Thursday, March 31, 2011

Inspection At Workplace....Kerja Saper Yer??

Dah lewat malam...tp mata blum rasa nak tido...hermmm...bosan la plak rasa mlm nie...kerja terlalu relaks agaknya di ofis tadi...badan and otak tak rasa letih mungkin...Tengah bosan2 nie..so ambik la kesempatan utk up-date my blog nie....hermm..apa yg saya nak share kali nie adalah berkaitan dengan pemeriksaan yang dilakukan di tempat kerja...

Actually inspection at workplace bukan semata-mata kerja SHO seorang jer...mana mampu sorg SHO nak menjaga kadang-kadang smpai 3-4 Plant and jumlah pekerja sometimes melebihi 3000-4000 orang....Blum dikira gaji yg kdg2 rasa tak berbaloi kan...hehehe....

So, jgn stress kan diri dengan kerja yg bertimbun2...sebagai seorang SHO, tangungjawab nya adalah untuk meningkatkan kesedaran berkaitan OSH dikalangan pekerja dan majikan rite?? Seperti semua sedia maklum, pemeriksaan di tempat kerja adalah penting untuk memastikan aspek berkaitan OSH sentiasa dipatuhi....

If saya, mmg la amat tak rajin nak buat inspection sorang2...lgpun dah dinyatakan bahawa sebahagian tanggungjawab ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (SHC) adalah membuat pemeriksaan di tempat kerja...semua pun sedia maklum yg kebiasaanya SHC adalah dari kalangan wakil majikan dan pekerja dari setiap Department..so, bakal2 SHO jgn la tamak nak buat kerja inspection sorng...agih2kan lah keje tu kpd org lain yg boleh dipertanggungjawabkan....hehehe

Pada pendapat saya lah...mmg kena mintak semua libatkan diri dengan aspek2 berkaitan OSH nie...tak nak la nnt bila ada SHO jer baru nak ikut peraturan OSH..bila SHO cuti, semua aspek keselamatan diabaikan....lgpun siapa yg kerja di tempat tersebut lebih tahu bahaya-bahaya yang ada dan apa yg mereka rasa masih kurang tentang aspek keselamatan di tempat kerja masing-masing...As SHO, saya sendiri tak expert dengan aktiviti2 kerja di Production line...Kerja saya cuma guide and bg advice jer...hehehe

Di sini saya bagi sample inspection report...macam biasa lah...dah nama pun sample kan..mmg la tersgt simple..pandai2 la up-grade utk jd lebih baik...saya cuma bg contoh jer...

Sample of Inspection Report / Checklist

Friday, March 25, 2011

OSH di Tempat Kerja...Apa Nak Buat??

Mood hari jumaat...bila ptg jer mood kerja dh berkurang...tgh lepak2 time rehat nie...saya ambik kesempatan nie utk share 1 soalan yg saya terima di email sy...sy terima few email dan message di FB yg menjurus ke arah yg sama...saya akan jwb and share based on my experience..berdasarkan apa yg saya buat dan pengalaman2 yg saya dpt dari kawan-kawan saya....

Soalan 1 :
 

Soalan 2 :


Berkaitan dengan soalan 1...Program /Aktiviti untuk meningkatkan pengurusan & kesedaran tentang OSH...My advice, if nk merancang program / aktiviti OSH...kena pecahkan kpd aktiviti wajib dan tak wajib (harus)...itu yg kebiasaannya saya buat...coz nk buat program pun kena plan budget nya jugak...rancang byk2 program, tp budget tak ada dari top management pun no point...mmg safety first tp kdg2 kena juga kompromi and amalkan as far as practicable....contohnya, cara pengurusan OSH di oil and gas tak bleh nak dibuat mcm di construction site...if too straight, jawapan nya tak lama la kt tmpt tu...few months dah kena bye..bye...hehehe....kerja SHO nie kena duduk tgh2...kena balance kan antara employer and employees...

Ermm...kebiasaan yg saya buat...saya akan refer kpd legal register...Kemudian senaraikan program dan aktiviti yang nak dirancangkan...seterusnya pecahkan senarai tersebut kepada aktiviti wajib dan tak wajib (harus)....aktiviti wajib adalah aktiviti yg perlu dibuat dahulu...manakala aktiviti tak wajib / harus adalah aktiviti utk meningkatkan kesedaran OSH kpd pekerja dan majikan...tak salah if tak buat tp lebih bagus jika ada...

