Tuesday, May 3, 2011

Keperluan Melaporkan Kemalangan / Kejadian Berbahaya/ Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan kepada JKKP / DOSH...

Sesi kali nie saya akan membincangkan tentang isu siasatan kemalangan di tempat kerja.... sesuatu yg wajib utk semua SHO tahu tentang keperluan mematuhi AKKP 1994 dan FMA 1967, iaitu melakukan siasatan kemalangan di tempat kerja dan melaporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak JKKP / DOSH....

Amat mendukacitakan sekiranya seseorang SHO masih tidak mengetahui apa itu borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8....ada sesetengah SHO yang kompeten mmg tak pernah menggunakan borang tersebut...malah ada yang tidak mengambil peduli tentang keperluan melaporkan kemalangan atau insident yang berlaku di tempat kerja kepada pihak JKKP / DOSH...sedihkan?? tapi itu la hakikatnya...

Ada sesetengah syarikat yang berbangga dengan pencapaian LTI zero dan berusaha utk mencapai LTI zero selama beberapa tahun...namun, hakikatnya...betulkah mmg tak wujud langsung kemalangan di tempat kerja atau pihak syarikat berusaha utk tidak melaporkan kemalangan yg terjadi kepada pihak JKKP/ DOSH....mungkin pihak terbabit ingin menjaga reputasi syarikat...hermm...

Ada sebahagian pulak tidak membenarkan pekerja yang mengalami kecederaan mengambil cuti sakit secara berterusan selama 5 hari....atas alasan sekiranya MC berterusan 5 hari...kes perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...bagi pendapat saya, amatlah kejam sekiranya pihak majikan beranggapan begitu...macam mana dgn kebajikan pekerja?? Sekiranya big bos atau terkena pd diri sendiri...sanggupkah anda dtg bekerja sambil menahan sakit hanya semata2 nak memastikan MC tidak lebih 5 hari??? Maksud kehilangan hari bekerja bukan hanya spesifik untuk MC sahaja, tetapi ia merangkumi maksud tidak bekerja atau melakukan tugasan aktiviti kerja lain untuk sementara kerana tidak dapat melakukan tugas biasanya...

Itulah tanggapan salah sebahagian pihak tentang keperluan melaporkan kemalangan kepada pihak JKKP / DOSH.....actually keperluan melaporkan kemalangan tidak hanya melibatkan kecederaan yang mendapat MC 5 hari dan ke atas sahaja....Namun, sebarang kejadian berbahaya walaupun tidak melibatkan kecederaan perlu dilaporkan kepada pihak JKKP / DOSH...contohnya kejadian berbahaya adalah seperti runtuhan scaffolding, kebakaran, pelepasan bahan kimia berbahaya ke udara dan lain-lain (Sila rujuk Jadual 2, AKKP 1994 dibawah Peraturan NADOPOD 2004 untuk mengetahui senarai kejadian berbahaya yang perlu dilaporkan).... Kejadian berbahaya walaupun tidak menyebabkan kecederaan tetap perlu dilaporkan dengan menghantar borang JKKP 6 dan dimasukkan di dalam laporan tahunan JKKP 8...


Di antara senarai borang2 yang perlu untuk melaporkan kemalangan / kejadian / insiden di tempat kerja adalah :-
1. JKKP 6 - Borang Pemberitahuan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya


Contoh Borang JKKP 6

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 6

2. JKKP 7 - Borang Pemberitahuan Keracunan Pekerjaan / Penyakit Pekerjaan

Contoh Borang JKKP 7

* Untuk muat turun borang yang asal dalam format excel , sila klik link Borang JKKP 7



3. JKKP 8 - Daftar kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, penyakit pekerjaan untuk sepanjang tahun. Sila rujuk post saya yang lepas Kewajipan Menghantar Borang JKKP 8 . Sila klik link Borang JKKP 8 untuk mendapatkan borang dalam format excel..

Rekod JKKP 6, 7 & 8 ini hendaklah disimpan. Rekod untuk JKKP 8 perlulah disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun.


Kegagalan pihak majikan mematuhi Seksyen 51 di bawah Akta dan peraturan 13 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 ini boleh menyebabkan penalti jika disabit kesalahan adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Kebiasaanya majikan lebih berminat untuk melaporkan kemalangan yang berlaku kepada PERKESO untuk mendapatkan tuntutan pampasan kepada pekerja....herm...If i'm not mistaken, sebahagian pejabat JKKP Negeri terletak di Wisma Perkeso...contohnya JKKP WPKL dan JKKP Kota Kinabalu...PERKESO dan JKKP adalah di bawah Kementerian yang sama...iaitu Kementerian Sumber Manusia....Sepatutnya Statistik Laporan Kemalangan di PERKESO sepatutnya sama dengan Laporan yang diterima oleh JKKP kan...Fikir2 kan lah....


