Thursday, April 28, 2011

World OSH Day 2011

28hb April setiap tahun adalah Hari OSH Sedunia....dengan tema tahun 2011 iaitu OSH Management System : A tool for continual improvement....Konsep tahun ini menekankan  pengaplikasian prinsip PDCA di tempat kerja....


Cabaran utama kepada semua OSH Practitioner, majikan dan pekerja yang belum mempunyai OSH Management System (OSH-MS) di tempat kerja....kerjasama daripada semua adalah perlu dlm membangunkan OSH-MS...mana2 tempat kerja yang telah mempunyai OSH-MS...berusaha lah untuk mengekalkan standard yang ditetapkan dan menambah baik mana2 kekurangan yang ada....sama2 lah kita menjayakan tema OSH Day tahun ini.... Utamakan Keselamatan, Tingkatkan Kualiti OSH-MS.... =)

Wednesday, April 20, 2011

Ketahui HAK anda sebagai PEKERJA....

Sesi kali nie...saya nak membincangkan tentang tindakan sebahagian majikan yang mengenakan caj ke atas perkara2 yg dilaksanakan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pada pendapat saya, majikan tu amatlah kejam bila bersikap begitu...sesetengah majikan ada yg membuat deduction pada gaji pekerja bagi setiap PPE yg disediakan...bila mengenakan caj begini, maka ramai pekerja yg memilih utk tidak memakai PPE....

Sebahagian SHO pun kadang2 tak ambik kisah sgt bab nie...hermm...sedih jugak bila tgk sebahagian SHO tak back-up hak2 pekerja...mmg la majikan yg byr gaji SHO...tp sekurang2 nya jlnkan lah tanggungjawab SHO dengan betul..menasihat majikan dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...

Bagi semua pekerja...anda sepatutnya tahu hak2 anda sebagai pekerja...apakah keperluan yg sepatutnya majikan sediakan untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan anda sebagai pekerja terjamin....

Seperti yang termaktub di bawah Seksyen 26, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994..."Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk dilevi ke atas mana2 pekerjanya apa2 caj berkenaan dengan apa2 jua yang dilakukan atau diadakan menurut akta ini atau mana2 peraturan yang dibuat dibawahnya"....
atau dalam ayat yang lebih mudah nak faham....majikan TIDAK BOLEH mengenakan bayaran terhadap pekerjanya bagi menyediakan PPE atau keperluan lain di dalam undang2. Ini bermaksud pekerja tidak perlu membayar PPE seperti kasut keselamatan, kaca mata keselamatan, mask, glove atau topi keselamatan dan sebarang kemudahan kebajikan pekerja contohnya peti kecemasan....

Klu masih ada majikan yang mengenakan caj...report saje ke DOSH...

Tanggungjawab majikan adalah menyediakan PPE yg sesuai kpd pekerjanya yang terdedah kepada hazard2 yg ada di tempat kerja.... =)

Untuk para majikan...jgn la kedekut sgt bab2 aspek keselamatan dan kesihatan pekerja...pekerja tu umpama asset berharga bagi anda...jaga la kebajikan pekerja anda...jgn la berkira sgt yer....bos yang baik disayangi pekerja....untuk pekerja pulak, bila bos dh sediakan kemudahan yang sepatutnya...jaga la dengan baik dan jgn salah guna....jgn tak pakai plak bila dah bagi PPE tu...

Friday, April 15, 2011

Last Minutes Searching for CEP Course...

Agak kecoh bila bercerita pasal CEP nie...kawan2 seangkatan agak byk yg mengeluh bila tak byk kursus2 CEP yg ditawarkan pada tahun nie....biasa la kan org kita nie..last2 minutes bila dh nk expired Greenbook, baru la kalut nak mencari kursus yg ada CEP...

Kalau dulu2, kursus CEP yg NIOSH anjur sure penuh dewan la lebih2 lg klu hujung2 thn....hehehe....sbb masa tu dh tak byk pilihan kursus CEP...kebanyakkan bila gi kursus mcm nie, ramai yg pergi coz terpaksa utk syarat renew greenbook...sebahagian pulak sekadar utk buat link for bisnez....Per2 pun kursus2 mcm nie mmg bgs utk kenal member2 yg bekerja dlm bidang yg sama....

Disebabkan ada sebahagian yg mcm terpaksa hadir kursus...maka, biasanya separuh dewan akan hilang lps mkn tghari...hehehe...muncul semula bila time nak ambik sijil kedatangan jer...Ada sesetgh2 tu tak muncul2 utk ambik sijil....