Contoh senarai aktiviti OSH adalah seperti berikut....kurang berpuas hati actually dgn senarai aktiviti nie...tp tu jer yg mampu sy sediakn dlm keadaan mood yg tgh letih...Mungkin nexxt time sy bg sample yg much more better....

It just a sample....pandai2 la korang up-grade jadi lebih baik...mmg tak lengkap sy buat sample nie...tak rajin lak nk masukkan all info dlm ruang tu...hehehe

Boleh juga refer topik saya yg lepas iaitu Sample of Simple S&H Activities Planning...

Untuk soalan 2...slalu org sebut pasal OHSAS...OHSAS 18001 actually adalah sijil  pengiktirafan yang diberikan kpd sesuatu syarikat disebabkan OSH management system yg disediakan mengikut standard yg telah ditetapkan...standard ini boleh dibeli di SIRIM...sesestgh company inginkan OHSAS 18001 disebabkan kehendak daripada client atau untuk reputation...if top management sanggup keluarkan $$$$...no hal about that...coz nk dptkan OHSAS 18001 certification mmg perlukan $$$..brapa byk $$$??? U can try contact SIRIM, Moody, SGS, DNV and etc utk dptkan kos sebenar....They will ask u to fill in some form untuk dapatkan sebahagian maklumat tentang tempat kerja anda and lps tu dia org akan bg sebut harganya...Pengalaman saya, company spend almost RM50K utk kos audit dan dapat certification...Itu kos utk that company dtg audit shj...dokumen disediakan sendiri coz we dont hire consultant utk membantu dlm proses penyediaan dokumen..So, jimat sikit kos nyer...Utk kos audit yg RM50K tu, later akan ada deduction pd nilai tax yg perlu dibyr oleh syarikat..So, x byk sgt la perbelanjaan nya...

Sekiranya syarikat tersebut mmg dah ada sistem pengurusan OSH, mungkin boleh up-grade utk dptkan OHSAS 18001 certification...

Tapi if syarikat masih zero dlm aspek OSH dan agak kurang budget $$$$...You still need to create your own OSH Management System coz ini akan memudahkan pengurusan OSH di tempat kerja...Bila ada system, semua akan lebih tersusun dan teratur....u may start slowly dgn buat SOP (safety operating procedure), JSA, HIRARC and etc...Mungkin boleh mulakan dengan buat Chemical Safety Procedure, Machine Safety Procedure, Emergency Response Plan (ERP) Procedure and etc...

Kenapa mesti ada procedure? How to set up the procedure?? Aper nak tulis? Macam mana nak buat?? Saya bincang later bleh topik pasal safety procedure nie...sy akan nyatakan apa yg sepatutnya ada di dalam sesuatu safety procedure...byk nk story pasal procedure sajer...next session k...

Tuesday, March 22, 2011

Busy Sgt Ke Kerja SHO???

Assalamualaikum...minggu nie minggu yg agak relaks bagi sy...kerjanya ada cuma tak sesibuk selalu...di kesempatan tgh relaks2 nie...sy ambik masa yg ada utk siapkan beberapa modul / teks utk toolbox talk...Kebiasaan yg dipraktiskan oleh sy...I just give the briefing to Section Head / Exec...then tanggungjawab Section Head / Exec.  to brief their sub-ordinate...Tujuannya adalah utk memastikan all Section Head / Exec aware about their responsibilities to Safety & Health at workplace...dan ringankan ckit tugas sy....letih la if Section SHE nk handle semua...hehehe....

But tak lah kejam sgt sy, sampai serah tugas bulat2 pada orang lain...utk memudahkan Section Head / Exec. buat toolbox di Section masing-masing, tanggung jwb Section SHE adalah menyediakan teks / modul utk. toolbox...Ini bertujuan utk memastikan maklumat yg diberikan adalah seragam kpd setiap pekerja...dan yang paling penting, rekod kehadiran / logbook disediakan di setiap Section...Section SHE will monitor it once a month...analisa berkaitan latihan /  toolbox biasanya dinyatakan di dlm monthly report SHO...Bila bekerja sebagai SHO nie, rekod-rekod berkaitan dgn kerja amat penting...Kebanyakkan company sekarang mengamalkan paperless...Few SHO report disimpan dlm CD jer..tp normal praktis yg diamalkan oleh sy, sy akan print email rekod penghantaran laporan kpd Top Management...hehehe...utk back-up diri sy if something happened...

