Wednesday, February 18, 2015

Proses "Sand Blasting" Perlu Kelulusan JKKP/ DOSH???

Assalamualaikum.......

Haiii.....kali nie nak berkongsi maklumat berkaitan aktiviti "sand blasting" atau kekadang org panggil proses pembagasan pasir......hehehe.....

Sebenarnya ramai yang tak tahu aktiviti ini memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada JKKP/ DOSH......Perkara ini telah dinyatakan di dalam Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989.

Photo: Tahukah anda proses pembagasan pasir atau "sand blasting" memerlukan kelulusan daripada JKKP??

"Sand Blasting" atau Proses Pembagasan Pasir ini tujuannya untuk membersih, melicin, mengasarkan, memotong atau membuang bahagian permukaan tertentu biasanya pada bangunan, kapal atau permukaan besi atau sesuatu barang dengan menggunakan pasir atau bahan yang mengandungi silika berhablur (kuarza, kristobalit dan tridimit).

Terdapat sebahagian daripada peralatan "sand blasting" memerlukan sijil perakuan (CF) daripada JKKP/ DOSH.....Contohnya "Blasting Pot".....

Macam mana proses memohon kelulusan membuat aktiviti ini......Korang boleh dapatkan maklumat daripada laman web JKKP/ DOSH.....atau boleh klik jer link Prosedur Memohon Kelulusan Aktiviti Pembagasan Pasir.....

Harap2 penerangan ringkas ini membantu....So, lepas nie....SHO atau SSS atau Sesapa sajer la.....Klu kontraktor bawak masuk Peralatan "Sand Blasting".....Sila la tanya....Dah mohon belum kelulusan daripada JKKP/ DOSH......Klu ada kelulusan....Sila minta salinan surat kelulusan......=)

Wednesday, February 4, 2015

Tanda amaran keselamatan....

Haiii.....hari nie nak bercerita berkaitan tanda amaran keselamatan yang terdapat di tempat kerja.....tanda amaran merupakan satu bentuk komunikasi kepada pekerja atau pelawat atau orang awam berkaitan babaya-bahaya tertentu yang dpt di sesuatu tempat kerja.....

Namun tanda amaran yang dipamerkan perlulah bersesuaian dengan hazard....Contoh adalah seperti gambar di bawah.....


Pihak pengurusan telah menunjukkan komitmen dengan meletakkan tanda amaran.....Namun tanda amaran yang dipamerkan adalah salah.....

Semoga majikan prihatin tentang tanda amaran yang btul mengikut standard ditetapkan....