Monday, February 28, 2011

SHO yang Garang & Fussy

Malam nie nak relaks2 and tak nak mengarang about something yang serabut and pening-pening kepala...so memilih topik yang agak santai...utk explanation paper 4 part 2 expired date 4th March...so am still within the time frame utk mengarang...lagipun i'm not fulltime blogger..blogging just utk mengisi masa lapang dan niat saya bukan nak tunjuk pandai and bagus...saya menerima sebhgn email / message yang support saya...tapi tak kurang jugak yang memberi komen yang menyakitkan hati...such as you rasa you bagus sgt ke smpai ada blog and nak citer lebih2, keja dh berapa tahun, graduate oversea and etc......kepada yang tak puas hati tu...this is my blog..ikut suka hati I ler...if x puas hati and rasa bagus sgt..sila buat blog sendiri...jgn nak dengki2 wokey...Klu dah rasa mcm bagus sgt, tak payah la tgk my blog...I just share my experience dgn bdk2 baru graduate and baru nak blajar menjadi SHO...blog nie bukan utk yg dh expert and gaji beribu2 okey...Yang gaji beribu2 tu pun kdg2 bkn bgs mana pun, sengal jer lebih....(Hati tgh marah, so mintak maaf la...mmg mcm2 ayat keluar)...

Mood malam nie pun agak kurang okey...sbb tu pilih topik yang a bit santai utk release stress and sakit hati...topik mlm ni berkisah tentang sebahagian SHO yang cerewet sgt, garang semacam and bla...bla...hermm..bagus sgt ke if jadi SHO yang garang and memaksa2 staff mengikut peraturan S&H...memang lah penting ikut peraturan cuma klu ikut pendekatan yang garang...saya rasa itu bukan cara yang terbaik...

Sebahagian SHO, pantang silap sikit keluar denda dgn few bayaran...reason nak bagi pekerja takut and ikut peraturan...sebahagian SHO di tapak bina, ada yang buat mcm nie...tak ikut praturan denda RM50 per kesalahan....collect duit then mlm gi karaoke dgn bos2...haish...tak berkat keja klu niat gitu....saya rasa itu bukan cara terbaik...tak perlu la nak tunjuk brutal dgn pekerja mcm SHO tu berkuasa sgt2...mcm pemerintahan diktator jer....kan bagus if guna pendekatan yang mesra pekerja...baru la org lain respect...amalkan demokrasi...

Berbalik pada kisah SHO yang garang nie...biasa la tunjuk garang...pekerja ikut bila SHO monitor tempat kerja...if tak ada SHO, semua aspek S&H jadi hancai...bagus ke if macam tu??? Bukan isu mematuhi yang saya nak tekan kan di sini, bagi saya kesedaran tentang isu S&H lebih penting, bila ada kesedaran pasal S&H maka pekerja dengan sendiri akan mematuhi peraturan S&H di tempat kerja dan ini akan menjadi amalan berterusan atau habit setiap pekerja...

SHO yang garang-garang nie sebenarnya berlagak je lebih...klu ada accident serius, mengeletar jugak lutut nak mengadap DOSH dgn all siasatan and report....yang lebih teruk, sebahagian SHO takut nak report kes kemalangan ke DOSH...

Kesimpulannya, a good SHO tak perlu la nak garang-garang sgt...tak perlu nak jd brutal...nnt semua org jd benci and itu petanda tak lama la keje situ....for sure akan digulingkan nnt....Neway, if u know how to tackle the staff and top management to follow S&H aspect...then u are the great SHO...tak perlu ada paksaan, yang penting kesedaran dan dari situ akan adanya pematuhan terhadap undang-undang & peraturan....utk semua bakal2 SHO, work smart okey...

Thursday, February 24, 2011

Kaedah-kaedah Mengenalpasti Hazard-Hazard

Seperti yang dijanjikan...saya akan banyak membincangkan berkaitan dengan penyediaan Paper 4 Exam SHO yang perlu dihantar pada penghujung bulan Mac nanti...okey...sebenarnya Paper 4 nie menguji berkaitan dengan HIRARC....Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control...utk first session, saya akan terangkan tentang kaedah-kaedah yang saya dan mungkin sahabat2 SHO lain sering gunakan untuk mengenalpasti hazard-hazard di tempat kerja....Di antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah seperti berikut :-

