Wednesday, October 4, 2017

OSHA di Hati Pekerja

Assalammualaikum...Hello....Haii....

Malam ni sesi luah perasaan....hahaha....boleh la kan...sbb blog sendiri.....Actually berkaitan dengan program-program yang dianjurkan....beberapa program anjuran beberapa pertubuhan (opsss...bukan semua yer....sebahagiannya sahaja)....

Isu ini berkaitan bila program yang dianjurkan selalunya bercerita bab basic OSHA...Keperluan akta dan perundangan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, NADOPOD dan sebagainya....yang basic2 semuanya.....Bukanlah nk ckp saya expert bab OSHA....Cuma sy rasa OSHA dah lebih 23 tahun dikuatkuasakan....Kenapa bila event libatkan wakil pekerja dalam pertubuhan....masih bercakap benda basic....perumpamaan macam 23 tahun tapi masih peringkat mengenal abjad ABC.....

Related image

Tempoh usia 23 tahun itu sepatutnya dah cukup matang untuk menilai dan bergerak ke fasa yang lebih tinggi. Pekerja sepatutnya dah faham hak-hak pekerja yang termaktub dalam OSHA 1994. Bukan masih merangkak nak tahu perkara asas dalam OSHA 1994. Kalau yang dilantik mewakili pekerja masih nk memahami level asas OSHA, so boleh agak setakat mana dia orang akan fight bagi mewakili pekerja dalam organisasi....

Byk isu melibatkan pekerja cuma kadang-kadang pekerja masih tak faham isu yang macam mana dalam OSHA yang perlu diberi keutamaan dan dibincangkan.

Just wait and see setakat mana objektif OSHMP2020 akan tercapai. Byk program dilaksanakan namun setakat mana kesedaran di kalangan pekerja bawahan berkaitan OSHA dapat ditingkatkan. Setakat mana kesedaran OSHA wujud di hati para pekerja.

Wakil-wakil pekerja perlu melangkah ke peringkat lebih tinggi untuk membincangkan isu-isu lebih kritikal berkaitan OSH. Bukan masih di takuk baru nk merangkak mengenal OSHA.



1 comment:

  1. terima kasih tuan diatas perkongsian yg sangat baik. boleh menjadi panduan sy yang baru belajar berkenaan safety and health. sy sekrang masih belajar safety health di OUM. saya tiada latar belakang safety health tp sy kuatkan smgat untuk lanjut pelajaran daalam bidang ini. teruskan perkongsian yer tuan.

    ReplyDelete