Itu lah pengalaman saya bila pergi kursus dulu2, masa mula2 nk timba pengalaman dlm bidang OSH nie...Tgh2 kursus pun siap ada otai2 yg ajak sy gi Karaoke...Siapakah that "otai"??? Biarlah rahsia....hehehe....Mungkin sesetgh otai tu rasa info dlm kursus tu dh terlalu basic sgt...tp sekurang2 yg senior kena la tunjukkan commitment ckit pd yg junior2 baru dlm bidang OSH nie kan...

Bagi saya pula, every kursus mmg amat penting...Murah atau mahal kursus itu tak penting....Yang penting I hv to listen it carefully dan fhm btul2 coz later nak balik buat internal training pd staff2 di ofis plak tentang kursus yg dh dihadiri....Pengetahuan yg diperolehi masa kursus jgn la just disimpan sorg jer...kena la share dgn staff2 lain...Klu tak share, jgn mimpi la cmpny nk kerap hntr g kursus byk2...Sharing is Caring...

Per2 pun...itu la kenangan masa mula2 nk involve dlm bidang OSH nie....Kenangan Terindah....

Sunday, April 3, 2011

Stress Management

Agak sakit hati bila tgk berita TV9 malam tadi...alasan diberikan oleh seorang remaja yang menyebabkan dia mengambil dadah adalah disebabkan stress dengan keluarga....macam2 btul masalah sosial skrng nie...few weeks ago kecoh kes remaja yang nak terjun dari KB Mall...apalah agaknya yang nak jadi dengan dunia sekarang kan...adakah bunuh diri dan mengambil dadah adalah penyelesaian terakhir?? Akan bahagiakah dengan jalan yg telah dipilih tu???

For your info...Di Malaysia terdapat hampir 1.12 juta penagih dadah berdaftar dan tidak berdaftar....manakala, kadar kes bunuh diri di Malaysia makin meningkat...mengikut statistik kad kes bunuh diri di Malaysia adalah sebanyak 6 orang setiap hari...2500 orang membunuh diri setiap tahun dan 50,000 kes bunuh diri dilaporkan setiap tahun...dengar rekod statistik tersebut pun dah gerun kan...tapi itulah gambaran situasi yang perlu ditangani...

Namun, adakah alasan stress?? tertekan?? jadi punca kepada isu ini....sekiranya ini faktornya...apakah langkah2 yang perlu diambil utk menguruskan stress??

Sesi kali nie...aper kater kita bincangkan tentang stress management...saya pasti semua orang mengalami stress...pekerja stress..bos stress..husband and wife stress..student stress...ahli politik stress...hehehe....

Banyak langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani stress sebenarnya...di antara tip-tip menangani stress adalah :-

1. Berehat seketika daripada aktiviti kerja yang memberikan tekanan...take a rest for 10-15 minutes...relaks & tenangkan fikiran....lapangkan minda....

2. Berjalan di tempat-tempat yang sunyi dan menenangkan seperti di taman, air terjun dan etc. Kajian menunjukkan bahawa melihat pemandangan yang hijau dapat menenangkan jiwa...
3. Luahkan perasaan kepada rakan / sahabat....its better dari memendamkan perasaan...mungkin ada rakan / sahabat yang dapat membantu...

4. Bercuti untuk menenangkan hati....alone atau mungkin bersama rakan-rakan atau yang tersayang...
5. Melakukan senaman dan sebarang aktivit riadah seperti berenang, jogging, yoga and etc.

6. Mendengar music...lagu-lagu yang digemari dan menenangkan jiwa....

7. Spa dan massage....


8. Mendekatkan diri kepada Allah...bagi yang muslim banyakkan membaca al-Quran dan melakukan solat....

9. Sekiranya masih stress, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kaunseling....

If u visit any general hospital...kebiasaannya konsep tangani stress 10B sentiasa dipamerkan...konsep ini telah lama diperkenalkan oleh kementerian kesihatan....


Setiap individu mempunyai cara yang berbeza-beza untuk menangani stress...apa-apa pun janganlah memilih jalan yang singkat seperti mengambil dadah dan membunuh diri...sayangilah diri anda...

Saturday, April 2, 2011

How to prepare the SOP????

Sesi kali nie...saya akan berkongsi pengalaman saya tentang penyediaan Safe Operating Procedure (SOP)....sebelum nie saya ada terangkan keperluan penyediaan SOP ini...bleh refer pada post saya iaitu OH&S Management System Element...Lagipun untuk jawab few soalan yang saya terima di FB...huhuhu...lambat ckit saya reply jwpn nya...minta maaf la yer...

Tanggungjawab SHO adalah untuk menyediakan SOP...pada pendapat saya lah coz SHO lebih tahu apa aspek2 keselamatan dan kesihatan yang perlu dipatuhi...namun, SHO perlu juga melakukan perbincangan dengan Department yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kerja / aktiviti yang dibuat...