1. Pemerhatian / pemeriksaan
  • Melakukan pemerhatian terhadap proses kerja dan aktiviti-aktiviti kerja yang terlibat di dalam setiap proses kerja. Melalui pemerhatian yang dilakukan 
2. Rujukan
  • Membuat rujukan terhadap dokumen-dokumen yang terdapat di tempat kerja seperti : proses dan prosedur kerja, JSA dll.
  • Merujuk kepada akta-akta dan peraturan-peraturannya seperti : OSHA 1994, FMA 1967, BOMBA Act dll.
  • Kod tata amalan atau garispanduan yang ada di dalam industri contohnya seperti Garispanduan bekerja sambil berdiri, pengendalian bahan kimia dll.
  • Design code contohnya ASME code, API 576 dll.
  • MSDS / CSDS untuk merujuk tentang bahaya sesuatu bahan kimia.
  • Merujuk kepada insiden atau kemalangan yang sering berlaku pada industri yang sama atau aktiviti-aktiviti atau proses kerja yang sama yang dilaporkan sebelum ini.
3. Laporan kemalangan / aduan 
  • Melihat kepada rekod laporan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
  • Merujuk kepada cuti sakit pekerja dan membuat analisa berdasarkan kepada rekod cuti sakit pekerja.
  • Merujuk kepada sebarang aduan atau maklumbalas daripada pekerja-pekerja.
4. Permonitoran di tempat kerja
  • Membuat permonitoran di tempat kerja contoh pendedahan kepada bunyi bising, pendedahan kepada bahan kimia, habuk galian, haba dll.
  • Berdasarkan daripada laporan dapat diketahui tahap pendedahan PEL sama ada below or above PEL..
5. Laporan daripada assessor
  • Merujuk kepada laporan lengkap yang telah disediakan oleh assessor / pengapit terhadap kawasan tempat kerja anda.
Next topic, saya akan menyediakan contoh hazard-hazard yang ada atau mungkin ada di tempat kerja serta kesan-kesan hazard tersebut terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja / orang lain yang terdedah kepada hazard tersebut...

Thursday, February 17, 2011

Exam Preparation Utk Bakal2 SHO...

Pasti ramai bakal2 SHO yang telah mendaftar untuk menduduki exam SHO bagi Paper 1, 2, 3 dan 4 pada 26-29 April 2011...Yesterday, calon2 telah pun menerima soalan utk Paper 4...like usual, soalan yang sama setiap tahun....hehehe...soalan bocor??? How I know about the exam?? Coz saya ada menerima email dari someone bertanya pasal tip-tip untuk menyediakan paper 4 nie...mesti semua berdebar2 jer nak exam nie...Paper 4 perlu disediakan dalam masa 6 weeks...tempoh masa dari 16 Februari 2011 hingga 31 Mac 2011...rasa mcm lama jer 6 weeks tu tp for sure ramai yang tak akan ada masa nak buat coz busy dgn keje2 di ofis lg...letih sebenar nya keje & study serentak....apa-apa pun saya akan fokus kepada perbincangan penyediaan Paper 4 untuk beberapa minggu nie...nak kata saya expert tu idok ler sgt...cuma nak share some experience with bakal2 calon yang nak menduduki exam April nnt...

Neway, standard isi kandungan untuk Paper 4 buat masa kini adalah seperti berikut :-
1. Abstrak (10 markah)
2. Pengenalan (12 markah)
3. Objektif (5 markah)
4. Kaedah (20 markah)
5. Hasil & Perbincangan (20 markah)
6. Saranan (30 markah)
7. Rujukan / Sumber (3 markah)

Untuk bahagian abstrak, pengenalan, objektif dan rujukan rasa tak perlu saya bincangkan..senang jer tu..macam zaman2 buat folio sekolah menengah jer tu..fokus saya akan lebih kepada penyediaan HIRARC untuk mengenalpasti 4 hazard keselamatan dan 2 hazard kesihatan bagi penyediaan laporan untuk Paper 4 nie...So, saya hanya akan membincangkan tentang kaedah-kaedah untuk mengenalpasti, membuat perkiraan untuk anggaran dan penilaian risiko daripada hazard-hazard yang telah dikenalpasti...seterusnya membincangkan tentang hazard-hazard yang telah dikenalpasti dan kesan risiko tersebut...akhir sekali saranan untuk langkah-langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil dan faedah-faedah yang diperolehi daripada langkah-langkah yang diambil....

For to nite...I will not discussed anything...huhuhu...dah 1 week tak sihat but petang td after kerja br berpeluang gi jmpa doctor...infection pd my tonsil...like usual jugak, dpt MC tp esok tetap akan g kerja coz hv to settle a lot of thing by this week b4 bercuti pjg next week until end of this month....

