang terdedah kepada bahan kimia;
  • Medical surveillance yang bersesuaian adalah berdasarkan cadangan daripada assessor CHRA contohnya Lung Function Test, Blood Test, Urine test and etc.




USECHH 2000 – Peraturan-peraturan keselamatan & kesihatan pekerjaan (Penggunaan & standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan 2000.

CPL 1997 – Peraturan-peraturan KKP (Pengelasan, pembungkusan & pelabelan bahaya kimia berbahaya) 1997.

CHRA – Chemical Health Risk Assessment.

8 comments:

  1. Bila nak bincang pasal LEV dan First Aid Kit ....hehe

    ReplyDelete
  2. Checklist inspection & audit ker??? Will share cuma tak ada masa nk up-date...too bz this week..per2 pun tungguuuu...hehehe...=P

    ReplyDelete
  3. Helo LD... Bila nak turun Ipoh buat ceramah/OSH talk ke ....Sy org pertama akan mendaftar... Kat Ipoh ne kurang.....

    ReplyDelete
  4. Byk training consultant di KL..sy bleh rekemen few training consultant yg sy kenal....utk saya bagi ceramah /OSH talk??? Insyaallah bila ilmu tentang topik nie dah expert..saya pun masih byk perlu blajar...rite now just share dlm blog jer...F.O.C =)

    ReplyDelete
  5. Sy rasa LD lah orang pertama yang create blog utk share ilmu tentang OSH&E.....F.O.C lak.Sy doakan LD panjang umur ,murah rezeki dan diberkati ALLAH selalu ....Amin

    ReplyDelete
  6. Byk actually blog pasal osh dari otai2 yg berpengalaman..sy bkn org pertama...blog ni masih baru...cuma sy byk share berkait dgn kerja2 yg sy buat..hanya sekadar berkongsi pengalaman yg baru setahun jagung...thanks coz view my blog n support me...

    ReplyDelete
  7. scheduled wastes competence person

    ReplyDelete
  8. Salam untuk HIRARC chemical storage ngan schedule waste storage kena develop ke even kita dah cover untuk sop ngn guideline? Sebab untuk aktiviti kerja chemical handling sudah ada, tapi untuk tujuan penyimpanan saya kurang pasti pasal develop HIRARC baru khusus untuk penyimpanan shj.

    ReplyDelete