Saturday, December 13, 2014

Pokok Beracun

Kali nie nk update berkaitan pokok-pokok beracun......Al-kisah sebab kecoh pasal isu rumpai mexico yang beracun yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Disember 2014.



Rumpai mexico boleh menyebabkan alahan atau alergi. Gejala-gejala alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selsema dan asma. 


Isu ini timbul susulan kes sebahagian pekerja ladang kelapa sawit di Kedah yang mendapat alahan pada kulit dan gejala gangguan sistem pernafasan.

Bagus juga bila isu ini timbul...sekurang-kurangnya masyarakat mula prihatin berkaitan kesan hazard biologi kepada kesihatan. Sebenarnya banyak pokok beracun yang terdapat disekeliling kita, malah dijadikan pokok hiasan di rumah. Sebab sesetengah pihak beranggapan ia adalah pokok hiasan yang tidak memberi sebarang kesan.

Diantara pokok-pokok hiasan beracun yang sering ditanam di rumah adalah :-

Dumb Cane

Dumb cane: Pokok hiasan ini sangat popular dan sekiranya termakan boleh menyebabkan melecur dan bengkak pada lidah hingga boleh menyebabkan kematian.


Philodendron


                                   Pothos                                     

Philodendron dan pothos boleh menyebabkan muntah, sakit perut serta bibir, lidah dan tekak melecur dan bengkak.           

Sago Palm

Sago Palm sekiranya tertelan boleh menyebabkan muntah dan sakit perut, malah boleh mendorong kepada berlakunya kegagalan pada hati.


P/S : Info dari internet.....pernah dengar presentation berkaitan jenis-jenis pokok hiasan di rumah yang berbahaya....kena buat further research berkaitan ini....mungkin topik PhD nnt....=)

1 comment:

  1. Semua pokok ni pernah bela/ternak masa kat kampung dulu. Masa tu takde internet lagi.
    Sekarang dah tak bela/ternak lagi sbb dah boleh google.

    ReplyDelete