Per2 pun..I come out with the schedule perbincangan seperti berikut :-

Lebih dari sempat untuk buat paper 4 tu...like myself dulu pun buat last minutes..but ada few mistakes that I already realize after dah ter"submit" that paper..but thanks God lulus gak paper tu...actually paper 4 is just a simple HIRARC..bg yg dh biasa buat HIRARC, paper 4 nie mcm kacang jer la...cuma yg blum biasa mungkin akan a bit confuse nnt..per2 pun we will discuss further about this issues later based on the schedule yg sy tetapkan...rasanya last day bg setiap topik tu baru saya post..hehehehe....coz next month pun saya a bit busy but try my best utk kupas topik tu b4 mid March 2011...oklah...dh 2.30 AM...mata pun dh ngantuk lps mkn ubat...nite & sweetdreamzzz....love u uols...thanks for the support to this blog...muahsss....

Friday, February 11, 2011

Sample of Simple S&H Activities Planning...

Now already mid February....cepatnya masa berlalu...pasti ramai SHO bz dgn aktiviti-aktiviti di awal2 tahun...pasti byk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja....di sini saya ingin berkongsi contoh perancangan aktiviti berkaitan dgn pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja...

Hermm....it just a sample yang amat simple...huhuhu...byk lg aktiviti-aktiviti lain yang belum dimasukkan dalam planning...contohnya medical surveillance program such as lung function test, audiometric test, urine test and etc....Selain itu, aktiviti-aktiviti berkaitan dengan monitoring yang wajib dilakukan contohnya chemical monitoring, noise monitoring, CHRA and etc.. untuk memastikan semua aktiviti-aktiviti seperti kehendak akta dan peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan...maka setiap SHO digalakkan menyediakan "Legal Register"..Bagi syarikat yang telah mendapat pensijilan OHSAS 18001 mungkin tidak mempunyai sebarang masalah kerana "Legal Register" adalah salah satu dokumen yang wajib disediakan sebelum mendapat pensijilan tersebut...Actually, "Legal Register" is just a cross references untuk memudahkan kerja...

Hermm...I just want to share this info coz saya pernah kenal beberapa new SHO...some of them ada yang ckp they donno what to do...hermm..punya byk kerja related with S&H but boleh ckp tak tahu...ntah macam mana boleh jadi SHO pun tak tahu lah...yang lebih teruk dari itu, tak pernah buat report SHO yang sememangnya wajib utk semua SHO sediakan...hermm..per2 pun..sama2 lah kita tingkatkan mutu kerja SHO...sekiranya SHO sendiri tak laksanakan tugas dengan betul, what can we expect from top management and other workers...too all SHO...senntiasalah berusaha untuk tambahkan ilmu pengetahuan dan tingkatkan prestasi kerja...=P

Thursday, February 10, 2011

I'm Blank !!!!

Helloo...haiiii...hermmm...dh lama saya tak up-date this blog....few weeks nie schedule saya agak penuh...lot of things need to be settle in the office...so jadual tido saya agak lari ckit skrng...huhuhu...pukul 8 mlm dah selamat tido....ditambah plak dgn hobby sy yg mmg suka zzzzz...hehehe
Bila dah tido awal nie....midnite or early morning kul 2-3 pagi dh terjaga...but otak lak blank nk memikir aper nak karang nak dimasukkan kt blog nie...byk sgt memikir pasal keje kt ofis, so balik umah all related with HSE dh ditinggalkan kt ofis....neway, dont worry...start next week, I will try to up-date this blog frequently...at least once a week...
Esok nak memikir topik aper yang nak dibincangkan...so that everything agak tersusun lepas nie....coz rite now saya rasa mcm agak berterabur ckit susunan topik yg dibincangkan...give me time k utk improve the info that i would like to share with uols....may be uols need to give some ideas what should be discuss detail...

Kindly, can drop some comment for me to improve mana yg kurang...I will try my best to up-grade it slowly....Ok lah...nak sambung tido...hehehhe....nite... =P


Thursday, February 3, 2011

HappY CHiNeSE New YeaR...

Wishing everyone " Gong Xi Fa Cai "....Happy Rabbit Year...Diharap tahun "Rabbit" dapat membawa perubahan yang lebih baik utk semua...bak kata orang cina, hopefully bertambah "ong" tahun nie...

Selamat bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan...drive carefully...