Dengan adanya SOP, kerja-kerja seseorang SHO akan lebih mudah coz setiap pekerja yang terlibat dengan aktiviti tersebut akan lebih memahami langkah-langkah yang perlu mereka patuhi di dalam memenuhi aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...its a standard kepada syarikat di mana setiap pekerja perlu turuti dan patuhi...

SOP juga adalah seperrti dokumen hitam putih bagi pihak majikan...ia menyatakan tentang perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja yang terlibat...if some incident or accident happened at workplace disebabkan kelalaian pekerja...then employer will not be blame coz all already stated clearly in the procedures...tapi walaupun ada SOP, majikan kena la pastikan latihan dan penilaian terhadap kemahiran pekerja serta semua rekod disimpan...SHO perlu la bagi nasihat tentang perkara-perkara mcm nie kpd majikan...

Kebiasaannya di dalam sesuatu SOP...di antara maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan adalah :-

1.0 Objective
      - Tujuan penyediaan SOP ini...

2.0 Scope
      - Skop yang terlibat di dalam mengaplikasikan prosedur ini...

3.0 Reference
      - Sumber rujukan dalam penyediaan prosedur ini atau rujukan pada prosedur lain...

4.0 Definitions
      - Perkataan yang memerlukan penjelasan...

5.0 Responsibitilies
       - Penerangan tentang skop kerja pihak-pihak yang bertanggungjawab...contohnya..

       5.1 Section Head
       5.2 Exec / Supervisor
       5.3 Operators
       5.4 Contractors
       5.5 S&H Department

6.0 Procedure
       6.1 Work Flow
              - Menyediakan carta alir tentang ringkasan kerja...

       6.2 Work Procedure
             - Menyediakan penerangan yang lebih jelas tentang setiap langkah kerja dari awal  
                hingga akhir...

7.0 Records / Review
       - Kekerapan menyemak prosedur ini...
       - Any amendment if required....
       - Berapa lama rekod perlu disimpan... 
   
8.0 Appendixes / Attachments
       - Menyediakan lampiran work instruction, forms and etc. berkaitan dengan prosedur ini...

9.0 Distribution List
      - Rekod penerimaan salinan yang diedarkan kepada setiap department...

Okey...itu saje yang kebiasaannya dimasukkan dinyatakan di dalam sesuatu prosedur...dan sememangnya maklumat tu dinyatakan di dalam setiap procedure...if later nak dpt kan OHSAS 18001, lebih mudah and tak perlu nak up-date byk2 sgt pd procedure sedia ada...

Yang penting...setiap SOP yang disediakan tu dapat approval dari Top Management...its like an agreement kan...Top Management mesti tau tentang SOP tersebut...Bila dah diluluskan dan disahkan oleh Top Management...baru la bagi arahan kepada pekerja yg terlibat utk mematuhi prosedur tersebut.....jangan just suka2 buat SOP pastu simpan jer kt dalam rak and file kabinet SHO....hehehe...

Herm....should i give the example of SOP??? Hehehe....tak perlu kot rasanya....skrng zaman IT...google jer k...byk procedures bleh dibuat rujukan...cilok sana..copy sini... cut and paste sana...then jadi la satu procedures...tak la susah sgt nak buat procedures sebenarnya...cuma ambik masa 2-3 days jer utk siapkan 1 SOP....per2 pun kena RAJIN!!!! Klu malas..minta maaf la...mmg sy dh tak dpt nak nolong....xder ubat untuk SHO yang malas...doa jer la bleh utk bg dia insaf and jln kan tanggungjawab sebagai SHO yang baik...=)

Di sini saya senaraikan Prosedur yang mungkin boleh disediakan oleh anda...
1. Procedure for Chemical Management
2. Procedure for ERP
3. Procedure for Working at Height
4. Procedure for Hot Work Permit
5. Procedure for Machine Safety
6. Procedure for Contractors and Suppliers / Visitors
7. Procedure for PPE
8. Procedure for Working in Confined Spaces and etc..

Byk lagi sebenarnya procedures yang boleh disediakan...klu utk dpt pensijilan OHSAS 18001...ada lg extra2 procedures lain yg kena sediakan mengikut standard clauses nyer...Procedure for HIRARC, Procedure for Internal Audit, Procedure for Documentation and bla..bla...boleh rujuk pada standard guidelines yang dikeluarkan oleh SIRIM utk OHSAS 18001....PDCA concept...sbb tu byk procedure nyer...hehehe...

Oklah...selamat menyediakan SOP...=P