Wednesday, February 15, 2012

Lagi Berita Tersepit Mesin....

Rasanya semua dah baca paper hari nie kan...saya baca pagi td...tp dek kerana bz ngan keje...baru skrng dpt share pasal kisah nie....

Sedih?? Marah?? Kecewa?? Hermm.... tolong la... majikan & pekerja... ambik tindakan untuk elakkan insiden yang serupa daripada berulang... safety guarding... emergency button... sensor... byk cara utk elak insiden nie berulang.... Semuanya bergantung atas usaha korang untuk tangani nyer... Takkan nk tunggu terkena kt diri korang sendiri atau sedara mara korang baru nak menyesal and ambik tindakan...Renung2 kan lah...

Kes 1 : Mesin Lentur Kepala 

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam  mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Kes 2 : Parah Tangan Tersepit Mesin 


   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.
Anggota Bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.


PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis. 

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak. 


Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa. 

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut. 

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin. 

“Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA,” katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.


Saturday, February 4, 2012

Part 2 : Perancangan Program KKP



Assalamualaikum....


Dah lama tak up-date blog nie....sorry la....schedule a bit tight....

Anyway...macam mana dengan perancangan KKP tahun baru?? Is it running smoothly??


Post kali nie just nak bercerita berkaitan dengan sebahagian program2 KKP yang boleh majikan adakan dengan mendapatkan kerjasama daripada pihak JKKP... =)

Untuk pengetahuan semua....majikan boleh menjalankan aktiviti seperti :-

  • Menjemput pegawai daripada JKKP untuk mengadakan ceramah berkaitan KKP kepada pekerja / pihak pengurusan...mungkin untuk ceramah dalam tempoh 1-2 jam...antara2 topiknya mungkin berkaitan guarding, pengurusan bahan kimia di tempat kerja, OSHA 1994, ERP, jenis2 penyakit pekerjaan and etc...biasanya ceramah diberikan just maklumat ringkas jer..tak la terlalu detail...masa pun just 1-2 jam kan...nk detail kena cari trainer luar la utk bg sesuatu topik secara lebih jelas....hermm....mungkin boleh jemput pegawai JKKP bagi taklimat masa "toolbox talk".... =)
  • Sesi dialog berkaitan KKP bersama pihak JKKP...mungkin melibatkan pejabat JKKP negeri...ini kena discuss & plan dengan pejabat JKKP negeri...kebiasaannya ada permintaan dari persatuan SHO, Persatuan daripada industri IKS, industri2 lain untuk sesi soal jawab berkaitan isu2 KKP terkini.... =)
  • Menjemput pihak JKKP dari pejabat negeri untuk mengadakan pameran sekiranya tempat kerja anda ada membuat program "HSE Day"...untuk pameran nie bergantung kepada jadual pegawai dari seksyen promosi...jgn pakai bedal jer letak tarikh...hehehe...per2 pun bincang dulu tarikh yang sesuai dengan pegawai dari seksyen promosi...paham2 jer la..pegawai dari seksyen nie tak berapa ramai...takut ada clash date dengan pameran di tempat lain....
Untuk SHO...tak rugi rancang program KKP dengan JKKP...coz few program tu mungkin boleh dapat collect point utk CEP...cuma kena pastikan surat, attendance + dokumen2 berkaitan disimpan....


P/S : Tak kenal maka tak cinta.... =P