Hermm...di masa akan dtg, mungkin sy akan share maklumat2 toolbox talk yg sy sediakan utk dikongsi bersama...or mungkin ada cadangan dari anda utk topik2 menarik yg boleh sy masukkan dlm blog nie??? Feel free to give the suggestion / comment for me to improve my blog.....Itu jer kot nk bebel mlm nie...mau tido sudah....Nite... =)

Monday, March 21, 2011

Jom Kawal Risiko....CeGAh KeCeLaKAaN !!!

Haiii....agak lambat sy up-date blog kali nie...sepatutnya di up-date last week..tp disebabkan beberapa masalah peribadi..terpaksa delay few days...I'm sure semua yg bakal ambik paper 4 dah siap sediakan WPA masing2...mungkin tgh touch-up mana yg patut...and buat semakan terakhir sebelum hantar WPA tersebut...=P

Seperti semua sedia maklum...tujuan menilai tahap risiko adalah untuk memastikan tindakan / langkah kawalan yg sesuai dpt diambil sebelum sesuatu insiden atau kejadian tidak diingini berlaku....di sini lah pentingnya langkah pencegahan untuk mengelakkan sesuatu kecelakaan...

Di antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah mengikut hierarki seperti berikut :-

Langkah kawalan yang dipilih untuk penambahbaikan perlulah mengikut turutan / hierarki seperti di atas....Namun, pemilihan cadangan penambahbaikan / pencegahan perlulah mengambil kira 4 faktor penting iaitu :-
1. Tahap Risiko - berdasarkan rating penilaian yang telah dibuat. Langkah segera perlu diambil jika di tahap yg tinggi.
2. Ilmu pengetahuan - adakah ilmu pengetahuan berkaitan hazard tersebut?
3. Teknologi - adakah kemampuan dari segi teknologi utk mengawal hazard tersebut?
4. Kos - adakah kos nya bersesuaian? Risk rating rendah namun kos pencegahan tidak bersesuaian...kebiasaannya isu kos amat dititikberatkan oleh pihak pengurusan...so make sure can manage it properly...

Few samples of risk control can be taken to control the risk....







Itu sajer sebahagian samples yang sempat saya sediakan buat masa nie....untuk cerita lebih detail may be pada session2 akan datang plak....cerita semua nnt xder topik lak nk citer lain kali....Per2 pun Gud Luck pada bakal2 SHO yang akan menduduki exam SHO pada hadapan...

Wednesday, March 9, 2011

Risk Ranking.....The Matrix

Previous session sy dh explain tentang hazard n kesan..so kali ni sy akan terangkan tentang macam mana nk menilai risiko...tapi nak saya tekan kan berkaitan dengan kesan-kesan atau simptom2 yang wujud atau terhasil kesan daripada hazard2 yang telah dikenalpasti...ini penting sebab daripada kesan yang dikenalpasti tu lah kita akan tahu nilai keterukan sekiranya sesuatu insiden/kemalangan berkait dengan hazard tersebut berlaku...so, kena la kenalpasti kesan hazard tersebut betul2...Contohnya if guna bahan kimia, anda boleh survey kesan bahan kimia tersebut yang biasanya dinyatakan di dalam MSDS....cari kesan yang paling kritikal....tak pun surf tru net berkaitan kesan pendedahan bahan kimia tersebut yang mungkin pernah berlaku di mana-mana tempat kerja...atau yg pernah terjadi pada pekerja2 sendiri.....i've been ask about this question..mcm mana saya letak nilai pada sesuatu kesan pendedahan pada bahan kimia....hehehe...

RISIKO = KEBARANGKALIAN X KETERUKAN

Kebarangkalian = kemungkinan kejadian tersebut berlaku

Keterukan = how serius if its happened atau paling senang kesan kecederaan dialami dari kejadian yang terjadi...

Untuk buat risk ranking...just kena faham concept jer...nilai "keterukan" adalah pembolehubah malar...nilai tak berubah...yang akan berubah adalah nilai "kebarangkalian" coz ia bergantung pada protection yang ada utk mencegah sesuatu kejadian kemalangan dari berlaku...if without any protection...kebarangkalian utk jadi of coz tinggi...