Pada pendapat saya, lebih baik lapor dari diterjah oleh JKKP...Pening nak menjawab nnt beb....Coz sy sendiri pernah alami masalah macam nie bila ada pekerja dapatkan treatment di Hospital dan  OHD di Hospital tersebut buat report terus ke JKKP...terkejut gak tetiba dpt call dari pegawai JKKP nak dtg siasat coz saya tidak menerima sebarang aduan penyakit pekerjaan dari pekerja terbabit....Alhamdulillah coz semua dokumen disimpan dengan lengkap, jadi takder masalah bila proses siasatan dari JKKP...=)


Uoolllsss jgn tak lapor tau...Para2 SHO sekalian, sila advice majikan utk lapor k...jgn takut LTI tak capai target zero....yang penting ambik pedoman dari kemalangan yang berlaku dan berusaha untuk cegah perkara sama dari berulang....

Thursday, April 28, 2011

World OSH Day 2011

28hb April setiap tahun adalah Hari OSH Sedunia....dengan tema tahun 2011 iaitu OSH Management System : A tool for continual improvement....Konsep tahun ini menekankan  pengaplikasian prinsip PDCA di tempat kerja....


Cabaran utama kepada semua OSH Practitioner, majikan dan pekerja yang belum mempunyai OSH Management System (OSH-MS) di tempat kerja....kerjasama daripada semua adalah perlu dlm membangunkan OSH-MS...mana2 tempat kerja yang telah mempunyai OSH-MS...berusaha lah untuk mengekalkan standard yang ditetapkan dan menambah baik mana2 kekurangan yang ada....sama2 lah kita menjayakan tema OSH Day tahun ini.... Utamakan Keselamatan, Tingkatkan Kualiti OSH-MS.... =)

Wednesday, April 20, 2011

Ketahui HAK anda sebagai PEKERJA....

Sesi kali nie...saya nak membincangkan tentang tindakan sebahagian majikan yang mengenakan caj ke atas perkara2 yg dilaksanakan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pada pendapat saya, majikan tu amatlah kejam bila bersikap begitu...sesetengah majikan ada yg membuat deduction pada gaji pekerja bagi setiap PPE yg disediakan...bila mengenakan caj begini, maka ramai pekerja yg memilih utk tidak memakai PPE....

Sebahagian SHO pun kadang2 tak ambik kisah sgt bab nie...hermm...sedih jugak bila tgk sebahagian SHO tak back-up hak2 pekerja...mmg la majikan yg byr gaji SHO...tp sekurang2 nya jlnkan lah tanggungjawab SHO dengan betul..menasihat majikan dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...

Bagi semua pekerja...anda sepatutnya tahu hak2 anda sebagai pekerja...apakah keperluan yg sepatutnya majikan sediakan untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan anda sebagai pekerja terjamin....

Seperti yang termaktub di bawah Seksyen 26, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994..."Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk dilevi ke atas mana2 pekerjanya apa2 caj berkenaan dengan apa2 jua yang dilakukan atau diadakan menurut akta ini atau mana2 peraturan yang dibuat dibawahnya"....
atau dalam ayat yang lebih mudah nak faham....majikan TIDAK BOLEH mengenakan bayaran terhadap pekerjanya bagi menyediakan PPE atau keperluan lain di dalam undang2. Ini bermaksud pekerja tidak perlu membayar PPE seperti kasut keselamatan, kaca mata keselamatan, mask, glove atau topi keselamatan dan sebarang kemudahan kebajikan pekerja contohnya peti kecemasan....

Klu masih ada majikan yang mengenakan caj...report saje ke DOSH...

Tanggungjawab majikan adalah menyediakan PPE yg sesuai kpd pekerjanya yang terdedah kepada hazard2 yg ada di tempat kerja.... =)

Untuk para majikan...jgn la kedekut sgt bab2 aspek keselamatan dan kesihatan pekerja...pekerja tu umpama asset berharga bagi anda...jaga la kebajikan pekerja anda...jgn la berkira sgt yer....bos yang baik disayangi pekerja....untuk pekerja pulak, bila bos dh sediakan kemudahan yang sepatutnya...jaga la dengan baik dan jgn salah guna....jgn tak pakai plak bila dah bagi PPE tu...