Untuk risk matrix...ada sesetgh buat 3X3...ada yang buat 4X4 or 5X5...bagi saya itu tak jadi masalah...saya pernah ditanya berkaitan matrix yang saya buat masa exam saya dulu...saya buat matrix 4X4 and penemuduga ckp my matrix salah...so at last sy jwb, dari NIOSH and guideline dari DOSH mmg matrix nyer 5X5....x kisah la 3X3 or 4X4 or 5X5..konsep nya tetap sama...cuma beza nnt pada conclusion..ada high, medium high, medium, medium low and low...itu jer...konsep nya sama jer...bleh gaduh-gaduh manja dengan penemuduga mcm tu??? hehehe....

**Senang mcm graf paksi  "x-y" kita buat matematik di sekolah dulu.....nilai "y" iaitu keterukan akan kekal...cuma nilai "x" iaitu kebarangkalian yang akan berubah bergantung kpd langkah-langkah kawalan sedia ada....banyak langkah kawalan, kurang kemungkinan kemalangan berlaku

Keterukan kecederaan jika berlaku

Kemungkinan berlakunya kejadian

Jadual Toleransi Risiko

Yang penting nilai tu kena letak dgn betul dan logik...be careful coz you may be trap dengan soalan oleh penemuduga...reason yg kukuh kena ada...hehehe....klu yang copy paste paper org lain tu, may be la xtau mende dgn nilai2 tu...so my advice, buat sendiri okey!!!

You may also refer the guideline contoh matrix dari DOSH...5X5....click here www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?...hirarc 

Yang penting kt sini...fhm konsep!!! Semua soalan penemuduga sure bleh ditepis nyer lah...make sure win-win situation...hati penemuduga kena jaga...hehehe...kang failed lak paper 4 nnt....

Saturday, March 5, 2011

Contoh Hazard, Punca Hazard & Kesan

Okey....macam yang saya dah janjikan...walaupun agak terlambat few hours...mintak maaf la..."BerukBand" slow la mlm2 hujung minggu nie....tu yang terlambat nak up-date blog....

Topik kali nie masih lagi pasal Paper 4 Exam SHO...Just untuk bakal-bakal SHO yang tgh bz prepare paper tu untuk dihantar end of this month...Saya pun dah agak jarang up-date HIRARC, tu yang otak agak berkarat sikit (1 of the reason saya create this blog, supaya saya amalkan kerja2 saya and refresh my brain)...so, bermula la kerja-kerja menggeledah balik semua dokumen-dokumen lama untuk refer contoh-contoh dokumen yang saya pernah buat dulu...dah jumpa tu satu hal...tapi takkan la nak copy paste bulat-bulat semua kan...tak leh la nak bagi jer semua easily macam tu kan...So terpaksa la buat sedikit typing work tadi...hehehe...nmpk sgt baru cari info untuk up-date my blog...=P

Neway, nie contoh-contoh yang saya ada sebagai sampel...amat lah banyak hazard-hazard yang ada di tempat kerja sebenar nyer...klu nak saya senaraikan semua, tak tido la saya few days...huhuhu...lagipun setiap tempat kerja berbeza-beza hazard nyer...so kena la kenalpasti sendiri hazard di tempat kerja masing-masing dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah saya bincangkan pada post yang lepas...

Contoh Hazard di Tapak Bina (It just an example...sesiapa yang expert in construction site..minta maaf la if ada yang tersilap...)

Contoh Hazard di Manufacturing Plant


Apa yang saya attached tu just a sample...mcm yg saya tekan kan tadi...setiap tempat kerja dan proses kerja ada hazard yang berbeza...so thats your task to identify it...start it slowly..lama-lama dah praktis, you will expert...


Saya mmg tak masukkkan pasal property damage masa buat Paper 4 dulu...coz 1 of my lecturer dulu ckp just consider kesan pada keselamatan dan kesihatan jer..but bila dah kerja, kesan pd property damage sy consider utk peringatan kpd top management tentang kerugian yg bakal dihadapi sekiranya sesuatu insiden terjadi....Per2 pun, better get some advise dari otai2 lain yg lebih experience...


Bila dah identified hazard, nnt kita akan bincang pasal nak buat risk rating plak...okey la, tu jer kot yg saya nk bebel kali nie...per2 pun, chaiyok2 kpd semua yg tgh siapkan paper nie..